Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

Cincin emas 916 terpakai(Good condition)RM 163 segram

Friday, December 23, 2011

2nd hand gold 91.6% .Saiz 14 .Berat 4.04g.

RM 163 X 4.04 =RM 658


Read more...

EMAS 916 TERPAKAI UNTUK DIJUAL RM 169 / GRAM(7 disenber 2011)

Wednesday, September 14, 2011

RANTAI LEHER GILA-GILA BERAT 5.78 GRAM DIJUAL KEPADA HAJAR (0193347879)


RANTAI LEHER 38.13 GRAM





RANTAI LEHER 7.94 GRAM

Item BSX 02-10 Rantai TanganRT 38.99 GRAM(PANDANGAN BELAKANG)

Item BSX 02-10 Rantai TanganRT 38.99 GRAM(PANDANGAN DEPAN)

Sold to Ust Khadijah (0132564500)Item BSX 02-11 Rantai Leher (RL) 54.89 GRAM(PANDANGAN DEPAN)


Sold to Ust Khadijah (0132564500)Item BSX 02-11 Rantai Leher (RL) 54.89 GRAM(PANDANGAN DEPAN)


Item BSX 02-09 Rantai Leher (RL) 54.89 GRAM(PANDANGAN DEPAN)







INILAH SURAT TAWARAN MEMBELI EMAS LELONGAN DARI BANK RAKYAT

INILAH BARANGAN KEMAS TERPAKAI BARU DI AMBIL DARI LELONGAN EMAS BANK RAKYAT

Read more...

ASB VS EMAS (ASB DAN PELABURAN EMAS,MANA YANG MELEBIH UNTUNG?)

Friday, September 2, 2011

Salam sejahtera.


Sejak beberapa generasi/kurun ASB merupakan tempat menyimpan adan melabur hampir semua rakyat jetata terutama bumiputera di Malaysia. begitu juga dengan saya, sejak berumur 10 tahun ibu saya telah membuka akau ASB. Setelah sekian lama baru saya tahu ada pelaburan lain yang kerajaan telah sediakan, iaitu PELABURAN KIJANG EMAS KELUARAN BANK NEGARA MALAYSIA.
Berikut adalah kiraan yang di buat berdasarkan beberapa gambarajah yang diperolehi dari internet.Saya percaya anda sendiri boleh mendapat data yang lebih tepat dan jitu sekiranya anda membuat kajian yang terlebih teliti 

Mari kita bandingkan keuntungan keduanya.

ASB VS EMAS

CONTOH BUKU ASB


Keuntungan ASB biasanya 8-9 % setahun.
Dividen biasanya akan di beri hujung tahun.


Harga 1 oz kijang emas keluaran Bank Negara pada Februari 2008 RM 2111 sahaja.


Pada Februari 2011 1oz kijang emas keluaran Bank Negara ialah RM 4330!


Pada Bulan Ogos 2011 harga 1 oz kijang emas mencecah RM 6010.
Manakala harga belian balik 1 oz kijang emas emas ialah RM 5777.
Dimana nilai kijang emas anda yang di beli pada Februari 2008 iaitu tiga setengah tahun lalu(RM 2111) boleh dijual pada harga RM 5777.
Berapakah kenaikan dalam tempoh setahun setengah tersebut?
40%






Maka ,mana satu pilihan anda?


A.Kijang emas (untung 40% setahun)
              
              atau


B.ASB (untung 9% setahun)




Semua perkiraan di atas adalah sebagai andaian sahaja.Tiada kaitan dengan situasi yang sebenar.Untuk situasi sebenar anda perlu melawat lawan sesawang yang terlibat, atau merujuk pihak yang berkenaan.

Read more...

RANTAI TANGAN EMAS 999 BARU RM 189 segram.( 5-11 Disember 2011)

Wednesday, August 24, 2011

1.10gram
2.20gram
3.30gram
4.50gram
5.100gram










Read more...

emas 916 (used gold) RM 169 pergram

Tuesday, August 16, 2011

Yang ini rantai tangan emas 916 baru .
Berat 98.56 gram sahaja.
Telah dijual kepada Hafis (0179069039)
pada harga 168 / gram. 

Rantai leher emas 916 terpakai.
Berat 77.66gram. Panjang 47 cm . 

Pattern Hindustan emas 916 terpakai.
Berat 19.02gram.

Yang ini special sikit,emas 750 yer, bukan emas 916.
Jadi harga rantai ini ditolak RM 30 segram dari harga 916 (used).

Gelang tangan emas916 terpakai berat 4.10 g,4.15g,4.22g dan 4.14g.
Gelang / bangle emas 916 terpakai berat 13.42gram sahaja

Read more...

Bagaimana nak beli emas dengan Yusri

Saturday, April 16, 2011

*Pembelian Sekitar Gombak

  Kepada yang ingin berurusan dengan saya anda boleh berbuat demikian. Ikut step by step insyaAllah akan dipermudah urusan

1. Pilih produk pilihan anda, dinar emas (1 Dinar ), gold bar (20 gram), ( 50gram ) , (100gram) dan silver bar ( 250 gram), (500gram) , (1kg)

2. Semak harga di laman web Public Gold



3.Bagi dinar kelantan dan dirham kelantan.Anda pilih produk dinar (1dinar) , (2 dinar) (5 dinar)atau produk dirham (1dirham) (2 dirham), (5 dirham), (10 dirham), (20 dirham).





4.Semak harga di web KELANTAN GOLD TRADE(http://www.dinarkel.com.my)

Anda dinasihatkan untuk menyemak harga di laman Web (di bawah) sebelum membuat tempahan












Semak harga dan harga berubah setiap 20minit


p/s harga sentiasa di update setiap 20 minit, jadi sila cepat-cepat call/sms saya



Jika anda membuat tempahan pada hari "Close Market" iaitu Sabtu* hingga Isnin sebelum Jam 6.15 pagi, anda boleh hantar pesanan sms 0126470012

3. Hubungi saya 012-6470012  untuk harga ketika pasaran emas belum ditutup Isnin Hingga Sabtu (pagi). Selepas daripada waktu itu anda boleh hantar pesanan

4. Setuju dengan harga, dan kita boleh set tempat untuk berurus niaga (setakat ini saya hanya menjual di sekitar Kuala Lumpur sahaja). Bayaran dibuat secara tunai sahaja.

*Beli secara "Lock"

Lock disini bermaksud, kunci harga. Katakan anda mahu membeli emas dengan harga pada1 Januari sebanyak RM600. Saya akan lock harga RM600, bemakna jika harga emas naik atau turun anda perlu bayar harga RM600. Kebiasaanya orang yang membeli secara lock adalah jauh dari lokasi tempat tinggal saya
( Gombak) dan pembeli yang tinggal berhampiran dengan cawangan Public Gold.

Prosedur Membeli secara "Lock"

1. Sila semak harga terlebih dahulu. Harga berubah setiap 20 minit.

2. Sila telefon / mesej sms

a) nama penuh
b) no kad pengenalan
c) nombor telefon
d) e-mail

3. Sila hubungi saya terlebih dahulu untuk memaklumkan bahawa anda setuju nak beli. Saya sarankan awal 20 minit. Contoh :

20 gram = RM3100 (Last updated 14/01/11 3:25 PM) < - anda boleh jumpa paparan ini di website PG. Memandangkan harga berubah setiap 20minit, jangan buat tempahan saat akhir harga akan berubah, 3.44 petang contohnya. Mungkin harga akan lebih mahal. Kalau harga murah tak da masalah.

4. Saya akan e-mail kepada anda " maklumat pembelian anda " dan jadual untuk mengambil tempahan anda (sebagai rujukan )

5. Tunggu e-mail daripada Public Gold.

6. Sila buat reservation sebelum mengambil tempahan anda ( sehari sebelum  )

7. Bayar & anda boleh simpan emas anda.

* Beli Secara Pos (Hanya untuk Dirham Sahaja)


1. Tempahan boleh dibuat melalui Mesej di , SMS, e-mail atau telefon.

2. Saya akan maklumkan harga terkini Dirham

3. Sertakan maklumat peribadi anda



a) nama penuh
b) no kad pengenalan
c) nombor telefon
d) e-mail

4. Perkhidmatan Pos, anda boleh memilih perkhidmatan yang anda mahu
a) Pos laju RM 5 ( 5 Dirham Kebawah)
b) Pos ekspress RM 5

5. Bank in jumlah belian anda

6. Dirham anda akan dipos selepas wang diterima


Polisi Perkhidmatan Kami

1. EN YUSRI akan membuat penghantaran selepas pembayaran diterima

2. Pembungkusan yang kemas dan selamat

3. EN YUSRI akan sentiasa updatekan status pembelian anda melalui e-mail atau apa-apa jenis komunikasi supaya pelanggan tahu akan status barangan mereka.

4. EN YUSRI akan cuba memperbaiki kaedah komunikasi, perkhidmatan supaya EN YUSRI dapat memberikan yang terbaik kepada pelanggan

5. Ketepatan masa adalah keutamaan

Read more...

MEMBUAT LOAN UNTUK BELI EMAS?

Thursday, February 17, 2011

Katakanlah emas naik minimum 20% setahun dalam masa 5 tahun akan datang, (berdasarkan sepanjang kenaikan emas 5 tahun lepas dalam Ringgit Malaysia), pinjam RM200,000 selama 5 tahun dapat RM400,000. Then, jumlah yang perlu bayar ialah RM242,520. Jadi tolak interest, RM200,000-RM42,520 = RM157,480. Free2 je dpt RM157,480.... Bhagi 5 tahun, setahun bersih dapat RM30,000... WOW!!!

Read more...

Langkah-langkah untuk membeli saham(yang saya tau)

Sunday, February 13, 2011

Ini sambungan cirita pasal saham....

Untuk main saham ni kena buat perkara berikut.


1.Mesti ada akau CDS di mana-mana bank.Boleh tanya pada bank di Malaysia yang banyak.Saya cadangkan Maybank,Public Bank dan CIMB,kerana ada internet banking.Kalau ada internet banking ni senang.Klik jer.

2.Kena daftar di Bursa saham.Biasanya kalau dah buka akaun CDS ni tak perlu dah pergi suruhan jaya security.Kerana bank dah daftarkan.Maknanya buka je akaun CDS ni dah boleh main saham.

3.Kalau tak der duit,lagi bank suka.Tapi untung ,kurang lah.

4.IPO=Initial Public Offering

Read more...

EMAS DAN SAHAM? WHAT I KNOW ABOUT IT

Friday, February 11, 2011

Manipulasi saham dengan emas.

Selamat sejahtera.Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi bagaimana memanipulasikan emas dengan saham. 
Tetapi saya tulis apa yang saya tahu jer lah.Jadi jangan percaya sangat pada posting saya ni. 
Saya kerani kerajaan biasa sahaja.Tak tau sangat.Cuma apa yang saya tahu jerlah.

Secara asasnya teknik Arrahnu digunakan.

Kisahnya begini.
Jika kita mempunyai emas 35k,kita boleh menggunakan emas tersebut untuk menjana keuntungan dalam saham.Biasanya dealer memang dah ada RM 35k ni.

Contoh 1.
Pada bulan Disember 2010, telah ditawarkan saham sebuah anak syarikat Petrolium Negara.Kalau tak silap saham ni , dinamakan IPO, iaitu saham Petrokimia.
Saya pun tak tau secara tepat,cuma saya dengar ia disebut IPO,kekadang PetKem.Entah mana satu.Tapi memang sah bukan disebut IPOH .Ipoh kat Perak yer.

Kekadang orang panggil syer.Entah mana yang betul.SYER ker IPO ker PETCHEM ker PETKEM KER.

Senang cirita kita panggil saham Petrolium Negara saja lah.

Semasa offering harga nya adalah RM 5.00.Manakala jumlah yang unit saham yang ditawarkan bagi setiap individu ialah 5000 unit.

Maka kita gadaikan emaas kita di rahnu, atau ‘rempitkan’ emas kita.Hasil rahnu ni kita belilah saham.Pada masa tersebut(Disember 2010) saham ini turut ditawarkan oleh Maybank. Tapi sesiapa yang memohon melalui Maybank, mempunyai peratusan yang rendah untuk mendapat nya.Maybank tawarkan saham ini supaya kita buat pinjaman dengan mereka.

Akan tetapi,bagi staf atau individu berkaitan, mereka boleh terus mendapatnya dari Petrolium Negara.
Staf atau individu berkaitan ini akan diberikan borang berwarna merah jambu atau dalam bahasa Inggerisnya ‘PINK FORM’.

Seterusnya , pemohon perlu mendaftarkan diri dengan bursa saham Malaysia. Bayaran sebanyak RM50 diperlukan.Bayaran ini dibayar kepada Bursa Saham Malaysia.Bila dah bayor.anda dikira boleh main saham.

Jadi bulan Disember 2010 harga saham ini ialah RM 5.Jumlah saham ialah 5000 unit.

Kita beli 5000 unit. Pada hari pertama seperti kebanyakan saham syarikat besar ini ia naik dari RM 5 kepada RM 5.20.Jadi pada hari pelancaran tersebut jika kita terus menjualsemua unit saham tersebut,kita sudah untung RM 1000.Iaitu kiraannya;


Untung  X jumlah unit saham =(RM 5.20 – RM 5.00) x 5000unit = RM 1000.00

Itu untung sehari.Bayangkan lah sehari anda boleh mendapat 4 % dalam masa sehari.

Jika anda menjual pada hari pelancaran ini,anda sudah boleh menebus emas anda.Jika di tolak upah simpan sebulan emas , iaitu 0.075%,anda untung sebanyak 3.025%.




Contoh 2.
Jika anda tunggu lama Sedikit, iaitu sampai bulan Januari,dimana harga saham MUNGKIN akan menjadi RM 6.00.Anda akan untung sehingga 20 peratus dalam masa sebulan.
Dan perkara ini TERBUKTI benar.

Pada bulan januari 2011,Harga saham IPO ini telah menjadi RM 6.10.Maka jika anda menjualnya pada hujung bulan januari 2011 keuntungan anda ialah  RM 5000.

Iaitu kiraannya;

Untung x jumlah unit saham =(RM 6.10 – RM 5.00) x 5000             = RM 5500

Iaitu keuntungannya ialah 22% untuk tempoh sebulan.

Jika anda tolak upah simpan untuk 2 bulan iaitu 75 sen x RM 25000

Maka peratu keuntungan anda ialah 21.85%

Bayangkan Dalam masa sebulan  lebih anda untung sebanyak RM5500 atau 20%.

Inilah kehebatan emas.Ia boleh dimanipulasikan untuk mendapat keuntungan berganda.

TIPS SAHAM(yang orang bagi tau saya)
1.SELALUNYA SAHAM AKAN NAIK MENDADAK  PADA HARI PERTAMA PELANCARAN(LAUNCHING)

2.SEBELUM BELI SAHAM MESTI TENGOK PROSPEKTUS DULU.TENGOK PENYATA TAHUNAN MEREKA.JIKA BANYAK INVENTORI MAKNANYA SYARIKAT TERSEBUT TAK BAGUS SANGAT.KERANA KALAU INVENTORI BANYAK SANGAT KOS PENYIMPANAN BANYAK,ATAU MAKNANYA PRODUK KURANG LAKU.SATU LAGI KITA BOLEH TENGOK PENYATA TAHUNAN SYARIKAT.

3.KALAU NAK SAHAM, TENGOK JUGA PADA SAHAM YANG RUGI PADA HARI INI.  ADA KEMUNGKINAN SAHAM YANG RUGI HARI INI AKAN NAIK ESOK.CONTOHNYA DALAM BERITA TV9 SELALU CAKAP.KAUNTER PALING UNTUNG DAN KAUNTER PALING RUGI.TAPI MESTI KENA PERIKSA PROSPEKTUSNYA DULU.

4.KENA TETAPKAN KEUNTUNGAN YANG ANDA KEHENDAKI.JANGAN JADI TAMAK.BILA DAH DAPAT TAGET UNTUNG ANDA,ANDA KENA JUAL SAHAM ANDA.

5.ADA BAYARAN LAIN SEPERTI BAYARAN KEPADA REMISER.

6.SELALUNYA SYARIKAT GOVERNMENT RELATED COMPANY (GLC)NI KUKUH.SO ANDA BOLEH PERCAYA LAH.TAK PAYAH NAK PERIKSA SANGAT.CONTOH GLC IALAG TELEKOM,TNB DAN SEBAGAINYA.

7.ADA ORANG CAKAP JANGAN JUAL SAHAM NI, KERANA IA UNTUK MENKAYAKAN STAF ATAU RAKYAT MALAYSIA.SIMPAN SAHAJ .LAMA-LAMA.KERANAN ORANG TU CAKAP PUBLIC OFFERING NI BERTUJUAN MENG’KAYA’KAN RAKYAT MALAYSIA.JIKA DAHJUAL SESIAPA PUN BOLEH BELI.RUGI RAKYAT MALAYSIA.

8.JANGAN BELI SAHAM YANG TAK SYARIAH.WALAUPUN UNTUNG TAPI DI AKHIR.....AT NANTI CAMNA?


9.KALAU UNTUNG SETAHUN 20% , BAIK ANDA SIMPAN JER EMAS ANDA.

10.Semua ini adalah apa yang saya tahu sahaja.Kalau orang yang mahir mungkin akan mendapati banyak kesilapan.Jadi jangan berpandukan saya punya posting ni.Kena Tanya pada yang pakar.Macam emas jugalah.Anda kena tanya pda yang mahir. Cuma seperti ASB,kerajaan  offer saham GLC ni kepada staf dan orang ramai.Kerana mereka mahu rakyat terlibat sama dalam GLC.

Bila sebut pasal tawaran ni ,biasanya saya dengar orang sebut dalam bahasa inggerisnya ’PUBLIC OFFERING’.
ISTILAH BARU SAYA BELAJOR
PINK FORM, REGISTER PADA BURSA SAHAM,PUBLIC OFFERING,3 KAUNTER PALING RUGI,3 KAUNTER PALING UNTUNG.IPO.SYER. LAUNCHING.

Ok Selamat bermain saham.Mudahan untung berganda.Kalau salah bagi tau saya kat shoutt.


Read more...

15 perkara yang dilarang

Tuesday, February 8, 2011

Daripada Ali bin Abi Talib r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

“Apabila umatku telah melakukan lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1.Apabila harta negara hanya beredar di kalangan orang-orang tertentu
2.Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
3.Zakat dijadikan hutang
4.Suami mengikut kehendak isteri
5.Anak menderhakai ibunya
6.Sedangkan dia berbaik-baik dengan kawannya
7.Dia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
8.Suara sudah ditinggikan di dalam masjid
9.Yang menjadi ketua suatu kaum ialah orang yang paling hina antara mereka
10.Seseorang itu dimuliakan (dihormati) kerana ditakuti kejahatannya
11.Arak diminum di merata-rata tempat
12.Kain sutera banyak dipakai (oleh orang lelaki)
13.Para artis disanjung-sanjung
14.Muzik banyak dimainkan
15.Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi terdahulu

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

(Hadith riwayat Imam Turmizi)

Read more...

KENAIKAN SEBENAR HARGA EMAS DI MALAYSIA

Sunday, January 30, 2011

Assalamualaikum...


Kali ni saya nak taip artikel sikit berkenaan dengan peratus kenaikan emas di Malaysia.
Ini kerana saya pelik apabila ramai orang kata emas naik sehinga 39% setahun.
Ada yang lagi pandai kata 43 % setahun,Dan yang paling syoknya dengar orang cakap emas naik 49% setahun.kalau 49 %.
Kalau betul emas naik 49% maknanya emas naik harga hampir 50% setahun.




Hang biaq betui. bak kata orang utara.



Mula-mula kita tengok graf Kitco.





Ini adalah graf 5 tahun pergerakan emas dunia dalam nilai USD per oz.


Dari graf ni kita nampak emas naik dari USD 600 ke USD1330.
Kenaikan = USD1330 -USD600 = USD 730.
Peratus kenaikan untuk 5 tahun= USD 730 / USD 600 =121%
Jadi purata harga emas naik setahun ialah 121% / 5 tahun  = 24%.



Tetapi ini adalah kiraan berdasarkan USD.Adakah kita beli emas dengan USD, atau Ringgit.Link
di bawah menunjukkan penurunan USD dengan Ringgit.Pada tahun 2006 1 USD di tukar kan dengan RM3.78.Manakala pada tahun 2011 harga USD ialah RM 3.05.



Harga dolar pada tahun 2006 = RM3.78
Harga dolar pada tahun 2011= RM 3.05
Penurunan dolar untuk tempoh 5 tahun = RM0.73

Peratus kejatuhan dolar berbanding Ringgit untuk tempoh 5 tahun =23%

Maka Peratus kejatuhan dolar setahun ialah 23/5 =5%

Ini bermakna Dolar telah jatuh sebanyak 73 sen sepanjang 5 tahun lalu.Maka ini bermakna dolar jatuh sebanyak 5%.setahun.



 http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=629&lang=en&StartMth=1&StartYr=2006&EndMth=1&EndYr=2011&session=1200&pricetype=Mid&unit=rm





Oleh kerana kita membeli emas di menggunakan ringgit,sebenarnya kita perlu menolak dari kenaikan harga emas dalam USD dengan kejatuhan USD.


Iaitu Peratus kenaikan emas -peratus penurunan dolar= 24% -5%.=19%



Kesimpulannya kenaikan emas di Malaysia di pengaruhi juga oleh kadar pertukaran wang.



Hal ini adalah kerana kita tidak membeli emas dengan wang asing.



Perkara ini juga berlaku pada komoditi lain,sebagai contoh minyak kelapa sawit,getah dan juga timah.


Semua komoditi ini adalah hasil keluaran negara kita.Sepatutnya harga emas,getah,dan timah ini mennjadi lebih mahal.Akan tetapi disebabkan ringgit kita kukuh,maka kenaikan emas,,minyak kelapa sawit dan getah tidak begitu banyak.

Tetapi emas sentiasa naik.Itu bukan tujuan pengiraan ini dibuat.Tujuan pengiraan ini di buat supaya pembeli emas tidak akan terkeliru dengan pengiraan kenaikan emas.

Pengiraan ini juga boleh di gunakan dengan membandingakn tempoh yang lebih pendek seperti 1 tahun atau 2 tahun

Artikel ini adalah adalah hasil kerja seorang yang tidak mengambil subjek ekonomi semasa SPM.

Jadi jika salah ,tolong perbetulaknnnnn.


Buah cempedak di lua pagar ,
Ambil galah tolong jolokkan ,
Saya budk baru belajar,
kalau salah tolong tunjuukkan

Read more...

Pk Abu dan wang kertas

Saturday, January 29, 2011

Pada suatu masa dulu, ada seorang peniaga kedai runcit bernama Pak Abu. Pada waktu tu tiada duit kertas lagi.Jadi setiap penjualan perlukan wang dinar atau dirham.

Suatau hari ada orang bernama Pak Muthu yang berjumpaPak Abu.Pak Muthu ada banyak emas dan dia nak tumpang letak emas dia kat kedai Pak Abu.Dia nak tumpang letak emas di kedai Pak dalam masa yang ama,Pak Muthu nak beli barang dari kedai Pak Abu.

Maka Pak Abu pun tulis surat mengatakan Pak Muthu ada menyimpan emas di kedainya itu.

Sejak dari itu ramai orang menyimpan emas dengan Pak Abu.Semakin ramai orang yang meniru jejak langkah Pak Mutuhu semakin banyak emas yang disimpan oleh Pak Abu, dan semakin banyak jugalah surat akuan yang Pak Abu kena tulis.

Lama-kelamaan surat yang Pak abu tulis ni di terima pakai oleh semua kedai lain.

Kedai kain pelekat terima surat Pak Abu.

Kedai kek pun terima Surat Pak Abu.

Kedai ikan pun terima surat Pak Abu.

Yelah ,surat tu mengatakan pemegang surat tu mempunyai emas.Siapa yang tak percaya.

Akhirnya seluruh dunia terima surat Pak Abu.







Tetapi Pak Abu lama-lama jadi tamak.



Pak Abu Pun tulis surat mengataka dirinya mempunyai emas sebanayk 40 kilogram.Dengan surat ini dia pun membeli kereta,rumah banglo dan kereta ferari sebanyak 5 biji.



































































Read more...

CARA MEMBACA GRAF KITCO(http://www.kitco.com)

Monday, January 24, 2011











Jika anda menaip www.kitco.com graf di atas akan terpampang.Perbezaan graf ini dengan graf 24 hour ialah ,ia ada menunjukkan faktor kenaikan atau penurunan harga emas(spot price).Harga emas dunia ,seperti juga harga minyak di  tentukan dalam USD.Jadi sememangnya secara umumnya harga di Kitco adalah harga yang menjadi sandaran kepada seluruh dunia.

Ada 2 faktor utama yang memberi kesan terus kepada pergerakan graf

FAKTOR 1
Kedudukan nilai USD dan permintaan di pasaran.Seperti di bawah ini di tunjukkan bahawa harga emas bertambah apabila USD lemah(turun nilai),iaitu......

USD NAIK -EMAS TURUN

Manakala jika USD turun(lemah),harga emas akan nak, iaitu....

USD TURUN- EMAS NAIK

Perkara ini mudah sahaja.Duit kalau dah tak benilai ,mana apat nak beli emas.Contoh duit Zimbabwe.Duit matawang Zimbabwe terlalu lemah (murah) sehingga hendak membeli kentang memerlukan 3 trilion Zimbabwe.

FAKTOR 2.

Di sini prinsip supply and demand adalah cara senang nak cerita.Jika banyak sangat jualan di pasaran emas , maka harga emas akan turun.tetapi sebaliknya jika banyak sangat pembelian ,maka harga emas akan menaik.iaitu...

ORANG BANYAK BELI  -  EMAS NAIK

BANYAK PENJUALAN  -  EMAS TURUN

 Nak bagi senang faham,kalau dah banyak sangat ayam kampung di pasaran,mesti harga ayam kampung turun.tetapi jika kurang sangat ayam kampung di pasaran , harga ayam kampung pun naik.Prinsip asas ekonomi.


Gold price Change due to Weakening of USD        +1.20
Gold price Change due to Predominant Sellers        -0.80
Gold Price: Total Change                                        +0.40
 
 









Read more...

CARA MEMBACA GRAF KITCO (24 HOUR)


Graf ini mempunya tiga garisan berwarna.Garisan hijau menunjukkan pergerakan harga emas pada hari ini(today),Merah untuk hari kelmarin(yesterday) dan biru untuk hari sebelum kelmarin(day before yesterday).

 Di bawah adalah menunjukkan pasaran Hong Kong ,New York,London  dan Sydney.Oleh kerana Pasaran New York adalah yang paling banyak berlaku ,dan yang paling besar amaunnya maka kita selalu melihat biasanya selepas pukul 4 GMT , Turun naik graf berlaku dengan banyak.

Di bawah graf juga terdapat Time.(GMT Nem York) .

Perbezaan masa dengan Malaysia ialah lebih kurang 13 jam sahaja.Ini bermakna Kalau di malaysia sudah pukul 1 tengahari 24 Januari 2012, di New York Baru pukul 1 pagi 24 Januari 2012.

Jadi kalau hari Isnin tu dalam pukul 7 pagi baru bergerak.dan hari Sabtu dalam pukul 5 pagi tutup.

Hari Sabtu  dan Ahad pasaran tidak dibuka.Maka Harga akan jadi statik pada weekend.
 Ini adalah pandangan saya jer.Kalau Tak betul tolong tegur.

Kalau nak beli emas call saya 012 6470012

Read more...

4 CARA ASAS MENYIMPAN EMAS (yang saya tahu)

Saturday, January 22, 2011

Tulisan ini bukan ada kajian mendalam. Cuma pengalaman menyimpan emas sejak Oktober 2010.

Bagi saya ada 4 cara menyimpan emas.

CARA 1

Bila ada duit,beli emas.Memandangkan emas sentiasa naik sepanajang tahun maka keayaan kita semakin bertambah.Emas walau pun tengan menurun sekarang,sebenarnya akan naik secara jangka masa panjang.

Contoh saya pernah membeli 100gram emas PG pada bulan Oktober,RM 15120.Pada hari ini ia berharga RM 15086.Memang turun tetapi saya berani jamin harganya adalah murah berbanding tahun hadapan.

Seperti ada kawan saya membeli 100gram emas pada bulan Jun 2010 pada harga RM14k lebih jer.maknanya ia naik dekat RM1k lebih.

Kelebihan:Keuntungan cash kita tidak dapat tetapi kita dapat keuntungan dari segi nilai emas kita bila emas kita naik.

CARA2
Beli semasa murah dan jual sebaik jer naik.Teknik boleh dilakukan dengan kemahiran membaca graf yang tinggi. Contoh harga emas 20 gram pada masa raya haji ialah RM 3003. Pada bulan 12 harga 20 gram menjadi RM 3200.So kita jual emas kita itu.

Kelebihan.Kita dapat dapat keuntungan dalam bentuk cash.


CARA 3


Kita rahnukan emas kita.Duit dari rahnukan kita niagakan.Seperti buat kedai makan ker, jual burger ke.Macam -macam lah bisnes yang boleh.Tetapi mesti kena untung.

Kelebihan : Diversify our investment.
Kalau bisnes gagal dan duit abis,emas kita tak mampu nak amik selepas 6 bulan ,maka bank akan lelong emas kita.Kita masih lagi dapat sedikit duit.kalau lelong tu dibeli pada harga tinggi.
At least adalah sikit duit kita,daripada habis licin



 CARA 4


Mengambil untung setakat mana emas itu naik.
Contohnya anda ada emas bernilai RM 30k(pelbagai jenis seperti dinardan jongkong kecil).Tetiba emas naik sebanyak 2 %.Maka nilai emas anda menjadi RM 30600.Anda pun menjual satu dinar anda.Maknanya anda menjual setakat mana kenaikan emas anda.Car 4 ini membolehkan anda merasa duit emas  anda tanpa kehilangan semua emas anda.Saya suka cara ini keran mesti kia nak rasa duit emas kita.Simpan jer pun dah untung.Sapa nak bagi?


Siapa lagi...Saya lah yang akan bagi emas anda jika anda bagi duit pada saya.Heheheheh.


Untuk membeli emas hubungi saya 012 6470012

Read more...

Membeli Hartanah Tanpa Kehilangan Duit Simpanan Anda

Salam keemasan kepada anda.Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya ini.

Teknik di pelajari ketika menunggu giliran untuk mendapatkan emas di pejabat Sunway. Sahabat saya menenang tempat ke -6 Sarawak Open yang lalu telah sudi berkongsi ilmu beliau yang sangat berharga.

Pendahuluan.

Seperti emas juga, hartanah adalah kalis inflasi.Contoh rumah yang saya beli ini 2 tahun lepas berharga RM 250000,tetapi sekarang berharga RM 3150.kenaikan adalah 26 peratus.Cuma perbezaan nya ialah emas sentiasa naik tetapi hartanah mungkin akan turun jika tersilap pilih lokasi.

Contoh lain ialah rumah flet saya beli 5 tahun lepas di Seri Damansara berharga RM 67000.Sekarang kalau pergi kat sana terdapat banyak iklan rumah flet lelong serendah RM 30000.

Seperti emas juga, pelaburan hartanah ini memerlukan anda mempunya ilmu yang cukup untuk berjaya .

Baiklah, tanpa membuang masa,  terus ke topik sebenar.


CONTOH 1.(kisah benar)
Saya mempunya emas bernilai RM 30k. Saya nak beli beli rumah kondo berharga RM 130k. untuk membeli rumah anda perlu ada sekurang-kurangnya 5 %. So saya pun gadaikan emas saya sebanyak 30k.Hasil gadaian ini saya bayar peguam dan pendahuluan serta kos sampingan sebanyak RM 20k.

RM 13k=Pendahuluan.(10%)
RM 8K = Peguam dan kos sampingan.

Selapas itu saya pun menbuat loan rumah .Saya minta peguam bank menilaian rumah saya.Oleh kerana saya membeli rumah itu di bawah harga pasaran, peguam bank menilai rumah saya sebagai RM 180k.Jadi saya ada pilihan untuk mark up rumah saya sehingga RM 180k.

Jadi saya pun berfikir,jika saya membuat loan sehingga RM 180k , bayaran bulanan saya ialah RM 900.Maka membuat saya pinjamanan perumahan sebanyak Rm 160k sahaja.Bayaran bulanan saya bagi  pinjaman perumahan ini hanya RM 800.

Saya dapat cash balik dari pinjaman ini sebanyak RM 30k.

Duit ini saya tebus balik emas di dalam adaian bank, dan pada masa yang sama saya terus membawa Sales and Purchase (S & P) ke Maintainance kondo baru saya. Tujuan saya berbuat begini sebgaia persediaan untuk mengutip sewa rumah.Seterusnya saya berjumpa penyewa rumah baru saya(kebetulanm sudah ada penyewa) dan memperkenalkan saya sebagai tuan rumah baru.Saya menetapkan sewa kondo saya ini RM 900.

Tempoh masa untuk selesaikan pinjaman dan tukar nama adalah dalam lebih kurang 3 bulan.Keadaan ini bergantung kepada kelancaran proses pembelian.Peguam yang baik adalah sangat penting.

Soalan
*Kenapa saya tidak membuat loan semaksimum yang boleh iaitu RM 180K?
     - kerana kadar sewa yang rendah di kawasan yang saya beli (sekitar RM 900)
     -supaya saya dapat cash setiap bulan.

 *Kenapa kos sampingan mahal?
    -kerana perlu membayar yuran perjanjian,
      kos penghantaran peguam, peguam bank,peguam kita dan penilai hartanah bank.
    -penukaran kunci rumah, deposit air dan api.
     -semua kos ini adalah wajib

CONTOH 2(contoh yang tidak menguntungkan sangat).
Rumah flet di kawasan Maju Seksyen Satu(dekat Jaya Jusco) ada broker mengiklankan RM 89k tingkat2 pada tahun 2009.Saya pun membelinya.

Emas di tangan saya ada 200gram.Maka saya gadaikan.Duit gadaian saya bayar 10% danpeguam serta kos sampingan.

Selepas itu saya membuat pinjaman perumahan dengan bank pada harga RM 120k.Bayaran bulanan ialah RM 600.Tetapi sewa di kawasan itu hanya RM 600(paling tinggi jika ada tiles,atau dah renovate).

Maka saya pun letakkan peti ais,katil 2 dan alamari.Semua ini saya beli dalam RM1.5k jer.
Tujuan saya ialah saya dapat sewakan kepada pelajar kolej TAR.akhirnya dapat lah saya penyewa dari kalangan student.


Tetapi keburukan student ni ialah harta benda kita mudah rosak.Jadi kita perlu mengambil 3-4 bula deposit.



Kelemahan CONTOH 2 ini ialah saya perlu tambah RM 30 untuk bayaran penyelenggaraan.
Dan kedua susah nak halau penyewa berbanding kondo.kalau kita tutup air.penyewa boleh buka paip.Tetapi kalau kondo kita boleh arahkan pihak penyelenggaraan menutup air.

TIPS
1.JANGAN BELI RUMAH TERES.(KERANA SUSAH NAK HALAU PENYEWA)
2. JANGAN BELI RUMAH DI ATAS HARGA PASARAN(KECUALI ADA FULL FURNISH)
3.CHECK KEADAAN RUMAH.LAKUKAN SEDIKIT PENYELIDIKAN
4 KIRAAN BAYARAN BULANAN MESTILAH BETUL.
5.SEELOKNYA BAYARAN SEWA TIDAK BOLEH MELEBIHI BAYARAN ANSURAN RUMAH
6.LOCATION KONDO ANDA ADALAH PENTING.(KEMUDAHAN SEPERTI BANK LRT,HIGHWAY,SEKOLAH,KEDAI MESTILAH DIUTAMAKAN)

KEBAIKAN.
1.Orang bayarkan ansuran rumah kita.Selepas 30 tahun saya dapat rumah free.Penyewa bayarkan.
2.Jika bayaran bulanan kita lancar, tahun hadapan kita boleh membuat satu lagi pinjaman perumahan dengan bank.Sebaliknya jika kita membuat pinjaman peribadi sebanyak RM130k, walaupun kita bayar dengan lancar, tahun depan kita tidak boleh membuat pinjaman peribadi yang baru.Berbeza dengan pinjaman perumahan, kita boleh membuat pinjaman perumahan beberapa kali.
3.Kalau nasib baik, sewa rumah boleh dinaikkan lagi.

Read more...

7Sebab Kenapa Emas akan naik sehingga USD 1700( Reason Why Gold Will Continue To Rise)

Monday, January 17, 2011

Number One:
-Inflasi yang dialami oleh Amerika,dan seluruh dunia terutama dalamhasil pertanian dan keperluan asas lain.
-Hutang perseketuan yang meningkat.(persekutuan amerika).
-nilai Dolar yang menurun.




Number Two:
Masalah kewangan yang dialamai oleh negara-negara eropah.Ada negara yang terpaksa melelong bon masing-masing.Penyelesaian segera adalah mustahil.Krisis ini merebak ke semua negara yang menggunakan matawang euro. Begitu juga matawang euro semakin susut berbanding RM 7.80 suatu ketika dulu.Sekarang menjadi Rm 5.01 setip euro.

Number Three:

-Permintaan dari negara China yang sememangnya sudahtinggi.Sejak China membenarkan dan menggalakkanrakyatnya menyimpan emas, permintaan dari negara itu sentiasa meningkat.Suatu masa dulu China tidak membenarkan rakyatnya menyimpan emas.
.
Number Four:

-Begitu juga permintaan jangka masa panjang India juga memainkan peranan. Gabungan Peniaga dan Penjual Rising long-termemas Seluruh India seluruh india sudah beberapa kali mengadakan Pesta jualan emas secara besar-besaran.Pesta ini diadakan seperti hari kemerdekaan negara.


Number Five:
Peningkatan minat bank pusat bagi kebanyakan negara terhadap emas sebagai penampan krisis ekonomi yang terbaik.Bank Pusat di negara seperti China dan Rusia menaruh minat
 
Number Six:

Penghargaan golongan menengah dan atasan terhadap emas sebagai penyimpan kekayaan semakin bertambah baik.Ini di dorong oleh akaun emas dan ''Gold based Fund'' yang semakin popular di seluruh dunia. Terbaru di Kanada satu 'Gold based Fund ' telah dilancarkan.Ia dikatakan sebagai Fund terbesardi dunia.Product yang beraaskan emas seperti akau atau fund ini memudahkan semua golongan melibatkan diridalam pe;aburan emas di seluruh dunia.

Number Seven:

Dan faktor yang sama setiap tahun,yang menjadikan emas ni terkawal . ialah pengeluaran yang tidak meningkat.Lombong-lombong di seluruh dunia tidak atau meningkat sangat sedikit sahaja pengeluarannya.Manakala emas yang di proses pula tidak berada di pasarankeran disimpan oleh pemilknya.Jadi permintaan semakin mengatasi pengeluaran

Source: http://www.mineweb.com/mineweb/view/mineweb/en/page33?oid=118399&sn=Detail&pid=102055
 

Read more...

MENGUJI KETULENAN EMAS

Sunday, January 16, 2011

MENGUJI  KETULENAN EMAS.

 Emas ini merupakan logam yang tidak mudah bertindak balas dengan logam lain atau teroksida.Jadi ia selalu digunakan sebagai saduran gigi palsu. Selain itu juga emas tidak seperti tembaga yang mengeluarkan karat berwarna hijau setelah sekian lama. Emas yang lama biasanya akan terdapat kotoran. Kotoran ini boleh di bersihkan.

Bagi menguji ketulenan rantai tangan atau jongkong emas,ada beberapa teknik yang saya tahu.

TEKNIK 1:

I.Goreskan emas sedikit pada batu asah. Pastikan batu asah yang digunakan adalah gred halus, bukan yang di dapur anda. Batu asah ini boleh diperolehi dari kedai emas. Kelebihan batu asah ini berbanding batu asah di dapur anda ialah ia tidak kasar, jadi emas anda tidak akan tergores dengan teruk. Biasanya kedai emas akan menguji emas yang di''trade in'' kan kepada mereka di ruangan belakang kedai mereka.

II.Setelah di gores pada batu asah, lalukan asid nitrik ke atas emas tersebut.Anda boleh juga cuba asid lain tapi , hasilnya tak jadi macam yang dikehendaki.
.
III.Jika emas itu adalah dari gred 99.9%.ia tidak akan hilang.Sebaliknya jika emas itu dari gred yang lebih rendah, ia akan hilang sedikit apabila dilalukan asid ke atas goresan tadi. Jika emas palsu, dengan setitik atau dua titik asid pun dah hilang.

TEKNIK 2

i.Menggunakan alat penimbang air, yang biasanya ada di bank yang menjalankan perkhidmatan Rahnu.(Pajak gadai islam)

ii.Mula-mula pegawai bank akan timbang emas anda di atas penimbang, kemudian emas anda akan ditimbang di dalam air.

iii.Asalnya teknik ini di temui oleh Archimedes.Kisahnya bermula begini. Pada suatu hari Raja mengupah seorang pandai emas untuk membuat mahkotanya.Setealh siap ,Raja Mahu menguji ketulenan emas tanpa merosakkan atau mencalarkan mahkota emas nya itu. Raja memerintahkan Archimedes untuk mencipta teknik mneguji emas.Jika gagal kepala Archimedes akan di pancung. Maka Archimedes pun pergi mandi dalam 'tub' mandi.Dia pun dapat idea temtang daya tujah keatas dan sesaran air. Jika emas itu adalah tulen, berat air yang disesarkan oleh emas itu mesti lah mempunyai kadar yang tertentu dengan berat emas.

iii.Simbol kimia bagi emas ialah Au atau Aurum
No atom emas ialah 79
Berat atom emas ialah 196.967
Specific gravity:19.32
Emas adalah benda yang hanya boleh diperolehi dengan menggali lubang dalam tanah.Korek dalm-dalam ,kalau bertuah jumpa emas.Kalau hang tak ber'Tuah' jumpa lah menda kuning yang lain pulak.

kITA KEMBALI KEPADA CARA MNIMBANG EMAS DI UDARA DAN DI DALAM AIR..



CONTOH :20gram PG...


BERAT DIUDARA/KERINGt: 20.00 Grams
BERAT BASAH/DALAM AIR: 19.68 Grams
20.00minus19.98 bersamaan 1.02(D)

20.00 DIBAHAGIKAN DENGAN 1.02 BERSAMAAN 19.61(SG)

19.61MINUS 8.6 BERSAMAAN 11.01(R)
1.9 (R) DARAB 1.02 BERSAMAAN 11.23
11.23 BAHAGI DENGAN 25.97 BERSAMAAN 0.643
0.64311 DARAB 31.03 BERSAMAAN 19.99 GRAM EMAS ANDA


Kalau tak faham anda kena beli emas dulu.


Hubungi saya untuk mendapatkan emas tulen anda

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP