Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

KENAIKAN SEBENAR HARGA EMAS DI MALAYSIA

Sunday, January 30, 2011

Assalamualaikum...


Kali ni saya nak taip artikel sikit berkenaan dengan peratus kenaikan emas di Malaysia.
Ini kerana saya pelik apabila ramai orang kata emas naik sehinga 39% setahun.
Ada yang lagi pandai kata 43 % setahun,Dan yang paling syoknya dengar orang cakap emas naik 49% setahun.kalau 49 %.
Kalau betul emas naik 49% maknanya emas naik harga hampir 50% setahun.




Hang biaq betui. bak kata orang utara.



Mula-mula kita tengok graf Kitco.





Ini adalah graf 5 tahun pergerakan emas dunia dalam nilai USD per oz.


Dari graf ni kita nampak emas naik dari USD 600 ke USD1330.
Kenaikan = USD1330 -USD600 = USD 730.
Peratus kenaikan untuk 5 tahun= USD 730 / USD 600 =121%
Jadi purata harga emas naik setahun ialah 121% / 5 tahun  = 24%.



Tetapi ini adalah kiraan berdasarkan USD.Adakah kita beli emas dengan USD, atau Ringgit.Link
di bawah menunjukkan penurunan USD dengan Ringgit.Pada tahun 2006 1 USD di tukar kan dengan RM3.78.Manakala pada tahun 2011 harga USD ialah RM 3.05.



Harga dolar pada tahun 2006 = RM3.78
Harga dolar pada tahun 2011= RM 3.05
Penurunan dolar untuk tempoh 5 tahun = RM0.73

Peratus kejatuhan dolar berbanding Ringgit untuk tempoh 5 tahun =23%

Maka Peratus kejatuhan dolar setahun ialah 23/5 =5%

Ini bermakna Dolar telah jatuh sebanyak 73 sen sepanjang 5 tahun lalu.Maka ini bermakna dolar jatuh sebanyak 5%.setahun.



 http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629&lang=en&StartMth=1&StartYr=2006&EndMth=1&EndYr=2011&session=1200&pricetype=Mid&unit=rm





Oleh kerana kita membeli emas di menggunakan ringgit,sebenarnya kita perlu menolak dari kenaikan harga emas dalam USD dengan kejatuhan USD.


Iaitu Peratus kenaikan emas -peratus penurunan dolar= 24% -5%.=19%



Kesimpulannya kenaikan emas di Malaysia di pengaruhi juga oleh kadar pertukaran wang.



Hal ini adalah kerana kita tidak membeli emas dengan wang asing.



Perkara ini juga berlaku pada komoditi lain,sebagai contoh minyak kelapa sawit,getah dan juga timah.


Semua komoditi ini adalah hasil keluaran negara kita.Sepatutnya harga emas,getah,dan timah ini mennjadi lebih mahal.Akan tetapi disebabkan ringgit kita kukuh,maka kenaikan emas,,minyak kelapa sawit dan getah tidak begitu banyak.

Tetapi emas sentiasa naik.Itu bukan tujuan pengiraan ini dibuat.Tujuan pengiraan ini di buat supaya pembeli emas tidak akan terkeliru dengan pengiraan kenaikan emas.

Pengiraan ini juga boleh di gunakan dengan membandingakn tempoh yang lebih pendek seperti 1 tahun atau 2 tahun

Artikel ini adalah adalah hasil kerja seorang yang tidak mengambil subjek ekonomi semasa SPM.

Jadi jika salah ,tolong perbetulaknnnnn.


Buah cempedak di lua pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan ,
Saya budk baru belajar,
kalau salah tolong tunjuukkan

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP