Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

ahmad amar

Thursday, September 25, 2014


ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


Tadi baru baca beberapa muka surat buku Ahmad Ammar. Tebal bukunya. ada 400 muka surat. Tapi banyak gambar. Memang dah lama cari buku ni, namun tak sempat nak cari. 
Kebetulan pula wife saya beli, so dapat lah baca sikit.

Petikan kata kata di bawah ni adala muka surat 14 buku tersebut.

Memang betul,

Hiburan yang sejati adalah dengan membaca al-Quran. Saya pernah baca bahawa bekas perdana menteri Britain sendiri membaca terjemahan al -Quran satu muka surat setiap hari.

Ada pula saya dengar, seorang profesor di Mesir masuk Islam kerana ilmu sains yg ada dlm al-Quran. Iaiitu bagaimana gandum yg disimpan dengan tangkainya akan tahan beberapa tahun lamanya. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran. Dengan bukti itu terus beliau masuk Islam..

Hakikat kegembiraan mungkin terletak pada rumah. Jika rumah besar dan mewah maka hati seseorang akan gembira.

Namun ada juga yang mempunyai rumah yang besar dengan kolam renang dan pendingin hawa, masih tidak tenang dan bahagi

Hakikat kegembiraan mungkin juga terletak pada kenderaan yang hebat dan berkuasaa tinggi,

Namun maasih ada yang terasa kekosongan dalam hati walaupun sudah memiliki beberapa kenderaan besar dan hebat.

Hakikat kegembiraan juga mungki terletak pada percutian yang jauh dari tanah air. dari itu ramai yang melancong ke paris, new zealand dan sebagainya semata mata untuk mendapatkan kegembiraan hakiki.

Namun masih terdapat juga pasangan yang pergi melancong ke luar negara dengan perbelanjaan yang mahal masih tidak gembira.

Ada pula pasanagan yang melancong jauh ke luar negara yang bergaduh atau bercerai.

Dimanakah sebenarnya hakikat kegembiraan ni?

Menurut pemahaman saya dari pembacaan beberapa , kegembiraan ni terletak dalam hati . Bagaimana kita hadapi sesuatu perkara itu , begitulah kegembiraan akan datang.

Bagi Ahmad Ammar pula hiburan adalah dengan membaca al-Quran.

Semoga kita pun dapat menghiburkan diri kita dengan kata kata Allah

Read more...

cikgu insaf

Sunday, September 7, 2014


Teringat jumpa seorang brader. Anaknya pompuan 2orang. 
Sebenarnya ada 3, yang last tu meninggal dlm kandungan.

Menurut brader tu , keguguran anak ketiga nya terjadi ketika brader tu sedang melakukan kegiatan yg tidak baik.

Sejak dr itu hatinya dibelengu rasa bersalah. Brader tu mula g masjid. Mula simpan janggut. Mula kelaur dakwah.mula solat sunat. Mula belajar tajwid.
Dia mula kan perubahan pada dirinya sahaja. Apa yg pelik kata brader tu. Anak pompuannya mula nak pakai tudung walhal baru darjah 2. Isterinya pula mula pakai stoking bila kuar rumah..

Katanya, aku tak pernah pun suruh pakai tudung dan stokin. Baginya stokin ni tak per. Menda kecik jer. Brader tu ckp dia tak dakwah keluarganya kerana dia baru nak jadi baik.

Bergenang mata brade tu citer betapa besarnya kurnia Allah padanya.

Sejak tu dia berjanji pada dirinya akan setia pada isterinya dan jadi lelaki soleh

Read more...

21 ogos DATO YANG SUKA BERSEDEKAH

SUBHANALLAH

Dato yang suka bersedekah.

Beberapa bulan sebelum berpuasa, saya jumpa seorang costumer. Rumah banglo 3 tingkat.
Saya pun tak tahu apa 'biz' dato ni.
Cuma nampak banyak kotak rayna, kot. Ingatkan kotak kaca. Pada masa tu saya ingatkan Dato ni berniaga  pinggan mangkuk .
Bila bulan puasa kelmarin, saya ni suka berbuka di masjid berlainan. Makan namoak lah saya kotaak Rayna ni.
Rupanya kotak kurma.
Rupanya Sebelum ramdhan Dato ni dah ready nak sedekah kurma.

Apa yang best pasal Dato ni?

1. Dah 5 kali pergi rumah banglo nya, tak pernah nampak kereta lain melainkan waja dan Myvi, padahal jiran sebelah dia duk parking ferrari dan audi depan rumah mereka.
2. Menurut jemaah masjid tempat saya berbuka hari tu, kalau 'dia tu punya giliran jamu orang mesti sedap sangat. mesti kena datang katanya.
Moga Allah beri taufiq pada saya dan kita semua untuk jadi orang yang suka bersedkah.

Read more...

BAGAIMANA NAK BERMIMPIKAN NABI SAW?

Tuesday, September 2, 2014

mimpi rasul?

Seorang syeikh bertemu wanita tua....lalu beliau tanya pada wanita tua, apa sakit mu?
wanita tua kata dah tiga malam makcik tidak bermimpikan rasullullah,..

terkesima syeikh...

terkedu syeikh tersebut...

katnya bagaimana kita nak mimpi rasul jika makan makanan tak halal, hidup tak halal, perangai tak macam rasul...kerisauan dan kebimbangan tak sama macam kerisau nabi saw.

http://www.youtube.com/watch?v=Aq7qphURyaI

Read more...

IMPIAN BEBAS HUTANG

Thursday, August 28, 2014

HUTANG

Hutang boleh terjadi apaila kita meminjam daripada sesorang atau sesuatu pihak. Dulu semasa saya masih belajar di universiti , saya berazam untuk menjelaskan hutang JPA saya dengan seberapa cepat. Saya juga berazam untuk membayar semua perkara sacara tunai.

Macam macam perancangan saya yang mahu hidup dengan bebas hutang.

NAmun apabila sudah bekerja, saya mula lupa sedikit demi sedikit.

Dari tak pakai kereta , beli kereta second hand. Padahal kampung pun dekat sahaja. Kemudia bila lagi teruk saya mula pakai kad kredit. Mulanya satu lama kelamaan jai 9 kad kredit.

KAD KREDIT.

Mula -mula belanja kad kredit ni terus bayar. Tetapi lama akelamaan berhutang dan bayar minimum bayaran sahaja. Akhirnya berhutang sampai RM 18 k.Apa taknya beli kamera, telefon, spor rim, isis minyak. Pada masa tu kononya saya ada art time. Nani duit part time tu boleh bayarkan kad kredit.

Bilafikir balik memanga menyesal. pada masa sekarang ni memang terasa sesal betu dengan kad kredit. Apa Apa pun bak kata orang tua tua, buang yang keruh ambil yang jernih.


HUTANG KERETA

Masa bujang saya beli kereta wira 1.6 auto. masa mula pakai 2-3 bulan keadaan kereta baik. 'pick up' pun masih kuat. Tapi lama kelamaan banyak bahagian yang kena tukar. Ada sekali tu saya tukar 'gearbox' .Kos tukar gear box ni cecah Rm 1500.

Akan tetapi lepas tu masih ada lagi masalah. Purata tiap bulan RM 400-500 kena keluar. 'Instalment' pada masa tu cuma Rm 330. Tapiu apabila dah di campur maintanence semua dekat Rm 1000. jadi lepas berbincang dengan isteri saya, maka kami pun bertukar kereta saga.BLM.

Saya membuat pinjaman selama 7 tahun. Sebenanrnya saya nak buat 5 tahun sahaja. Tapi seperti sebelumnya, saya ni mudah luap 'Plan' asala saya.

Walalu bagaimana pun hujung tahun depan iaitu bulan September 2015 kereta saga saya ni akan habis bayar.

AZAM BEBAS HUTANG

Berikut adalah beberapa pesanan jutawan yang saya baca. Moga saya dapat amalakn dan terus bebas hutang dan seterusnya dapat pencen awal .
1.JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Beberepa orang jutawan sering menekankan amalan kerohanian berikut adalah antara amalan yang diamalkan oleh mereka.

a. Sedekah RM 10 setiap kali Jumaat dan digandakan setiap minggu.

b. Solat Dhuha sebnayak 4 rakaat.

c. Zikir ya Wahhab 100 kali.

d. Surah Waqiah.


2. TAMBAH PENDAPATAN

Tambah pendapatan sampingan (side income) dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan atau kerja sampingan.Buat masa ini saya menjual Shaklee, jual emas
Set kuus Shaklee
dan membuat bisnes part time sedikit.

3. TULIS PERBELANJAAN HARIAN

Sejak menulis perbelanjaan harian , saya mula nampak perjalanan dan aliran duit saya. Mulanya memang leceh untuk menulis seiap perbelanjaan kita. Namun selepas beberapa lama baru saya nampak kesan nya. Kita boleh kawal sedikit perbelanjaan kita. Apabila hujung bulan kita melihat kertas perbelanjaan kita maka baru kita tahu dan sedar. Seperti saya tulis di atas , kesedaran pada kewangan kita ni mesti diingatkan selalu. Kalau tak de orang lain maka kita sendiri perlu ingatkan diri kita.
Semoga tulisan saya ini memberi manafaat pada diri saya dan sesiapa sahaja yang membacanya..

Yusri Gombak

Read more...

ALLAHDI ZAMAN SAHABATTETAP SAMA DENGAN ALLAH SEKARANG

Wednesday, August 27, 2014


KISAH BENAR


Apa saya tulis ni bukanlah pengalamn saya sendiri. Bahkan adalah dari syeikh yg saya dengar. 


Ia juga bertujuan menyindir atau perli sesiapa . Ia ditulis semata mata peringatan pada diri saya sendiri.

Ia juga bukan penanda aras kesolehan atau ke aliman saya amik science strean ni . Tapi semata mata pekongsian untuk diri sendiri shj.

WANITA YG SOLEH DI ZAMAN SEKARANG.

Du Mesir ada seorang perempuan dgn anak perempuannya dan ayahnya. Suaminya tiada di rumah untuk beberapa minggu. Walaupun dalam keadaan dhaif, mereka ada lah keluargaayg soleh.

Mereka adalah keluarga yg hatinya berat pada Allah.

Keluarga yg hati mereka condong hanya pada Allah.

Hati keluarga ini hanya terbayang keluasan akhirat.

Pada suatu hari anak perempuannya demam panas.Oleh kerana tiada wang maka wanita ini hanya mampu meletakkan kain basah di kepala anaknya lalu solat hajat. Selepas solat kain di basahkan sekali lagi. Dan solat hajat kedua dilakukan.

Perbuatan ini diulang sehingga jam 1.30 -2.00 pagi.Tiba tiba pintu rumah beliau diketuk.
Lalu ayah wanita itu bangun melihat luar pintu.Didapati seorang doktor dgn beg ubatannya berada . Lalu dibuka pintu dan doktor pun bertanya di mana anak perempuan yg sakit itu?
Lalu doktor pun memeriksa anak perempyan yg demam panas.

Setelah siap memeriksa. Doktor pun minta bayaran.Wanita tu berkata. Mana saya ada duit.
Doktor itu berkata. Habis tu dah takde duit kenapa awak telefon saya pagi buta.
Wanita itu berkata. Saya mana ada telefon. Lalu doktor pun periksa telefonnya.Lalu doktor pun cakap. Bukankah ini rumah En pulan ?


Rupanya doktor tersilap pergi rumah lain. 
Lalu doktor pun pelik. Camna boleh dia pergi ke rumah yg salah. Tak pernah lagi doktor itu salah rumah.
Lalu doktor menyoal keadaan keluarga wanita itu. Dengan linangan air mata doktor keluar dari rumah wanita itu dgn menitiskan air mata.
Beberapa ketika kemudian doktor itu datanh membawa ubat dan makan malam. Bulan setakat itu sahaja. Bahkan doktor tersebut memberi duit belanja utk sebulan kpd keluarga itu.
Setelah suaminya pulang siisteri membawa suami berjumpa doktor tersebut meminta di hentikan sumbangan.

Begitulah syeikh berkata.

1.Barang siapa bergantung pada Allah sepenuhnya maka Allah akan cukupkan ia.
2. Allah ada zaman nabi dan sahabat adalah Allah yg sama. Jd bantuan Allah yg diturunkan pada nabi dan sahabat hatta tabiin akan diturunnkan jika kita ada tumpuan dan taqwa yg sama seperti sahabat dan tabiin.
3. Perkara macam ni adalah ajaib pada zaman ini tapi adalah perkara biaza pada zaman kegemiangan islam.
4. Pada zaman ini jika doa kita dimakbulkan dgn segera maka itu adalah perkara ajaib. Pada zaman dahÅ©lu era kegemilangan islam, doa tak makbul adalah perkara ajaib. 


May Allah grant me and my relatives with jannah and khusu' in solaah.


http://www.youtube.com/watch?v=Wp1kWBMzXHQ&index=1&list=PLC8B5C84062BD02A2

Read more...

KUNCI DALAM KERETA

Sunday, August 24, 2014

MENGEJAR MASA


Pada beberapa minggu lepas , isteri saya membawa kereta ini. Kereta ini alat kawalan jauh (remoto control ) dah lama rosak. JAdi apabila balik dari kursus nak buka pintu, ttiada kunci dalam beg tangannya. 


Rupanya kunci tertinggal dalam kereta. Lalu kami berjumpa pengawal keselamatan.
Atas nasihat pengawal keselamatan, kereta kami di kunci dengan pengunci(seperti dalam gambar).Namun malam tu kami tidur tak lena juga. Yelah walaupun kereta saga sahaja, ada pulak security, namun hati kami pun berdebar juga.

Malam tu sibuk lah baca doa dan ayat kursi untuk memohon perlindungan kereta tersebut.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kereta kami ada di tempat parking.

Menurut pengawal, kadangkala orang tinggal kereta mewah seperti BMW , Porshe dan sebagainya. 


Tak perlu risau katanya.

Pengajaran dari pengalaman ini;

1. Berserah pada Allah adalah cara terbaik. Kalau kita risau macamana sekali pun kereta tetapt di sana.
2. Sentiasa tenang walaupun dah lewat. Ustaz bagi tahu saya, walau pun solat berjemaah kita dilarang lari menuju saf ,semata mata untuk mengejar takbiratul ihram. Inikan pula perkara dunia.
3. Sentiasa duuplicate kunci rumah dan kereta sekurang kurangnya 3 salinan. Tambahan lagi jika ada dua orang yang guna seperti saya dan isteri saya.

HAJI YUSRI:0126470012 GOMBAK

KERETA DI KUNCI SECURITY

Read more...

HATI KOTOR

Thursday, August 21, 2014


HATI KOTOR.


Sebelum anak sulungvsaya yg perempuan masuk sekolah rendah tahfiz, saya jarang solat bersama sama. Kalau solat kat umah ajak anak sulung solat keladang jer. Tapi sejak bersekolah tahfiaz sains ni saya tekan kan solat bersama.Kisah nya bermula begini. Sekolaah tersebut ada buku khas. Ibu bapa kena sain kat situ samada solat ke tak anak kita. Lengkap 5 waktu. Kemudian ada pula bacaan iqra nya. Pun kena sain. Ibu bapa kena cek dan pastikan.Apa yg kotor masa tu hati saya. Bila tengok buku solat dan ngaji tu mula hati saya nak marah . Kita bayar mahal mahal supaya guru sekolah tahfiz ni didik anak kita. Kita bayar mahal supaya kat umah bior lah anak saya relaks.Ni lah hati kalau kotor. Untuk kebaikan ada jer alasan. Mulanya memang saya k tepon sekolah anak saya tu. Apasal pulak mak ayah kena ajar solat dan ngaji lagi.Mujur isteri saya basuh sikit saya ni.Bila dah tenang baru saya fikir. Kitaapun solat. Apa salahnya susruh anak tu duk sebelah.Mngaji pula. Bukannya banyak. Dua tiga muka je sehari.Namun begitulah kesalafahaman saya.JOM DIDIK ANAK KITA.KITA NI DAH TAK LEH JADI MUHAMMAD ALFATEH. BIOR ANAK KITA JADI MUHAMAD ALFATEH.TAK DAPAT JADI MUHAMMAD ALFATEH JADI PEMBANTU IMAM MAHDI PUN OK


Read more...

TUGAS SEORANG MUSLIM.

Wednesday, August 20, 2014



Kisah semasa Ramadhan yang lalu.


Baru sekjap saya dan wife round taman ni dgn kereta. Kak ngah dah tido. Sedang me round tu, nampak pak nazir masjid dgn ajk tgh memarahi bebudak remaja.


Ni kali kedua dah nampak pak nazir menegur remaja.


Kali pertama dulu masa siang hari di tepi padang depan masjid ni ada couple bertepuk tampar. Berpeluk.


Terus pak nazir lalu situ minta ic budak tu , sambil tangan mrmicit hp .

Budak remaja tu dgn sombong menjawab siapa nak tegur aku

Pak nazir pun ckp. Kau tunggu aku tepon polis . Korang berpeluk tengah hari buta.

Jadi malu saya kerana saya yg nampak dulu maksiat tu tp tak tegur pun budak budak.

Saya doakan Allah panjangkan umur pak nazir masjid.

Amin.

Read more...

KELEBIHAN SEDEKAH

Sunday, August 17, 2014

BERAPA BANYAK SEDEKAH


Ada seorang lelaki soleh. Selalu beribadat. Suatu hari beliau lihat ada suara di langit suruh awan turun hujan di kebun si polan.
Lalu diikutilah oleh lelaki soleh itu akan awan itu.
Beliau rasa hairan kenapa ada awan yg disuruh oleh suara utk turunkan hujan.
Ini maksudnya awan itu hanya lah utk hujan di kebun si polan.
Setelah mengejar awan tubeberapa ketika maka.......
Ternampak lah bahawa awan itu hanya menurunkan hujan di suatu kebun sahaja. Sedangkan kebun di sebelah tidak kena hujan pun.
Maka berasa takjub lah ahli ibadat ni.
Lalu dicari tuan punya kebun.Setelah bertanya penduduk kg maka dpt lah ia berjumpa owner kebun yg diberkahi Allah.
Lalu beliau pun bertanya pada owner kebun. Apakah amalan sehingga hujan turun khusus pada kebun nya sahaja?
Owner kebun ckp semua nya adalah kurniaan dari Allah.


"DIA MEMEBRI EEZEKI KEPADA SESIAPA PUN YG DIA SUKA TANPA HISAB"


Lalu insaflah ahli ibadat itu.
Namun beliau tak puas hati juga. Beliau nak tahu juga apakah amalan khusus yg menarik hujan khusus?
Setelah disoal byk kali. Maka jawab tuan punya kebun.
Saya tka buat apa. Cuma setiap hasil kebu saya bahagi tiga. Satu bhgn saya derma. Satu bhgn sy guna utk usaha kebun . Satu bhgn utk keluarga. Walau pun susah camna sekali pun satu bahagian pasti sy derma.
Moga Allah bg taufiq utk saya dan kawan kawan semua beramal.Amin

Read more...

Friday, August 15, 2014


  1. KISAH DI KUBUR SELEPAS SOLAT SUNAT RAYA.

    Kami pergi ke kubur pagi tadi. Kebetulan ada keluarga jauh pun dtg ziarah kubur.

    Maka kami buat jemaah tahlil bersama, 'combined".

    Keluarga sana yg jd tekong. Selepas habis tahlil tekong yg pangkat moyang pun suruh dua orang budak laki baca surah alMulk dan al Fatihah.

    Kalau rekod bacaan kedua nya dan masukkan kat "youtube" nescaya "viral" .

    Apa pun bukan itu yg jd perkara utama kat sini. Apa yg utama kat sini pakngah kami mengalirkan air mata. Tak pernah sebelum ni buat tahlil di kubur nampak pakngah mengalirkan air mata.

    Lepas tahlil terus rapat pada pakngah kami.

    "Siapa tadi tu, sampai sebak nampaknya pakngah?"

    Beliau jawab, kubur yg keluar tu lawat ialah kubur ayah dua budak laki tahfiz tadi.

    Pakngah bg tahu bahawa arwah ayah kedua budak itu lebih muda drpdnya. Tak sampai 50an pun.
    Tetiba mrninggal dunia sakit jantung.

    Jadi bila kedua anak arwah baca surah Al Mulk dan al Fatihah, sebaklah dada pakngah.

    Kesimpulan.
    1. Dunia selama mana pun jika dibandingkan alkhirt sekejap jer.
    2. Apabila matinya anak Adam terputuslah amalan kecuali a.anak yg soleh yg mendoakannya...b..sedekah jariah ..c. Ilmu yg diajarkan diamalkan.
    3. Di kubir nanti tiada anak anak, tiada harta, tiada baju mahal, tiada senjata atau pun kereta yg boleh dibawa melainkan amalan soleh. Yang mana amalan soleh hanya dpt dilakukan dgn hidayah petunjuk dr Allah.

    Bak kata mufti Menk semasa menjelaskan surah alFatihah; NIKMAT YG PALING BESAR IALAH HIDAYAH PETUNJUK KE JALAN YG DIREDHAI.

Read more...

SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Saturday, July 12, 2014

SOLAT SUBUH

Suatu masa dulu saya dengar ceramah dr ustaz jordan.

Beliau pun cerita betapa semasa student di Jordan ramai pelajar yg menyokong Palestin.

Pada suatu hari diorang buat konvesyen. Lalu di jemput speaker dr kalangan pelajar yg paling lantang untuk berucap dan berbengkel.

Banyak lah idea dan panas lah perbincangannya.

Ada yg ketika bersyarah menggeraakkan tangan. Ada pula yg menangis sambil bercucap.

Namun begitu, apa yg menyedihkan ustaz ni, apabila subuh , kebanyakan penceramah tu tidak turun dr bilik utk solat subuh berjemaah.

Apa bila pergi ke bilik selepas waktu subuh , didapati penceramah yg bersemangat belum bangun. Walau bagaimana pun ustaz tu bersangka baik bahawa penceramah dah solat subuh.

Ingat lah
Solat itu tiang agama.
Camna nak makbul doa kalau rukun islam pun tak setle.

Jom doa utk palestin dgn doa yg makbul

Read more...

PROSEDUR PINJAMAN CETI BERLESEN (ALONG)

Monday, May 26, 2014

Kawasan Rumah Pengadu .

Pada minggu lepas seorang rakan sekerja di tempat lama telah meluahkan perasaan. Bukan setakat meluahkan perasaan sebenarnya, tetapi juga  luahan perasaan itu adalah sebab dia mengalami kesempitan wang lalu ingin  meminjam, wang. 

Kawan saya ni memang selalu lah mengadu dengan saya akan nasibnya. NAmun setelah beberapa kali menolong saya rasa kali ini , saya tidak dapat menolongnya lagi.

Kawan sekerja saya ini dah berkahwin, dan memiliki 7 orang anak. 4 orang daripada anaknya sudah bekerja , manakala 3 lagi masih belajar.

Masalah yang dihadapinya ialah beliau telah berhutang dengan along atau ceti berlesen.

 Berikut adalah bagaimana prosedur peminjaman dengan peminjam berlesen. Sangat merugikan peminjam. 

 

PROSEDUR PINJAMAN ALONG BERLESEN(CETI)

Jika ada brang bernilai boleh digadaikan pada peminjam wang . Sudah pastinya peminjam wang ni adalah yang berlesen. 

Modus operasi nya adalah pinjaman pokok tidak akan habis selagi kita bayar bunganya sahaja.

Contoh(berdasarkan kisah sebenar)

Pinjam : RM 10000

Bayaran bulanan : RM1400.


Kes 1: sekiranya bayar setahun RM 1400 x 12 bulan = RM 16800

Hutang masih tidak akan selesai. 

Kes 2 : Bayar kurang dari RM 1400

Hutang pokok bertambah.

 

Kesimpulan, pokok hutang dengan along ni takkan abis walaupun dah berpuluh tahun bayar.

Cara nak habiskan hutang ialah dengan membayar penuh RM 10000 tu.


CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN:

Memandangkan pihak ceti telah mengambil gambar peminjam dan kad bank, maka memang sukar lah peminjam nak lari. Namun begitu  masih terdapat peminjam yang cuba lari dengan pelbagai cara. Sebagai akibatnya ramai kita tengok dalam berita bagaimana orang dibunuh, di bakar , atau rumah disimbah dengan cat.

Ada juga kes dimana anak peminjam diculik oleh along atau agen agen along ni.

Dalam keadaan ini dimana pinjaman telah di buat, saya mencadangkan perkara berikut kepada kawan saya tu.

 

1. Mengadu pada Makhluk dah, maka kembalilah pada Pencipta makhluk itu sendiri iaitu Allah.Doa, dan solat taubat. bBangun ukul 3 pagi untuk solat dan mengadu kesusahan pada Allah. Ada kisah seorang yang ditipu berjuta ringgit akhirnya dapat kembali wangnya dengan melakukan solat hajat dan taubat beberapa hari.

 2. Cuba pergi pejabat AKPK. Banyak cara boleh dilakukan oleh AKPK. Antaranya memanjangkan tempoh pinjaman . Kadangkala pihak AKPK akan menghubungi bank untuk meminta bank memanjangkan tempoh pinjaman. Dengan ini, duit yang dapat boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang along tu.

3. Berjumpa dengan wakil rakyat atau pemimpin parti politik  yang berdekatan. Mereka ada lah wakil kita, sepatutnya mereka boleh membantu kita.

4. Ishtiharkan (declare) kepada saudara bahawa kita ni berhutang dengan along.  Dengan ini anak beranak atau suadara mara kita tidak akan meminjam lagi daripada kita. Atau pun setidak-tidak nya anak beranak dan saudara kita tidak akan menyusahkan kita lagi.






Read more...

NIAT YANG BETUL.

Wednesday, May 14, 2014

NIAT


Pada suatu majalah ada tertulis antara amalan yang dapat menarik rezeki ialah solat Dhuha. Menurut buku tersebut cara melakukan solat Dhuha ialah seelok-eloknya 4 rakaat dengan dua salam. Ada pendapat mengatakan solat Dhuha ini boleh dilakukan 30 minit selapas waktu syuruk sehingga 15 minit sebelum solat zohor.

Selain itu juga saya ada terbaca tentang sedekah. Seperti dalam buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki',http://emaskuning999.blogspot.com/2014/02/mudahnya-menjemput-rezeki_5.html banyak kisah bagaimana apabila seseorang itu bersedekah dengan tiba-tiba rezeki bertambah
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki







Pada post kali ini, saay nak kongsikan satau perkara. Pada beberapa minggu lepas , selepas terbca amalan amalan - amalan menjemput rezeki ini, saya pun buatlah satu amalan sikit. Kemudian saya buat iklan di facebook. Iklan saya seperti biasa . Tapi hasilnya ada orang menelefon untuk mmbeli barangan saya tu pada malam tesebut.
SubhanaAllah.

Pada ketika itu yakin lah saya bahawa rezeki adalah dari Allah. Dia berhak memberi kepada sesia sahaja yang dikehendaki.
Tak sangka dengan iklan biasa- biasa pun boleh membawakan hasil. Tak pakai FB ADS pun. cuma status biasa dengan gamabr sahaja.

Itu satu kisah.

Kisah yang utama di sini ialah pada minggu lepas saya beramal lagi sekali dengan amalan menjemput rezeki, namun tiada hasil. Padahal saya menggunakan FB ADS. Pada mulanya saya rasa macam kecewa, namun bila saya menarik nafas beberapa kali, barulah saya faham kesalaahan saya.
Apakah niat saya beramal?
Dimanakah keikhlasan saya?
Pada masa itu saya ingat kembalai tazkirah oleh para ustaz, bahawa setiap amalan perlu dibuat semata- mata kerana Allah swt.
Di samping kita beramala kita mesti membayangkan ganjarannya. Namun tujuan utama amalan adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan untuk mendapatkan kasih Allah.
Dan yang lebih utama , itu adalah perintah Allah.
Jika saya berhenti dari beramal dengan amalan menjemput rezeki hanyakerana hajat saya tidak tercapai, maknanya saya sudah tidak ikhlas dengan amalan saya itu.

Dalam keadaan ini saya mesti meneruskan amalan saya itu. 


3 Perkara Perlu Dilakukan Jika Doa Tidak Makbul

Jika kita beramal dan berdoa tetapi tiada hasilnya maka 3 perkara berikut perlu dilakuakan
1. Mungkin makanan tidak halal. Bukan setakat halal dari segi sembelihan sahaja bahkan dari segi sumber pendapatan.
2. Mungkin doa tidak bersungguh-sungguh. Kita kena berdoa bersungguh-sungguh seperti seorang anak kecil meminta gula-gula dari ayahnya di pasar malam, sambil berguling -guling.
3.Banyak larangan Allah dilanggar. Cuba periksa, banyak tak dosa kecil/ besar kita lakukan.


3 Hikmah Tidak Tertunainya Hajat

Di sampping itu saya kena faham 3 perkara yang mungkin berlaku apabila doa tidak diterima. 3 hikmah tidak tertunainya doa ialah:
1. Mungkin allah akan beri yang lebih baik daripada permintaan kita itu.
2. Mungkin permintaan kita itu akan membawa keburukan pada kita, lalu Allah selamakan dari bahana permintaan kita itu.
3. Mungkin Allah tangguhkan dulu permintaan kita tu kepada waktu yang lebih sesuai.

Wallahua'lam

Haji Yusri
Gombak
15 Mei 2014


Read more...

IBU MELAHIRKAN TUANNYA

Saturday, February 15, 2014

IBU MELAHIRKAN TUANNYA

IBU JADI HAMBA ANAKNYA
Tadi jumpa satu pakcuk masa servis kereta. PaKCik tu ceritalah sikit kerja apa masa muda . Kerja pegawai kerajaan apa tah tapi mcm kat opis. 

Sekarang dia pencen. Duduk kat taman melawati rumaa teres. Maka saya agk macam pegawai besar juga kot. Agak saya je tu. Pastu bila tanya wife dia, dia pun ckp wife dia kerja gomen mcm dia gak. So patut lah boleh beli umah teres 2 tingkat kat taman melawati.

Tapi yg pelik nya dia tengah servis kereta saga jer .

Jadi saya pun puji lah kata kat dia berjimat krn pakai saga blm je.

Maka pakcik tu buka story.

Dia ada 3 org anak.

Anak yg sulung doktor . Kahwin pun doktor. Sekarang dah jd dr pakar. Jarang blk. Kadang raya pun jarang balik. Anak yg sulung ada 4. Jarang balik. Tapi yg tak best rupanya yg sulung ni pun sengkek juga rupanya. Camma sengkek ? Saya tanya. Pakcik tu kata dia rasa jer. Pasal dia kata cucunya dlm tepon ckp m ayah gaduh pasal duit. So pakcik tu kekadang transfer duit kat anak nya doktor pakar. Lagi pula katanya anak sulung ni pakai kereta mercedec. Banyak belanja. Pakcik tu cakap bila kerja doktor pakar krna akai kereta yg swtaraf. Pastu pulak kesian kat nankbya kata pakcik tu. Terkena tipu masa beli tanah . Ratus ribu.so tak heranlah pakcik ni top upkan duit anak sulungnya.

Seterusnya saya tanya anak no 2. Anak no 2 perempuan. Duduk belajar kat Luar negara. Terus kerja kat sana. Tak pernah balik malaysia lg.

HEBAT

Anak beliau no 3 pulak bujang . Perempuan. Kerja kat cyberjaya. Lecturer katanya. Graduate ever sea juga. Saya pun pujilah pakcik ni. Semua anak pandai . Hbat. Cerdik. Dia pun merendah diri. Dia kata yg no 3 ni g oversea guna duit sendiri. Pakcik ni sebenarnya. Tak yakin dkt uni kat malaysia. Kalau uni oversea ni syarikat percaya. Dan mudah dptkerja.

Apa lg saya pun selidik lah. Mesti si bongsu banyak membantu pakcik.

Dia kata kesian zaman sekarang smua nya mahal. Anak dia yg bongsu ni pun tak cukup duit . Walaupun bujang. Kereta mahal. Sewa kondo lagi kat cyberjaya. Pastu handphone lagi. Zman sekarang kerja semua kena ada hp mahal.

Pasti ken g kursus sana sini. Pakcik tu juga lah yg kna tolong ank bongsunya dgn duit saku. Kekadang kereta nak kena servis pakcik tolong serviskan.

Bila tanya anak yg bongsu pakai kereta apa . Pakcik tu ckp dulu pakak neo. Tak sampai setahun tak sedap katanya kereta malaysia utk jln jauh tukar kereta toyota altis katanya.

Tak tahan sangat sayy dengar cerita ni.

Pakcik yg tua duk pakai kereta saga jer. Saga pulak bukan saga baru plet WRA.

lebih kurang sama kereta saya. Enam tahun duk pakai kereta biasa padahal anak anak pakai kereta mahal.

Dah lah kereta mahal. Ayahnya kena top up lagi duit belanja.

Tapi yg paling sedih pakcik tu cerita semua tu bukan dengan gaya seorang ayah yg kecewa .

Tapi pakcik tu bercerita dgn bangga. Dengan rasa ceria. Kerana dpt hantar anak oversea. Belikan anak kereta yg lebih mahal dr keretanya sendiri.

Ini lah agaknya pesanan nabi. Bahawa akhir zaman ibu lahirkan tuan .yelah sampai tua keepot tanggung anak.

TU YAng dr azizan osman pesan.

Ibu ayah anda keramat hidup. Jagaalah meereka.

Nescaya Allah jaga anda.

Read more...

TANDA TANDA KEBERKATAN REZEKI

Friday, February 7, 2014

TANDA REZEKI BERKAT.

1. Hati tenang dan mudah ingat pada Allah.

2. Keluarga bahagia walaupun ditimpa musibah seperti cacat atau sakit.

3. Mudah menderma atau bersedekah pada orang susah.

4. Hati benci pada pembaziran walaupun seulas nasi.

Kerana itu nabi saw menyarankan kita memohon keberkatan rezeki, memohon diberkati apa yg Allah bagi.

Kadangkala juga Allah bukan beri rezeki dlm bentuk matawang sahaja. Kesihatan juga adalah rezeki.

Semoga Allah berkati hidup kita.

Amin

Read more...

PUJAAN HATI KITA?

Thursday, February 6, 2014


SIAPA KAH YANG PALING KITA SAYANG?


Bagi seorang ibu , anaknyalah yang paling disayangi. Jika anaknya menangis di waktu malam minta susu, pasti si ibu akan bangun untuk menyusukan anaknya. Apatah lagi jika si anak nya mati samada waktu kecil atau dah besar. Ada keadaan dimana si ibu pengsan apabila mendengar kematian anaknya. Lebih hebat lagi ada juga si ibu yang menangis berhari hari atau berminggu minggu kerana kematian anaknya. Ada juga yang lebih sayangkan anaknya sampai jadi mereng atau sakit jiwa kerana kematian anaknya.

Akan tetapi jika si ibu tahu di mana kasih yang perlu di utamakan nescaya si ibu atau sesiapa sahaja akan menitis air matanya.

Berikut adalah 5 kisah supaya kita letakkan hati kita di tempat yg betul dan tepat. Bukannya salah menyintai mengasihi dan merindui manusia lain seprti anak sendiri tetapi ada manusia lain yg lebih layak dicintai .

Kisah 1. 

Nabi Nuh bila 995 tahun berdakwah baginda pun minta umatnya dimusnahkan. Namun nabi bongsu pula bila di baling batu di Taif hingga berdarah baginda maafkan sahaja penduduk Taif malah memohon petunjukk bagi anak cucu penduduk Taif. Di riwayatkan bahawa penduduk Taif membaling batu pada nabi saw hingga berdarah menitis ke kasutnya. Ada riwayat juga mengatakan bahawa nabi saw di baling batu sehingga 1kilometer jauhnya. Akan tetapi nabi saw tetap mendoakan hidayah pada penduduk Taif. Menurut sejarah selepas beberapa tahun anak cucu penduduk Taif memeluk Islam dan berdakwah ke India dan anak cucu orang India pula menurut sejarah juga telah mengislamkan penduduk tanah melayu. 
Kalau lah nabi tidak maafkan penduduk Taif nescaya ramailah yg kafir. Barang siapa kafir( tidak pernah ucap kalimah syahadah ) akan kekal selamanya dalam neraka.

Kisah kedua

Satu ketika nabi saw dan orang Islam di pulaukan selama dua tahun. Di waktu tu piagam di gantung di kaabah mengharamkan makanan pada nabi saw dan kaum islam. Akibat dari itu banyak anak anak orang islam mati. Hinggakan ada bayi yang mati di atas riba ibu orang islam. Pada waktu itu ada orang islam bertanya pada nabi saw bilakah pertolongan Allah akan datang? Namun nabimasih bersabar.

Kisah tiga. 

Satu ketika nabi cium mulut dan leher cucu baginda hassan dan husin. Lalu Fatimah tanya mengapa di cium di kedua tempat itu. Maka nabi bagi tahu cucu nya itu seorang akan di pancung dan seorang akan di racun. Maka berjurai air mata Fatimah ibu Hassan dan Hussin. Lalu Fatimab berkata, kenapa ayahanda tidak doakan sahaja supaya Allah jauhkan perkara itu. Bukankan setiap nabi ada doa yang khusus yang tidak akan ditolak oleh Allah. Kekasih Allah pun bagitahu bahawa doa itu disimpan utk umatnya pada hari penghisaban kelak.

Kisah empat.

Ketika israk mikraj Allah fardhukan 50 waktu solat. Namun dengan tebal muka malu pada Allah baginda minta kurang. Bukan sekali nabi turun naik jumpa PENCIPTA SEGALANYA. Tetapi 25 kali. Bayangkan kita jumpa bos nak minta cuti. Sekali minta pun dah malu dah. Inilan Allah swt. Allah yang nabi saw selalu gementar takutkan Allah. Nabi suka solat berjam jam, tetapi utk umatnya nabi sanggup mengadap Allah 25 kali utk minta kurang.

Kisah 5.

Nabi bagitahu tak sempurna iman selagi Allah dan RasulNya dikasihi melebihi diri sendiri anak pinak dqn ibu bapa. 

Sekarang anda boleh baca 5 kisah ini dan ambil manafaat utk diri swndiri. Akan tetapi jika anda sayangkan umat nabi saw yang lain share lah 5 kisah ini.

Semoga kita semakin sayang dan kasih akan Allah dabnabi saw melebihi seluruh makhluk lain .
Amin

Haji Yusri 
Shaklee Distributor
GOMBAK

Read more...

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Wednesday, February 5, 2014


Wow.

Rupanya kita kena menjemput rezeki datang. Bukannya dipaksa paksa. Apa yg lagi 'best', nak jemput rezeki ni sangat mudah. Tanpa perlu surat rasmi atau jumpa setiausaha sesiapa. Rezeki ni milik Allah. 

Ada satu kisah bagaimana penarik beca menjemput rezeki dgn memberi sedekah pada setiap hari Jumaat.

Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI DIJUAL DENGAN HARGA RM 24 , TERMASUK POS.

PROMOSI BULAN FEBRUARI: BUKU MINI MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI AKAN DIBERI BAGI SETIAP PEMBELIAN BUKU BESAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.

TERHAD PADA 15 PEMBELI PERTAMA SAHAJA.

HUBUNGI 0126470012

Read more...

MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI

Tuesday, February 4, 2014

Wow.Rupanya kita kena menjemput rezeki datang. Bukannya dipaksa paksa. Apa yg lagi 'best', nak jemput rezeki ni sangat mudah. Tanpa perlu surat rasmi atau jumpa setiausaha sesiapa. Rezeki ni milik Allah. 
Ada satu kisah bagaimana penarik beca menjemput rezeki dgn memberi sedekah pada setiap hari Jumaat.

Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI DIJUAL DENGAN HARGA RM 24 , TERMASUK POS.

PROMOSI BULAN FEBRUARI: BUKU MINI MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI AKAN DIBERI BAGI SETIAP PEMBELIAN BUKU BESAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.

TERHAD PADA 15 PEMBELI PERTAMA SAHAJA.

HUBUNGI 0126470012

Buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI DIJUAL DENGAN HARGA RM 24 , TERMASUK POS.
PROMOSI BULAN FEBRUARI: BUKU MINI MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI AKAN DIBERI BAGI SETIAP PEMBELIAN BUKU BESAR MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.
TERHAD PADA 15 PEMBELI PERTAMA SAHAJA.
HUBUNGI 0126470012

Read more...

IBU KERAMAT HIDUP

Monday, February 3, 2014


Ibu lah keramat hidup kita. Tak yah cari tok wali dari bukit qaf dah . 
Kalau derhaka pada ibu silap silap gaya boleh jadi batu macam si Tanggang.Sedikit perkongsian ilmu....
PEDOMAN BERSAMA UTK SEMUA
1. Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang, ibu2 jangan jatuh air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Biarlah Ibu menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya

ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..

» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.

3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.
» Anak
» Ibu
» Suami / Isteri

1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.

2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.

3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.

4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.

5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan/zakat.

6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.

7. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.
Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.

8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.

9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.

10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mem-bersihkan kita sebelum dia meng-ambil kita.

ANAK2 BERMASALAH

LARI DARI RUMAH

1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.

2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.

DEGIL

1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK

» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.

Oleh Krna KmU Slh Se0rang Yg Sy Syg...
Dngn Niat Baik Atas Nm Tuhan:
"Yaa TUHAN... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥
Sabar‥
Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥
Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥
Mudahkan Rezekinya‥
Sihatkan TuBuH Badannya‥
Jika Dia Melangkah‥
Selamatkanlah Dia‥
Mudahkan
AMINNNNNNN.

2. Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka Ibu/anak, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
ADA 3 MATA YG TIDAK DIJILAT API NERAKA..
» Melihat kaabah sehingga menitis air mata.» Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.» Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata.
3 Orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur.» Anak» Ibu» Suami / Isteri
1. Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada Ibu/bapa.
2. Barang siapa yang tidak men-doakan ibu/bapa selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibu/bapanya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu/bapa masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakannya.
3. Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakanlah Ibu/bapa kita yang telah tiada.
4. Ketika melalui kubur, perlahankan kenderaan (jika sdg menaiki kndraan) dan beri salam, mereka akan doakan kita “berkatilah si pulan ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakahlah orang ini” Jadi, jangan lupa bagi salam.
5. Tanda-tanda siksa Allah atas muka bumi ini antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan/zakat.
6. Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.
7. Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibu/bapaku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibu/bapaku”.Itu yang yang buat ibu/bapa kita bahagia di sana.
8. Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah Ibu/bapa kita baru kita ringan tangan nak ber-sedekah.
9. Allah panjangkan usia Ibu/bapa supaya mereka sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak2nya. Jagalah mereka dengan baik Insyallah, syurga balasanya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebut-lah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
10. Allah kalau boleh tak nak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk mem-bersihkan kita sebelum dia meng-ambil kita.
ANAK2 BERMASALAH
LARI DARI RUMAH
1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
2. Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya.
DEGIL
1. Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala panggil ROH ANAK
» Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibubapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.
Oleh Krna KmU Slh Se0rang Yg Sy Syg...Dngn Niat Baik Atas Nm Tuhan: "Yaa TUHAN... Orang Yg M'baca Ini Adalah Org Yg Baik & Setia, Kuat‥Sabar‥Sayangilah Dia Serta Kasihilah Dia‥Tolong Bantu Tingkatkan Kehidupannya‥Mudahkan Rezekinya‥Sihatkan TuBuH Badannya‥Jika Dia Melangkah‥Selamatkanlah Dia‥Mudahkan AMINNNNNNN.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP