Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

IMPIAN BEBAS HUTANG

Thursday, August 28, 2014

HUTANG

Hutang boleh terjadi apaila kita meminjam daripada sesorang atau sesuatu pihak. Dulu semasa saya masih belajar di universiti , saya berazam untuk menjelaskan hutang JPA saya dengan seberapa cepat. Saya juga berazam untuk membayar semua perkara sacara tunai.

Macam macam perancangan saya yang mahu hidup dengan bebas hutang.

NAmun apabila sudah bekerja, saya mula lupa sedikit demi sedikit.

Dari tak pakai kereta , beli kereta second hand. Padahal kampung pun dekat sahaja. Kemudia bila lagi teruk saya mula pakai kad kredit. Mulanya satu lama kelamaan jai 9 kad kredit.

KAD KREDIT.

Mula -mula belanja kad kredit ni terus bayar. Tetapi lama akelamaan berhutang dan bayar minimum bayaran sahaja. Akhirnya berhutang sampai RM 18 k.Apa taknya beli kamera, telefon, spor rim, isis minyak. Pada masa tu kononya saya ada art time. Nani duit part time tu boleh bayarkan kad kredit.

Bilafikir balik memanga menyesal. pada masa sekarang ni memang terasa sesal betu dengan kad kredit. Apa Apa pun bak kata orang tua tua, buang yang keruh ambil yang jernih.


HUTANG KERETA

Masa bujang saya beli kereta wira 1.6 auto. masa mula pakai 2-3 bulan keadaan kereta baik. 'pick up' pun masih kuat. Tapi lama kelamaan banyak bahagian yang kena tukar. Ada sekali tu saya tukar 'gearbox' .Kos tukar gear box ni cecah Rm 1500.

Akan tetapi lepas tu masih ada lagi masalah. Purata tiap bulan RM 400-500 kena keluar. 'Instalment' pada masa tu cuma Rm 330. Tapiu apabila dah di campur maintanence semua dekat Rm 1000. jadi lepas berbincang dengan isteri saya, maka kami pun bertukar kereta saga.BLM.

Saya membuat pinjaman selama 7 tahun. Sebenanrnya saya nak buat 5 tahun sahaja. Tapi seperti sebelumnya, saya ni mudah luap 'Plan' asala saya.

Walalu bagaimana pun hujung tahun depan iaitu bulan September 2015 kereta saga saya ni akan habis bayar.

AZAM BEBAS HUTANG

Berikut adalah beberapa pesanan jutawan yang saya baca. Moga saya dapat amalakn dan terus bebas hutang dan seterusnya dapat pencen awal .
1.JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Beberepa orang jutawan sering menekankan amalan kerohanian berikut adalah antara amalan yang diamalkan oleh mereka.

a. Sedekah RM 10 setiap kali Jumaat dan digandakan setiap minggu.

b. Solat Dhuha sebnayak 4 rakaat.

c. Zikir ya Wahhab 100 kali.

d. Surah Waqiah.


2. TAMBAH PENDAPATAN

Tambah pendapatan sampingan (side income) dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan atau kerja sampingan.Buat masa ini saya menjual Shaklee, jual emas
Set kuus Shaklee
dan membuat bisnes part time sedikit.

3. TULIS PERBELANJAAN HARIAN

Sejak menulis perbelanjaan harian , saya mula nampak perjalanan dan aliran duit saya. Mulanya memang leceh untuk menulis seiap perbelanjaan kita. Namun selepas beberapa lama baru saya nampak kesan nya. Kita boleh kawal sedikit perbelanjaan kita. Apabila hujung bulan kita melihat kertas perbelanjaan kita maka baru kita tahu dan sedar. Seperti saya tulis di atas , kesedaran pada kewangan kita ni mesti diingatkan selalu. Kalau tak de orang lain maka kita sendiri perlu ingatkan diri kita.
Semoga tulisan saya ini memberi manafaat pada diri saya dan sesiapa sahaja yang membacanya..

Yusri Gombak

Read more...

ALLAHDI ZAMAN SAHABATTETAP SAMA DENGAN ALLAH SEKARANG

Wednesday, August 27, 2014


KISAH BENAR


Apa saya tulis ni bukanlah pengalamn saya sendiri. Bahkan adalah dari syeikh yg saya dengar. 


Ia juga bertujuan menyindir atau perli sesiapa . Ia ditulis semata mata peringatan pada diri saya sendiri.

Ia juga bukan penanda aras kesolehan atau ke aliman saya amik science strean ni . Tapi semata mata pekongsian untuk diri sendiri shj.

WANITA YG SOLEH DI ZAMAN SEKARANG.

Du Mesir ada seorang perempuan dgn anak perempuannya dan ayahnya. Suaminya tiada di rumah untuk beberapa minggu. Walaupun dalam keadaan dhaif, mereka ada lah keluargaayg soleh.

Mereka adalah keluarga yg hatinya berat pada Allah.

Keluarga yg hati mereka condong hanya pada Allah.

Hati keluarga ini hanya terbayang keluasan akhirat.

Pada suatu hari anak perempuannya demam panas.Oleh kerana tiada wang maka wanita ini hanya mampu meletakkan kain basah di kepala anaknya lalu solat hajat. Selepas solat kain di basahkan sekali lagi. Dan solat hajat kedua dilakukan.

Perbuatan ini diulang sehingga jam 1.30 -2.00 pagi.Tiba tiba pintu rumah beliau diketuk.
Lalu ayah wanita itu bangun melihat luar pintu.Didapati seorang doktor dgn beg ubatannya berada . Lalu dibuka pintu dan doktor pun bertanya di mana anak perempuan yg sakit itu?
Lalu doktor pun memeriksa anak perempyan yg demam panas.

Setelah siap memeriksa. Doktor pun minta bayaran.Wanita tu berkata. Mana saya ada duit.
Doktor itu berkata. Habis tu dah takde duit kenapa awak telefon saya pagi buta.
Wanita itu berkata. Saya mana ada telefon. Lalu doktor pun periksa telefonnya.Lalu doktor pun cakap. Bukankah ini rumah En pulan ?


Rupanya doktor tersilap pergi rumah lain. 
Lalu doktor pun pelik. Camna boleh dia pergi ke rumah yg salah. Tak pernah lagi doktor itu salah rumah.
Lalu doktor menyoal keadaan keluarga wanita itu. Dengan linangan air mata doktor keluar dari rumah wanita itu dgn menitiskan air mata.
Beberapa ketika kemudian doktor itu datanh membawa ubat dan makan malam. Bulan setakat itu sahaja. Bahkan doktor tersebut memberi duit belanja utk sebulan kpd keluarga itu.
Setelah suaminya pulang siisteri membawa suami berjumpa doktor tersebut meminta di hentikan sumbangan.

Begitulah syeikh berkata.

1.Barang siapa bergantung pada Allah sepenuhnya maka Allah akan cukupkan ia.
2. Allah ada zaman nabi dan sahabat adalah Allah yg sama. Jd bantuan Allah yg diturunkan pada nabi dan sahabat hatta tabiin akan diturunnkan jika kita ada tumpuan dan taqwa yg sama seperti sahabat dan tabiin.
3. Perkara macam ni adalah ajaib pada zaman ini tapi adalah perkara biaza pada zaman kegemiangan islam.
4. Pada zaman ini jika doa kita dimakbulkan dgn segera maka itu adalah perkara ajaib. Pada zaman dahÅ©lu era kegemilangan islam, doa tak makbul adalah perkara ajaib. 


May Allah grant me and my relatives with jannah and khusu' in solaah.


http://www.youtube.com/watch?v=Wp1kWBMzXHQ&index=1&list=PLC8B5C84062BD02A2

Read more...

KUNCI DALAM KERETA

Sunday, August 24, 2014

MENGEJAR MASA


Pada beberapa minggu lepas , isteri saya membawa kereta ini. Kereta ini alat kawalan jauh (remoto control ) dah lama rosak. JAdi apabila balik dari kursus nak buka pintu, ttiada kunci dalam beg tangannya. 


Rupanya kunci tertinggal dalam kereta. Lalu kami berjumpa pengawal keselamatan.
Atas nasihat pengawal keselamatan, kereta kami di kunci dengan pengunci(seperti dalam gambar).Namun malam tu kami tidur tak lena juga. Yelah walaupun kereta saga sahaja, ada pulak security, namun hati kami pun berdebar juga.

Malam tu sibuk lah baca doa dan ayat kursi untuk memohon perlindungan kereta tersebut.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kereta kami ada di tempat parking.

Menurut pengawal, kadangkala orang tinggal kereta mewah seperti BMW , Porshe dan sebagainya. 


Tak perlu risau katanya.

Pengajaran dari pengalaman ini;

1. Berserah pada Allah adalah cara terbaik. Kalau kita risau macamana sekali pun kereta tetapt di sana.
2. Sentiasa tenang walaupun dah lewat. Ustaz bagi tahu saya, walau pun solat berjemaah kita dilarang lari menuju saf ,semata mata untuk mengejar takbiratul ihram. Inikan pula perkara dunia.
3. Sentiasa duuplicate kunci rumah dan kereta sekurang kurangnya 3 salinan. Tambahan lagi jika ada dua orang yang guna seperti saya dan isteri saya.

HAJI YUSRI:0126470012 GOMBAK

KERETA DI KUNCI SECURITY

Read more...

HATI KOTOR

Thursday, August 21, 2014


HATI KOTOR.


Sebelum anak sulungvsaya yg perempuan masuk sekolah rendah tahfiz, saya jarang solat bersama sama. Kalau solat kat umah ajak anak sulung solat keladang jer. Tapi sejak bersekolah tahfiaz sains ni saya tekan kan solat bersama.Kisah nya bermula begini. Sekolaah tersebut ada buku khas. Ibu bapa kena sain kat situ samada solat ke tak anak kita. Lengkap 5 waktu. Kemudian ada pula bacaan iqra nya. Pun kena sain. Ibu bapa kena cek dan pastikan.Apa yg kotor masa tu hati saya. Bila tengok buku solat dan ngaji tu mula hati saya nak marah . Kita bayar mahal mahal supaya guru sekolah tahfiz ni didik anak kita. Kita bayar mahal supaya kat umah bior lah anak saya relaks.Ni lah hati kalau kotor. Untuk kebaikan ada jer alasan. Mulanya memang saya k tepon sekolah anak saya tu. Apasal pulak mak ayah kena ajar solat dan ngaji lagi.Mujur isteri saya basuh sikit saya ni.Bila dah tenang baru saya fikir. Kitaapun solat. Apa salahnya susruh anak tu duk sebelah.Mngaji pula. Bukannya banyak. Dua tiga muka je sehari.Namun begitulah kesalafahaman saya.JOM DIDIK ANAK KITA.KITA NI DAH TAK LEH JADI MUHAMMAD ALFATEH. BIOR ANAK KITA JADI MUHAMAD ALFATEH.TAK DAPAT JADI MUHAMMAD ALFATEH JADI PEMBANTU IMAM MAHDI PUN OK


Read more...

TUGAS SEORANG MUSLIM.

Wednesday, August 20, 2014



Kisah semasa Ramadhan yang lalu.


Baru sekjap saya dan wife round taman ni dgn kereta. Kak ngah dah tido. Sedang me round tu, nampak pak nazir masjid dgn ajk tgh memarahi bebudak remaja.


Ni kali kedua dah nampak pak nazir menegur remaja.


Kali pertama dulu masa siang hari di tepi padang depan masjid ni ada couple bertepuk tampar. Berpeluk.


Terus pak nazir lalu situ minta ic budak tu , sambil tangan mrmicit hp .

Budak remaja tu dgn sombong menjawab siapa nak tegur aku

Pak nazir pun ckp. Kau tunggu aku tepon polis . Korang berpeluk tengah hari buta.

Jadi malu saya kerana saya yg nampak dulu maksiat tu tp tak tegur pun budak budak.

Saya doakan Allah panjangkan umur pak nazir masjid.

Amin.

Read more...

KELEBIHAN SEDEKAH

Sunday, August 17, 2014

BERAPA BANYAK SEDEKAH


Ada seorang lelaki soleh. Selalu beribadat. Suatu hari beliau lihat ada suara di langit suruh awan turun hujan di kebun si polan.
Lalu diikutilah oleh lelaki soleh itu akan awan itu.
Beliau rasa hairan kenapa ada awan yg disuruh oleh suara utk turunkan hujan.
Ini maksudnya awan itu hanya lah utk hujan di kebun si polan.
Setelah mengejar awan tubeberapa ketika maka.......
Ternampak lah bahawa awan itu hanya menurunkan hujan di suatu kebun sahaja. Sedangkan kebun di sebelah tidak kena hujan pun.
Maka berasa takjub lah ahli ibadat ni.
Lalu dicari tuan punya kebun.Setelah bertanya penduduk kg maka dpt lah ia berjumpa owner kebun yg diberkahi Allah.
Lalu beliau pun bertanya pada owner kebun. Apakah amalan sehingga hujan turun khusus pada kebun nya sahaja?
Owner kebun ckp semua nya adalah kurniaan dari Allah.


"DIA MEMEBRI EEZEKI KEPADA SESIAPA PUN YG DIA SUKA TANPA HISAB"


Lalu insaflah ahli ibadat itu.
Namun beliau tak puas hati juga. Beliau nak tahu juga apakah amalan khusus yg menarik hujan khusus?
Setelah disoal byk kali. Maka jawab tuan punya kebun.
Saya tka buat apa. Cuma setiap hasil kebu saya bahagi tiga. Satu bhgn saya derma. Satu bhgn sy guna utk usaha kebun . Satu bhgn utk keluarga. Walau pun susah camna sekali pun satu bahagian pasti sy derma.
Moga Allah bg taufiq utk saya dan kawan kawan semua beramal.Amin

Read more...

Friday, August 15, 2014


  1. KISAH DI KUBUR SELEPAS SOLAT SUNAT RAYA.

    Kami pergi ke kubur pagi tadi. Kebetulan ada keluarga jauh pun dtg ziarah kubur.

    Maka kami buat jemaah tahlil bersama, 'combined".

    Keluarga sana yg jd tekong. Selepas habis tahlil tekong yg pangkat moyang pun suruh dua orang budak laki baca surah alMulk dan al Fatihah.

    Kalau rekod bacaan kedua nya dan masukkan kat "youtube" nescaya "viral" .

    Apa pun bukan itu yg jd perkara utama kat sini. Apa yg utama kat sini pakngah kami mengalirkan air mata. Tak pernah sebelum ni buat tahlil di kubur nampak pakngah mengalirkan air mata.

    Lepas tahlil terus rapat pada pakngah kami.

    "Siapa tadi tu, sampai sebak nampaknya pakngah?"

    Beliau jawab, kubur yg keluar tu lawat ialah kubur ayah dua budak laki tahfiz tadi.

    Pakngah bg tahu bahawa arwah ayah kedua budak itu lebih muda drpdnya. Tak sampai 50an pun.
    Tetiba mrninggal dunia sakit jantung.

    Jadi bila kedua anak arwah baca surah Al Mulk dan al Fatihah, sebaklah dada pakngah.

    Kesimpulan.
    1. Dunia selama mana pun jika dibandingkan alkhirt sekejap jer.
    2. Apabila matinya anak Adam terputuslah amalan kecuali a.anak yg soleh yg mendoakannya...b..sedekah jariah ..c. Ilmu yg diajarkan diamalkan.
    3. Di kubir nanti tiada anak anak, tiada harta, tiada baju mahal, tiada senjata atau pun kereta yg boleh dibawa melainkan amalan soleh. Yang mana amalan soleh hanya dpt dilakukan dgn hidayah petunjuk dr Allah.

    Bak kata mufti Menk semasa menjelaskan surah alFatihah; NIKMAT YG PALING BESAR IALAH HIDAYAH PETUNJUK KE JALAN YG DIREDHAI.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP