Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

ahmad amar

Thursday, September 25, 2014


ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


Tadi baru baca beberapa muka surat buku Ahmad Ammar. Tebal bukunya. ada 400 muka surat. Tapi banyak gambar. Memang dah lama cari buku ni, namun tak sempat nak cari. 
Kebetulan pula wife saya beli, so dapat lah baca sikit.

Petikan kata kata di bawah ni adala muka surat 14 buku tersebut.

Memang betul,

Hiburan yang sejati adalah dengan membaca al-Quran. Saya pernah baca bahawa bekas perdana menteri Britain sendiri membaca terjemahan al -Quran satu muka surat setiap hari.

Ada pula saya dengar, seorang profesor di Mesir masuk Islam kerana ilmu sains yg ada dlm al-Quran. Iaiitu bagaimana gandum yg disimpan dengan tangkainya akan tahan beberapa tahun lamanya. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran. Dengan bukti itu terus beliau masuk Islam..

Hakikat kegembiraan mungkin terletak pada rumah. Jika rumah besar dan mewah maka hati seseorang akan gembira.

Namun ada juga yang mempunyai rumah yang besar dengan kolam renang dan pendingin hawa, masih tidak tenang dan bahagi

Hakikat kegembiraan mungkin juga terletak pada kenderaan yang hebat dan berkuasaa tinggi,

Namun maasih ada yang terasa kekosongan dalam hati walaupun sudah memiliki beberapa kenderaan besar dan hebat.

Hakikat kegembiraan juga mungki terletak pada percutian yang jauh dari tanah air. dari itu ramai yang melancong ke paris, new zealand dan sebagainya semata mata untuk mendapatkan kegembiraan hakiki.

Namun masih terdapat juga pasangan yang pergi melancong ke luar negara dengan perbelanjaan yang mahal masih tidak gembira.

Ada pula pasanagan yang melancong jauh ke luar negara yang bergaduh atau bercerai.

Dimanakah sebenarnya hakikat kegembiraan ni?

Menurut pemahaman saya dari pembacaan beberapa , kegembiraan ni terletak dalam hati . Bagaimana kita hadapi sesuatu perkara itu , begitulah kegembiraan akan datang.

Bagi Ahmad Ammar pula hiburan adalah dengan membaca al-Quran.

Semoga kita pun dapat menghiburkan diri kita dengan kata kata Allah

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP