KUNCI DALAM KERETA
Sunday, August 24, 2014
MENGEJAR MASA
Pada beberapa minggu lepas , isteri saya membawa kereta ini. Kereta ini alat kawalan jauh (remoto control ) dah lama rosak. JAdi apabila balik dari kursus nak buka pintu, ttiada kunci dalam beg tangannya.
Rupanya kunci tertinggal dalam kereta. Lalu kami berjumpa pengawal keselamatan.
Atas nasihat pengawal keselamatan, kereta kami di kunci dengan pengunci(seperti dalam gambar).Namun malam tu kami tidur tak lena juga. Yelah walaupun kereta saga sahaja, ada pulak security, namun hati kami pun berdebar juga.
Malam tu sibuk lah baca doa dan ayat kursi untuk memohon perlindungan kereta tersebut.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kereta kami ada di tempat parking.
Menurut pengawal, kadangkala orang tinggal kereta mewah seperti BMW , Porshe dan sebagainya.
Tak perlu risau katanya.
Pengajaran dari pengalaman ini;
1. Berserah pada Allah adalah cara terbaik. Kalau kita risau macamana sekali pun kereta tetapt di sana.2. Sentiasa tenang walaupun dah lewat. Ustaz bagi tahu saya, walau pun solat berjemaah kita dilarang lari menuju saf ,semata mata untuk mengejar takbiratul ihram. Inikan pula perkara dunia.
3. Sentiasa duuplicate kunci rumah dan kereta sekurang kurangnya 3 salinan. Tambahan lagi jika ada dua orang yang guna seperti saya dan isteri saya.
0 comments:
Post a Comment