Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

PUJAAN HATI KITA?

Thursday, February 6, 2014


SIAPA KAH YANG PALING KITA SAYANG?


Bagi seorang ibu , anaknyalah yang paling disayangi. Jika anaknya menangis di waktu malam minta susu, pasti si ibu akan bangun untuk menyusukan anaknya. Apatah lagi jika si anak nya mati samada waktu kecil atau dah besar. Ada keadaan dimana si ibu pengsan apabila mendengar kematian anaknya. Lebih hebat lagi ada juga si ibu yang menangis berhari hari atau berminggu minggu kerana kematian anaknya. Ada juga yang lebih sayangkan anaknya sampai jadi mereng atau sakit jiwa kerana kematian anaknya.

Akan tetapi jika si ibu tahu di mana kasih yang perlu di utamakan nescaya si ibu atau sesiapa sahaja akan menitis air matanya.

Berikut adalah 5 kisah supaya kita letakkan hati kita di tempat yg betul dan tepat. Bukannya salah menyintai mengasihi dan merindui manusia lain seprti anak sendiri tetapi ada manusia lain yg lebih layak dicintai .

Kisah 1. 

Nabi Nuh bila 995 tahun berdakwah baginda pun minta umatnya dimusnahkan. Namun nabi bongsu pula bila di baling batu di Taif hingga berdarah baginda maafkan sahaja penduduk Taif malah memohon petunjukk bagi anak cucu penduduk Taif. Di riwayatkan bahawa penduduk Taif membaling batu pada nabi saw hingga berdarah menitis ke kasutnya. Ada riwayat juga mengatakan bahawa nabi saw di baling batu sehingga 1kilometer jauhnya. Akan tetapi nabi saw tetap mendoakan hidayah pada penduduk Taif. Menurut sejarah selepas beberapa tahun anak cucu penduduk Taif memeluk Islam dan berdakwah ke India dan anak cucu orang India pula menurut sejarah juga telah mengislamkan penduduk tanah melayu. 
Kalau lah nabi tidak maafkan penduduk Taif nescaya ramailah yg kafir. Barang siapa kafir( tidak pernah ucap kalimah syahadah ) akan kekal selamanya dalam neraka.

Kisah kedua

Satu ketika nabi saw dan orang Islam di pulaukan selama dua tahun. Di waktu tu piagam di gantung di kaabah mengharamkan makanan pada nabi saw dan kaum islam. Akibat dari itu banyak anak anak orang islam mati. Hinggakan ada bayi yang mati di atas riba ibu orang islam. Pada waktu itu ada orang islam bertanya pada nabi saw bilakah pertolongan Allah akan datang? Namun nabimasih bersabar.

Kisah tiga. 

Satu ketika nabi cium mulut dan leher cucu baginda hassan dan husin. Lalu Fatimah tanya mengapa di cium di kedua tempat itu. Maka nabi bagi tahu cucu nya itu seorang akan di pancung dan seorang akan di racun. Maka berjurai air mata Fatimah ibu Hassan dan Hussin. Lalu Fatimab berkata, kenapa ayahanda tidak doakan sahaja supaya Allah jauhkan perkara itu. Bukankan setiap nabi ada doa yang khusus yang tidak akan ditolak oleh Allah. Kekasih Allah pun bagitahu bahawa doa itu disimpan utk umatnya pada hari penghisaban kelak.

Kisah empat.

Ketika israk mikraj Allah fardhukan 50 waktu solat. Namun dengan tebal muka malu pada Allah baginda minta kurang. Bukan sekali nabi turun naik jumpa PENCIPTA SEGALANYA. Tetapi 25 kali. Bayangkan kita jumpa bos nak minta cuti. Sekali minta pun dah malu dah. Inilan Allah swt. Allah yang nabi saw selalu gementar takutkan Allah. Nabi suka solat berjam jam, tetapi utk umatnya nabi sanggup mengadap Allah 25 kali utk minta kurang.

Kisah 5.

Nabi bagitahu tak sempurna iman selagi Allah dan RasulNya dikasihi melebihi diri sendiri anak pinak dqn ibu bapa. 

Sekarang anda boleh baca 5 kisah ini dan ambil manafaat utk diri swndiri. Akan tetapi jika anda sayangkan umat nabi saw yang lain share lah 5 kisah ini.

Semoga kita semakin sayang dan kasih akan Allah dabnabi saw melebihi seluruh makhluk lain .
Amin

Haji Yusri 
Shaklee Distributor
GOMBAK

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP