Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

Catatan Awal Seorang Penjual Emas(konon-kononnya)

Tuesday, December 21, 2010

Assalamualaikum.Selamat sejahtera.(Siap beri salam !.Macam nak buat ucapan pula. )

Sebenarnya ni adalah kali kedua saya ada blog.Blog saya yang pertama,dah  terlupa pasword dan tak cun.Tak pandai nak upload gambar.Jadi saya pun mintalah tangan_emas.blogspot.com untuk mebuat blog ini.Terima kasih berjuta-juta kasih kepada beliau. Pada masa catatan ini ditulis pun orangnya pun tak jumpa lagi.Duit bayaran pun tak bagi lagi.Dia kata dah puas hati nanti baru bincang.

Itu cerita pasal asal-usul blog ni.Sekarang cerita tentang emas pula.Sebenarnya tujuan blog ni adalah nak kongsi pengalaman menjadi dealer emas keluaran Public Gold.Itu dikira sebagai niat sampingan jer.hehehehe

Niat utama saya ialah kalau ada orang nak beli.hehehehhehe
Kalau ada yang nak beli, dialu-alukan. Kecil tapak tangan , tapak sulaiman saya tadahkan .heheheh


Mula-mula saya mendapat maklumat tentang Public Gold ni adalah pada tahun 2009. Pada masa tu saya  kekadang sibuk mencari ,sumber pendapatan tambahan.Hampir tiap malam ada overtime.Hari Sabtu  pun kekadang overtime......

Tapi satu hari tu dalam adik ipar dan kawan kepada isteri saya bercerita tentang jutawanemas.com.Saya pun teruja bila beliau(admin jutawanemas.com) bercerita tentang syiling kijang emas.Keuntungan yang beliau perolehi lebih banyak dari keuntungan skim amanah saham yang terkenal di Malaysia.perkara ini begitu mengujaka.Lama-kelamaan saya pun terjumpa lah Public Gold dan terjadilah dealer.

Pada 16 Oktober 2010, barulah saya beli emas sebanyak RM 20162,iaitu 100gram berharga 15160,20gram berharga RM3062 dan 3 keping 1 dinar yang berharga RM 626 setiap satu pun selepas 2 kali mendengar seminar oleh En.Shukor Hasyim, baru jadi dealer.

Oleh kerana saya tidak berapa percaya(walaupun dah keluar duit RM 20,000 beli emas Public Gold),saya pun terus membawa 2 keping 1dinar tersebut.di Bank Agro.Sesampainya saya kat sana Pak Guardsuruh saya naik ke tingkat atas.Banyak songeh betullah bank ni(Cakap dalam hati jer).So saya pun naik ke tingkat atas dan berjumpa pegawai Arrahnu.Mula-mula saya harap Pegawai tu test dengan asid ke,atau pun timbang dalam air ke.Tetapi tidak sama sekali.Dia tengok 1 dinar tu,lepas tu dia suruh isi borang,dan dia print satu borang berwarna hijau.Lepas tu dia kata nanti pegi kat bawah.Saya pun dah suspens.Duit tak kasi pun.Apa pun saya pun turun kat kaunter bawah ,saya pun pergi tanya Pak guard Lagi sekali sambil menunjukkan resit hijau yang pegawai Arrahnu bagi tadi. Pak Guard kata,awak pergi kaunter.Bila pergi ke kaunter, dapatlah duit RM820.00.

Huh!Lega hati saya.Ini bermakna emas yang dijual oleh Public Gold adalah emas betul.Bukan tipu punya.Takut juga.Duit dah keluar RM20,000.00.Kalau kena tipu nyesal tak sudah lah saya.Sebenarnya duit 20 separuh adalah duit skim pencen KWSP,dan separuh lagi duit loan.

Cuma yang jadi extra mendebarkan ialah duit dari skim pencen KWSP tu nak digunakan untuk pergi haji pada tahun 2011.Kalau lebur duit tu tak pergi haji lah saya.huhuhuhuhuhu.

Tu yang mencemas dan mendebar kan jantung lelaki ini.huhuhuhuh.

Sebenarnya saya bukan apa, cuma takut pisang berbuah 2 kali.

 Pada suatu masa dulu, saya pernah menceburi satu MLM ni.Namanya U _ _ r _ _ d. Kawan serumah bujang yang ajak.Katanya tak perlu cari orang.Cuma beli kedai internet,dan beli kopi yang berharga RM 30 sepeket(sekali minum). Katanya juga, nanti upline akan cari orang untuk di pasangkan di bawah kita.Kalau jadi ahli akan dapat sehari paling tinggi RM 9000.Bayangkan.Cantik,Menarik,Tertarik punya iklan.Lama-lama upline saya senyap.Duit dah keluar RM2400.00. Kopi berharga RM 30 dah abis diminum. Sekarang tak tau camna?

Kawan yang rekemen pun dah kawin dah pindah.Saya pun dah kawin dan pindah.Dia pun tak dapat apa.Pendapatan Harian mencecah RM1 pun takde.Cuma dapat kopi jer.

Dah nasib badan....


 Berbalik pada cerita tentang logam kekunungan ini.

PublicGold punya emas senang nak urus. Bile Kita beli produk,terus dapat produk.Produk tu pulak ada nilai.nyalah bernilai produk tu sampai boleh ditukarkan jadi duit balik.(di rahnukan di Agri Bank)

Senang Cerita ,beli emas , dapat emas.Tulen pulak tu.

Katakan emas tu emas tipu,mesti dah kantoi dah semasa diperiksa oleh pegawai bank.

Katakan tak boleh jual.Simpan sahaja lah.Lama-lama akan naik.Bila dah naik jual balik kat Public Gold.

Saya dah jual satu keping 20gram pada harga RM3090.Cukup lah.dapat 1.5 %.lebih kurang RM30.Oklah kan.at least ada.

Kesimpulannya Emas Public Gold ni senang kisahnya.
    1.Tak pandai cari pelanggan.simpan jer.lama-lama jual kat PublicGold.
    2.Kalau pandai jual dapat 1.5 %.
    3.Kalau takut emas tipu, test kat Rahnu atau kedai emas.
    4.Kalau nak jual harga tinggi sikit,boleh jual balik kat saya.Saya pun boleh beli balik.heheheheh


Sekian.Terima kasih.(Ada ke orang nak baca?)
Tak kisah lah kalau orang tak baca.Just Sharing,berkongsi perasaan jer.

Last sekali(PESANAN PENAJA RASMI)

Semasa musim cuti ini...
INGATLAH....



Berhati -hati memandu

 .
 ..
....
...
 Jika mengantuk, berhentilah di Petronas..
....
...
...
...
....
.....
Ingat orang yang tersayang.

.
..
...
.....

Biar lambat,asalkan Selamat.
..
...
....
.....
Patuhi Lampu isyarat.
..
...
....
.....

Kalau lampu berwarna hijau, maka ...

..
...
...
Jalanlah segera sebelum kena hon oleh pemandu lori di belakang.
..
...
...
Kalau lampu merah,maka
...
.....
.....
berhentilah suapaya tak langgar Ah Moi yang nak melintas dihadapan.
......
...
 ..
..
....
Kalau nampak lampu isyarat warna kuning,maka,

...
....
.....
...
...
......
.......
........
.........


ingat lah blog EMASKUNING999 ni.

Wassalam.

1 comments:

Anonymous,  September 2, 2011 at 6:38 AM  

Blog yg menarik.penerangan yg simple dan menarik

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP