Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

Kisah orang yang menjaga solatnya.

Saturday, December 28, 2013


Semalam zohor lewat sikit g jemaah. Bersama sama sy ada dtg tu ada sorang brader pun solat juga. Bila saya sampai kat surau dia tengah ambil wudhu. Saya ambil wudhu kemudian sikit dr dia tapi saya sudah dulu. Saya pelik juga tengok dia ambil wudhu. Saya pun basuh setiap anggota 3 kali, Saya pun kumur kumur dan masuk air dlm hidung. Tapi brader tu lama lagi amik wudhu. Padahal orang dah start solat.
Macam macam lah sangka buruk.
Akan tetapi bila tengok muka nya tenang jer.
Macam tersenyum macam tak.
Rambut dah uban sikit.
Lepas solat sempat bersalam juga. Macam lembut jer tangan walau pun macam tegap badannya.

Apa pun yg jelas sgt mukanya tenang . Macam pekerja pejabat. Kalau tak pun bos mana mana syarikat. Atau pun pencen .
Macam macam lah sangkaan baik saya.
Agaknya ni yg dikatakan aura kot.

Lepas solat tu saya tunggu wirid manakala brader tu terus solat sunat lalu beredar.
Bila saya keluar masjid saya nampak brader muka tenang tu rupanya pemandu lori sampah. Beberapa kawannya tidak solat tapi mnunggu shj di luar masjid.

Semua sangkaan say yg dia adalah breder pencen atau pun bos meleset sama sekali.

Terpegun saya .

Bgaimana brader tu berada dikalangan orang yg tak memberatkan solat.

Kerja pula kerja biasa. Bukannua kaya kot.

Tapi masih sempat solat berjemaah.

Itu rahsia aura dia agaknya.

Itu juga rahsia muka ceria dan tenang dia.

Kalau saya lah kerja bawa lori sampah tak tahu lah camna muka saya.

Tapi brader ni relaks jer.

Syukur sgt saya kerja kerajaan yg wangi jer. Kalau say tak syukir lagi,tak tahu lah apa lagi Allah nak tunjuk.
Kalau saya suka lengahkan solat jemaahbtak tahu lah apa lagi nak .

Moga saya dan friends saya yg baca dpt sama sama berjaya di dunia akhirat.

Saya bukannya ustaz dan lom tapi saya cuba nak jadi yg terbaik.

Apa salah nyanak jadi berjaya jika ada peluang kan?

Jom.

Mikrofon dan berbunyi. Orang dah sebut" Jom berjaya"

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP