Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

Kisah wanita tua yang ikhlas memberi air minuman pada pekerja masjid

Monday, December 30, 2013


Kisah benar pasal ikhlas.
(Ustaz Don tv alhijrah )

Beberapa tahun lalu ada seorang raja arab yg kaya raya. Beliau adalah raja yg soleh. Pada suatu hari beliau inginn membina sebuah masjid dengan menggunakan sepenuhnya duitnya. Baginda tidak mahi satu sen pun duit dari orang lain. Apabila hampir siap baginda pun ingin meletakkan nama baginda pada masjid baru memandangkan semua gaji , bahan binaan , pelan binaan dan semua perbelanjaan adalah duit baginda.

Namun begitu niat baginda terbantut krn baginda bermimpi mendapat alamat supaya menamaan masjid itu dgn nama Si Fulanah bt Fulan.

Maka baginda pun berasa pelik . Namun mimpi yg dtg beberapa kali itu telah dibincangkan dgn para ulama. Hasil perbinangan terus di cari Fulanah bt Fulan. Baginda hairan kenapa nama orang lain pula yg sepatutnya diletakkan pada masjid ini padahal baginda sudah menjaga kewangan masjid supaya pembinaan nya tidak menggunakan duit sesiapa pun selain dirinya.

Setelah di periksa dan disiasat terjumpa lah nama yg disebut dlm mimpi rajab tersebut. Yang peliknya wanita tua yg disebutkan dlm mimpi raja tidak pernah menderma pada pembinaan masjid raja tersebut. Para pegawai raja berasa pelik. Setelah disoal beberapa kali barulah wanita tua itu memeritahu, semasa pembinaan masjid raja tersebut wanita tua meletakkan air minum bersama gelas di laluan pekerja masjid. Beberapa pekerja pembinaan masjid yg lalu dikawasan tersebut akan minum air percuma yg diletakkan oleh wanita tua.

Moral cerita ini.

1. Allah tidak melihat berapakah nilai sumbangam sedekah di dlm ringgit tapi Allah melihat keikhlasan si penderma.
2. Janganlah lupa bersedekah apabila kita senang.
3. Barang siapa bersedekah sebii kurma pun dgn ikhlas pahalanya boleh jadi lebih besar dr gunung jika benar benar ikhlas.

Jom kita target pencen di ""SANA"dgn kaya dan mewah.

BAGAIMANA?

Dengan sedekah jariah yg berterusan pahalanya walaupun kita dah mati

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP