Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

KENAIKAN PERAK (SILVER) MELEBIHI KENAIKAN HARGA EMAS)

Wednesday, December 5, 2012



BUKTI KENAIKAN PERAK (SILVER) MELEBIHI KENAIKAN HARGA EMAS (GOLD)


Gambar anak sulung saya dengan silver yang orang order.
Assalamualaikum, Salam sejahtera.                                                       Rabu,   5 Disember 2012

Rasanya dah lama tak menulis kat blog saya ni. Mujurlah saya masih ngat lagi password untuk login. Bukan apa lama tak menulis, kerana sibuk dengan perkara lain. Lagi satu punca malas nak menulis blog ini adalah kerana rasanya tidak ramai yang mengikuti blog saya.

Dan sudah semestinya juga kerana harga emas dan silver yang tak naik banyak.HEHEHHHEEH

Apa pun saya tulis juga sedikit pada hari ini, sebagai kajian peribadi saya. Kalau orang tak nak baca tak per, tulisan ini hanya luahan/pandangan/kajian diri sendiri. Nanti 2-3 tahun lagi boleh tengok balik.

OK.cukuplah intro untuk post hari ini.

Hari ini saya ingin berkongsi pengiraan saya tentang kenaikan perak untuk 30 hari, iaitu dari 4 November 2012 hingga  5Disember 2012.

Pada hari ini saya ingin menulis semula seperti artikel yang pernah saya tulis pada tahun 2010, iaitu menyatakan kenaikan harga perak mengatasi harga emas  Cuma oleh kerana perak jatuh begitu banyak, dan lama...hampir 2 tahun rasa nya harga perak jatuh di bawah USD 35, maka hari ini saya rasa dah tiba masa untuk semua pelabur perak KEMBALI membeli perak semula.

Mungkin susah dan perit bagi penyimpan perak hendak kembali menyimpan perak , kerana saya tahu perasaannya apabila 1 kg perak berharga RM 6000 boleh jatuh ke RM 4000 dalam seminggu iaitu....

RUGI RM 2000 DALAM SEMINGGU!!!!!! 


Masa tu memang tak lena tidur malam, kalau tidur juga mesti mengigau.HAHAAHA. Padan muka saya sendiri tamak , nak tunggu harga tinggi lagi.
Apa pun mujur juga , sebelum tu pernah beli silver 1kg RM 3000 dan jual pada harga RM4000 dalam masa 4 bulan iaitu ....

UNTUNG  RM 1000 DALAM 4 BULAN


Atas sebab serik dan kepreritan menghadapi kejatuhan harga perak, maka saya rasa penting sangat untuk saya berkongsi pengiraan saya ini. Kalau salah minta tolong perbetulkan.

Kita mulakan dengan mengira kenaikan silver.

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI :  USD34.28
HARGA AWAL KAJIAN (pada 4 November) : USD30.91
MAKA PERATUS KENAIKAN DALAM TEMPOH 30 HARI :11%

Baiklah.Itu adalah kenaikan perak UNTUK TEMPOH 30 HARI.

Cuba kita kira pula kejatuhan harga perak untuk hari ini Rabu 5/12/12

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI : USD 34.28
HARGA HARI INI : USD 33.30
MAKA PERATUS KEJATUHAN HARGA SILVER : 3%

http://www.kitco.com/charts/popup/ag0030lnb.htm l(5 Disember 2012)

GRAF HARGA PERAK UNTUK 30 HARI




SEKARANG CUBA BANDINGKAN DENGAN KENAIKAN DAN KEJATUHAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 30 HARI

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI :  USD 1751.90
HARGA AWAL KAJIAN (pada 4 November 2012) : USD 1691
MAKA PERATUS KENAIKAN : 4%

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI : USD 1751.90
HARGA HARI INI pada 5 Disember 2012) : USD 1701.00
MAKA PERATUS KEJATUHAN HARGA EMAS : 2.9%






SECARA UMUMNYA DALAM 30 HARI INI

EMAS NAIK SEBANYAK 1.1% 

PERAK PULA NAIK SEBANYAK 8%

Harga perak naik lebih banyak dari harga emas!!!!!!


Atau dalam bahasa orang kampung saya......

SILVER HAS OUTPEREFORMED 
 GOLD!!!!!!


Kalau saya unjurkan kepada setahun yang mempunyai 12 bulan, maka
8x12 bulan=96%, mankala emas pula 1%x 12bulan =12%,
Silver akan naik setahun lagi sebanyak 96% dan emas hanya naik 12 %? 

 Macam tak betul jer kiraan nikan?


Itulah pengiraan yang saya buat sendiri.Anda pun boleh buat kiraan anda sendiri berdasarkan kitco.com.

Moga dengan bukti ni kawan-kawan saya yang pernah menyimpan perak akan kembali menyimpan perak,

bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.

Jangan pula jual semua emas, dan simpan perak pula.Nanti tak boleh nak gadai.Simpan ikut kemampuan je.



Wassalam Yusri Gombak 5pm 5 Disember 2012.






Read more...

Wednesday, September 12, 2012

X-PLAN(TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD)


Baru-baru ini PUBLIC GOLD telah mengadakan promosi penukaran emas lama kepada emas PUBLIC GOLD.

Kelebihan nya ialah:
1.membeli pada harga tertinggi di Malaysia.
2.menerima semua jenis emas yang bengkok atau putus.
3.Boleh mendapat komisen bagi dealer.

Soalan 1:Bagaimana proses menukar emas lama kepada emas PUBLIC GOLD?
Jawapan: i)Bawa emas lama anda samada 916 atau 999 untuk diuji oleh staf.
               ii)Tengok harga we buy pada masa itu.
               iii)Pilih barangan Public Gold yang anda suka.
               iv)Tambah duit bagi lebihan harga.

Apa-apa soalan boleh hubungi saya 0126470012.



Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP