Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

EMAS DAN SAHAM? WHAT I KNOW ABOUT IT

Friday, February 11, 2011

Manipulasi saham dengan emas.

Selamat sejahtera.Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini.

Pada posting kali ini saya ingin berkongsi bagaimana memanipulasikan emas dengan saham. 
Tetapi saya tulis apa yang saya tahu jer lah.Jadi jangan percaya sangat pada posting saya ni. 
Saya kerani kerajaan biasa sahaja.Tak tau sangat.Cuma apa yang saya tahu jerlah.

Secara asasnya teknik Arrahnu digunakan.

Kisahnya begini.
Jika kita mempunyai emas 35k,kita boleh menggunakan emas tersebut untuk menjana keuntungan dalam saham.Biasanya dealer memang dah ada RM 35k ni.

Contoh 1.
Pada bulan Disember 2010, telah ditawarkan saham sebuah anak syarikat Petrolium Negara.Kalau tak silap saham ni , dinamakan IPO, iaitu saham Petrokimia.
Saya pun tak tau secara tepat,cuma saya dengar ia disebut IPO,kekadang PetKem.Entah mana satu.Tapi memang sah bukan disebut IPOH .Ipoh kat Perak yer.

Kekadang orang panggil syer.Entah mana yang betul.SYER ker IPO ker PETCHEM ker PETKEM KER.

Senang cirita kita panggil saham Petrolium Negara saja lah.

Semasa offering harga nya adalah RM 5.00.Manakala jumlah yang unit saham yang ditawarkan bagi setiap individu ialah 5000 unit.

Maka kita gadaikan emaas kita di rahnu, atau ‘rempitkan’ emas kita.Hasil rahnu ni kita belilah saham.Pada masa tersebut(Disember 2010) saham ini turut ditawarkan oleh Maybank. Tapi sesiapa yang memohon melalui Maybank, mempunyai peratusan yang rendah untuk mendapat nya.Maybank tawarkan saham ini supaya kita buat pinjaman dengan mereka.

Akan tetapi,bagi staf atau individu berkaitan, mereka boleh terus mendapatnya dari Petrolium Negara.
Staf atau individu berkaitan ini akan diberikan borang berwarna merah jambu atau dalam bahasa Inggerisnya ‘PINK FORM’.

Seterusnya , pemohon perlu mendaftarkan diri dengan bursa saham Malaysia. Bayaran sebanyak RM50 diperlukan.Bayaran ini dibayar kepada Bursa Saham Malaysia.Bila dah bayor.anda dikira boleh main saham.

Jadi bulan Disember 2010 harga saham ini ialah RM 5.Jumlah saham ialah 5000 unit.

Kita beli 5000 unit. Pada hari pertama seperti kebanyakan saham syarikat besar ini ia naik dari RM 5 kepada RM 5.20.Jadi pada hari pelancaran tersebut jika kita terus menjualsemua unit saham tersebut,kita sudah untung RM 1000.Iaitu kiraannya;


Untung  X jumlah unit saham =(RM 5.20 – RM 5.00) x 5000unit = RM 1000.00

Itu untung sehari.Bayangkan lah sehari anda boleh mendapat 4 % dalam masa sehari.

Jika anda menjual pada hari pelancaran ini,anda sudah boleh menebus emas anda.Jika di tolak upah simpan sebulan emas , iaitu 0.075%,anda untung sebanyak 3.025%.




Contoh 2.
Jika anda tunggu lama Sedikit, iaitu sampai bulan Januari,dimana harga saham MUNGKIN akan menjadi RM 6.00.Anda akan untung sehingga 20 peratus dalam masa sebulan.
Dan perkara ini TERBUKTI benar.

Pada bulan januari 2011,Harga saham IPO ini telah menjadi RM 6.10.Maka jika anda menjualnya pada hujung bulan januari 2011 keuntungan anda ialah  RM 5000.

Iaitu kiraannya;

Untung x jumlah unit saham =(RM 6.10 – RM 5.00) x 5000             = RM 5500

Iaitu keuntungannya ialah 22% untuk tempoh sebulan.

Jika anda tolak upah simpan untuk 2 bulan iaitu 75 sen x RM 25000

Maka peratu keuntungan anda ialah 21.85%

Bayangkan Dalam masa sebulan  lebih anda untung sebanyak RM5500 atau 20%.

Inilah kehebatan emas.Ia boleh dimanipulasikan untuk mendapat keuntungan berganda.

TIPS SAHAM(yang orang bagi tau saya)
1.SELALUNYA SAHAM AKAN NAIK MENDADAK  PADA HARI PERTAMA PELANCARAN(LAUNCHING)

2.SEBELUM BELI SAHAM MESTI TENGOK PROSPEKTUS DULU.TENGOK PENYATA TAHUNAN MEREKA.JIKA BANYAK INVENTORI MAKNANYA SYARIKAT TERSEBUT TAK BAGUS SANGAT.KERANA KALAU INVENTORI BANYAK SANGAT KOS PENYIMPANAN BANYAK,ATAU MAKNANYA PRODUK KURANG LAKU.SATU LAGI KITA BOLEH TENGOK PENYATA TAHUNAN SYARIKAT.

3.KALAU NAK SAHAM, TENGOK JUGA PADA SAHAM YANG RUGI PADA HARI INI.  ADA KEMUNGKINAN SAHAM YANG RUGI HARI INI AKAN NAIK ESOK.CONTOHNYA DALAM BERITA TV9 SELALU CAKAP.KAUNTER PALING UNTUNG DAN KAUNTER PALING RUGI.TAPI MESTI KENA PERIKSA PROSPEKTUSNYA DULU.

4.KENA TETAPKAN KEUNTUNGAN YANG ANDA KEHENDAKI.JANGAN JADI TAMAK.BILA DAH DAPAT TAGET UNTUNG ANDA,ANDA KENA JUAL SAHAM ANDA.

5.ADA BAYARAN LAIN SEPERTI BAYARAN KEPADA REMISER.

6.SELALUNYA SYARIKAT GOVERNMENT RELATED COMPANY (GLC)NI KUKUH.SO ANDA BOLEH PERCAYA LAH.TAK PAYAH NAK PERIKSA SANGAT.CONTOH GLC IALAG TELEKOM,TNB DAN SEBAGAINYA.

7.ADA ORANG CAKAP JANGAN JUAL SAHAM NI, KERANA IA UNTUK MENKAYAKAN STAF ATAU RAKYAT MALAYSIA.SIMPAN SAHAJ .LAMA-LAMA.KERANAN ORANG TU CAKAP PUBLIC OFFERING NI BERTUJUAN MENG’KAYA’KAN RAKYAT MALAYSIA.JIKA DAHJUAL SESIAPA PUN BOLEH BELI.RUGI RAKYAT MALAYSIA.

8.JANGAN BELI SAHAM YANG TAK SYARIAH.WALAUPUN UNTUNG TAPI DI AKHIR.....AT NANTI CAMNA?


9.KALAU UNTUNG SETAHUN 20% , BAIK ANDA SIMPAN JER EMAS ANDA.

10.Semua ini adalah apa yang saya tahu sahaja.Kalau orang yang mahir mungkin akan mendapati banyak kesilapan.Jadi jangan berpandukan saya punya posting ni.Kena Tanya pada yang pakar.Macam emas jugalah.Anda kena tanya pda yang mahir. Cuma seperti ASB,kerajaan  offer saham GLC ni kepada staf dan orang ramai.Kerana mereka mahu rakyat terlibat sama dalam GLC.

Bila sebut pasal tawaran ni ,biasanya saya dengar orang sebut dalam bahasa inggerisnya ’PUBLIC OFFERING’.
ISTILAH BARU SAYA BELAJOR
PINK FORM, REGISTER PADA BURSA SAHAM,PUBLIC OFFERING,3 KAUNTER PALING RUGI,3 KAUNTER PALING UNTUNG.IPO.SYER. LAUNCHING.

Ok Selamat bermain saham.Mudahan untung berganda.Kalau salah bagi tau saya kat shoutt.


0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP