Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

CARA MEMBACA GRAF KITCO(http://www.kitco.com)

Monday, January 24, 2011











Jika anda menaip www.kitco.com graf di atas akan terpampang.Perbezaan graf ini dengan graf 24 hour ialah ,ia ada menunjukkan faktor kenaikan atau penurunan harga emas(spot price).Harga emas dunia ,seperti juga harga minyak di  tentukan dalam USD.Jadi sememangnya secara umumnya harga di Kitco adalah harga yang menjadi sandaran kepada seluruh dunia.

Ada 2 faktor utama yang memberi kesan terus kepada pergerakan graf

FAKTOR 1
Kedudukan nilai USD dan permintaan di pasaran.Seperti di bawah ini di tunjukkan bahawa harga emas bertambah apabila USD lemah(turun nilai),iaitu......

USD NAIK -EMAS TURUN

Manakala jika USD turun(lemah),harga emas akan nak, iaitu....

USD TURUN- EMAS NAIK

Perkara ini mudah sahaja.Duit kalau dah tak benilai ,mana apat nak beli emas.Contoh duit Zimbabwe.Duit matawang Zimbabwe terlalu lemah (murah) sehingga hendak membeli kentang memerlukan 3 trilion Zimbabwe.

FAKTOR 2.

Di sini prinsip supply and demand adalah cara senang nak cerita.Jika banyak sangat jualan di pasaran emas , maka harga emas akan turun.tetapi sebaliknya jika banyak sangat pembelian ,maka harga emas akan menaik.iaitu...

ORANG BANYAK BELI  -  EMAS NAIK

BANYAK PENJUALAN  -  EMAS TURUN

 Nak bagi senang faham,kalau dah banyak sangat ayam kampung di pasaran,mesti harga ayam kampung turun.tetapi jika kurang sangat ayam kampung di pasaran , harga ayam kampung pun naik.Prinsip asas ekonomi.


Gold price Change due to Weakening of USD        +1.20
Gold price Change due to Predominant Sellers        -0.80
Gold Price: Total Change                                        +0.40
 
 









0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP