Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

ahmad amar

Thursday, September 25, 2014


ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


Tadi baru baca beberapa muka surat buku Ahmad Ammar. Tebal bukunya. ada 400 muka surat. Tapi banyak gambar. Memang dah lama cari buku ni, namun tak sempat nak cari. 
Kebetulan pula wife saya beli, so dapat lah baca sikit.

Petikan kata kata di bawah ni adala muka surat 14 buku tersebut.

Memang betul,

Hiburan yang sejati adalah dengan membaca al-Quran. Saya pernah baca bahawa bekas perdana menteri Britain sendiri membaca terjemahan al -Quran satu muka surat setiap hari.

Ada pula saya dengar, seorang profesor di Mesir masuk Islam kerana ilmu sains yg ada dlm al-Quran. Iaiitu bagaimana gandum yg disimpan dengan tangkainya akan tahan beberapa tahun lamanya. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran. Dengan bukti itu terus beliau masuk Islam..

Hakikat kegembiraan mungkin terletak pada rumah. Jika rumah besar dan mewah maka hati seseorang akan gembira.

Namun ada juga yang mempunyai rumah yang besar dengan kolam renang dan pendingin hawa, masih tidak tenang dan bahagi

Hakikat kegembiraan mungkin juga terletak pada kenderaan yang hebat dan berkuasaa tinggi,

Namun maasih ada yang terasa kekosongan dalam hati walaupun sudah memiliki beberapa kenderaan besar dan hebat.

Hakikat kegembiraan juga mungki terletak pada percutian yang jauh dari tanah air. dari itu ramai yang melancong ke paris, new zealand dan sebagainya semata mata untuk mendapatkan kegembiraan hakiki.

Namun masih terdapat juga pasangan yang pergi melancong ke luar negara dengan perbelanjaan yang mahal masih tidak gembira.

Ada pula pasanagan yang melancong jauh ke luar negara yang bergaduh atau bercerai.

Dimanakah sebenarnya hakikat kegembiraan ni?

Menurut pemahaman saya dari pembacaan beberapa , kegembiraan ni terletak dalam hati . Bagaimana kita hadapi sesuatu perkara itu , begitulah kegembiraan akan datang.

Bagi Ahmad Ammar pula hiburan adalah dengan membaca al-Quran.

Semoga kita pun dapat menghiburkan diri kita dengan kata kata Allah

Read more...

cikgu insaf

Sunday, September 7, 2014


Teringat jumpa seorang brader. Anaknya pompuan 2orang. 
Sebenarnya ada 3, yang last tu meninggal dlm kandungan.

Menurut brader tu , keguguran anak ketiga nya terjadi ketika brader tu sedang melakukan kegiatan yg tidak baik.

Sejak dr itu hatinya dibelengu rasa bersalah. Brader tu mula g masjid. Mula simpan janggut. Mula kelaur dakwah.mula solat sunat. Mula belajar tajwid.
Dia mula kan perubahan pada dirinya sahaja. Apa yg pelik kata brader tu. Anak pompuannya mula nak pakai tudung walhal baru darjah 2. Isterinya pula mula pakai stoking bila kuar rumah..

Katanya, aku tak pernah pun suruh pakai tudung dan stokin. Baginya stokin ni tak per. Menda kecik jer. Brader tu ckp dia tak dakwah keluarganya kerana dia baru nak jadi baik.

Bergenang mata brade tu citer betapa besarnya kurnia Allah padanya.

Sejak tu dia berjanji pada dirinya akan setia pada isterinya dan jadi lelaki soleh

Read more...

21 ogos DATO YANG SUKA BERSEDEKAH

SUBHANALLAH

Dato yang suka bersedekah.

Beberapa bulan sebelum berpuasa, saya jumpa seorang costumer. Rumah banglo 3 tingkat.
Saya pun tak tahu apa 'biz' dato ni.
Cuma nampak banyak kotak rayna, kot. Ingatkan kotak kaca. Pada masa tu saya ingatkan Dato ni berniaga  pinggan mangkuk .
Bila bulan puasa kelmarin, saya ni suka berbuka di masjid berlainan. Makan namoak lah saya kotaak Rayna ni.
Rupanya kotak kurma.
Rupanya Sebelum ramdhan Dato ni dah ready nak sedekah kurma.

Apa yang best pasal Dato ni?

1. Dah 5 kali pergi rumah banglo nya, tak pernah nampak kereta lain melainkan waja dan Myvi, padahal jiran sebelah dia duk parking ferrari dan audi depan rumah mereka.
2. Menurut jemaah masjid tempat saya berbuka hari tu, kalau 'dia tu punya giliran jamu orang mesti sedap sangat. mesti kena datang katanya.
Moga Allah beri taufiq pada saya dan kita semua untuk jadi orang yang suka bersedkah.

Read more...

BAGAIMANA NAK BERMIMPIKAN NABI SAW?

Tuesday, September 2, 2014

mimpi rasul?

Seorang syeikh bertemu wanita tua....lalu beliau tanya pada wanita tua, apa sakit mu?
wanita tua kata dah tiga malam makcik tidak bermimpikan rasullullah,..

terkesima syeikh...

terkedu syeikh tersebut...

katnya bagaimana kita nak mimpi rasul jika makan makanan tak halal, hidup tak halal, perangai tak macam rasul...kerisauan dan kebimbangan tak sama macam kerisau nabi saw.

http://www.youtube.com/watch?v=Aq7qphURyaI

Read more...

IMPIAN BEBAS HUTANG

Thursday, August 28, 2014

HUTANG

Hutang boleh terjadi apaila kita meminjam daripada sesorang atau sesuatu pihak. Dulu semasa saya masih belajar di universiti , saya berazam untuk menjelaskan hutang JPA saya dengan seberapa cepat. Saya juga berazam untuk membayar semua perkara sacara tunai.

Macam macam perancangan saya yang mahu hidup dengan bebas hutang.

NAmun apabila sudah bekerja, saya mula lupa sedikit demi sedikit.

Dari tak pakai kereta , beli kereta second hand. Padahal kampung pun dekat sahaja. Kemudia bila lagi teruk saya mula pakai kad kredit. Mulanya satu lama kelamaan jai 9 kad kredit.

KAD KREDIT.

Mula -mula belanja kad kredit ni terus bayar. Tetapi lama akelamaan berhutang dan bayar minimum bayaran sahaja. Akhirnya berhutang sampai RM 18 k.Apa taknya beli kamera, telefon, spor rim, isis minyak. Pada masa tu kononya saya ada art time. Nani duit part time tu boleh bayarkan kad kredit.

Bilafikir balik memanga menyesal. pada masa sekarang ni memang terasa sesal betu dengan kad kredit. Apa Apa pun bak kata orang tua tua, buang yang keruh ambil yang jernih.


HUTANG KERETA

Masa bujang saya beli kereta wira 1.6 auto. masa mula pakai 2-3 bulan keadaan kereta baik. 'pick up' pun masih kuat. Tapi lama kelamaan banyak bahagian yang kena tukar. Ada sekali tu saya tukar 'gearbox' .Kos tukar gear box ni cecah Rm 1500.

Akan tetapi lepas tu masih ada lagi masalah. Purata tiap bulan RM 400-500 kena keluar. 'Instalment' pada masa tu cuma Rm 330. Tapiu apabila dah di campur maintanence semua dekat Rm 1000. jadi lepas berbincang dengan isteri saya, maka kami pun bertukar kereta saga.BLM.

Saya membuat pinjaman selama 7 tahun. Sebenanrnya saya nak buat 5 tahun sahaja. Tapi seperti sebelumnya, saya ni mudah luap 'Plan' asala saya.

Walalu bagaimana pun hujung tahun depan iaitu bulan September 2015 kereta saga saya ni akan habis bayar.

AZAM BEBAS HUTANG

Berikut adalah beberapa pesanan jutawan yang saya baca. Moga saya dapat amalakn dan terus bebas hutang dan seterusnya dapat pencen awal .
1.JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Beberepa orang jutawan sering menekankan amalan kerohanian berikut adalah antara amalan yang diamalkan oleh mereka.

a. Sedekah RM 10 setiap kali Jumaat dan digandakan setiap minggu.

b. Solat Dhuha sebnayak 4 rakaat.

c. Zikir ya Wahhab 100 kali.

d. Surah Waqiah.


2. TAMBAH PENDAPATAN

Tambah pendapatan sampingan (side income) dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan atau kerja sampingan.Buat masa ini saya menjual Shaklee, jual emas
Set kuus Shaklee
dan membuat bisnes part time sedikit.

3. TULIS PERBELANJAAN HARIAN

Sejak menulis perbelanjaan harian , saya mula nampak perjalanan dan aliran duit saya. Mulanya memang leceh untuk menulis seiap perbelanjaan kita. Namun selepas beberapa lama baru saya nampak kesan nya. Kita boleh kawal sedikit perbelanjaan kita. Apabila hujung bulan kita melihat kertas perbelanjaan kita maka baru kita tahu dan sedar. Seperti saya tulis di atas , kesedaran pada kewangan kita ni mesti diingatkan selalu. Kalau tak de orang lain maka kita sendiri perlu ingatkan diri kita.
Semoga tulisan saya ini memberi manafaat pada diri saya dan sesiapa sahaja yang membacanya..

Yusri Gombak

Read more...

ALLAHDI ZAMAN SAHABATTETAP SAMA DENGAN ALLAH SEKARANG

Wednesday, August 27, 2014


KISAH BENAR


Apa saya tulis ni bukanlah pengalamn saya sendiri. Bahkan adalah dari syeikh yg saya dengar. 


Ia juga bertujuan menyindir atau perli sesiapa . Ia ditulis semata mata peringatan pada diri saya sendiri.

Ia juga bukan penanda aras kesolehan atau ke aliman saya amik science strean ni . Tapi semata mata pekongsian untuk diri sendiri shj.

WANITA YG SOLEH DI ZAMAN SEKARANG.

Du Mesir ada seorang perempuan dgn anak perempuannya dan ayahnya. Suaminya tiada di rumah untuk beberapa minggu. Walaupun dalam keadaan dhaif, mereka ada lah keluargaayg soleh.

Mereka adalah keluarga yg hatinya berat pada Allah.

Keluarga yg hati mereka condong hanya pada Allah.

Hati keluarga ini hanya terbayang keluasan akhirat.

Pada suatu hari anak perempuannya demam panas.Oleh kerana tiada wang maka wanita ini hanya mampu meletakkan kain basah di kepala anaknya lalu solat hajat. Selepas solat kain di basahkan sekali lagi. Dan solat hajat kedua dilakukan.

Perbuatan ini diulang sehingga jam 1.30 -2.00 pagi.Tiba tiba pintu rumah beliau diketuk.
Lalu ayah wanita itu bangun melihat luar pintu.Didapati seorang doktor dgn beg ubatannya berada . Lalu dibuka pintu dan doktor pun bertanya di mana anak perempuan yg sakit itu?
Lalu doktor pun memeriksa anak perempyan yg demam panas.

Setelah siap memeriksa. Doktor pun minta bayaran.Wanita tu berkata. Mana saya ada duit.
Doktor itu berkata. Habis tu dah takde duit kenapa awak telefon saya pagi buta.
Wanita itu berkata. Saya mana ada telefon. Lalu doktor pun periksa telefonnya.Lalu doktor pun cakap. Bukankah ini rumah En pulan ?


Rupanya doktor tersilap pergi rumah lain. 
Lalu doktor pun pelik. Camna boleh dia pergi ke rumah yg salah. Tak pernah lagi doktor itu salah rumah.
Lalu doktor menyoal keadaan keluarga wanita itu. Dengan linangan air mata doktor keluar dari rumah wanita itu dgn menitiskan air mata.
Beberapa ketika kemudian doktor itu datanh membawa ubat dan makan malam. Bulan setakat itu sahaja. Bahkan doktor tersebut memberi duit belanja utk sebulan kpd keluarga itu.
Setelah suaminya pulang siisteri membawa suami berjumpa doktor tersebut meminta di hentikan sumbangan.

Begitulah syeikh berkata.

1.Barang siapa bergantung pada Allah sepenuhnya maka Allah akan cukupkan ia.
2. Allah ada zaman nabi dan sahabat adalah Allah yg sama. Jd bantuan Allah yg diturunkan pada nabi dan sahabat hatta tabiin akan diturunnkan jika kita ada tumpuan dan taqwa yg sama seperti sahabat dan tabiin.
3. Perkara macam ni adalah ajaib pada zaman ini tapi adalah perkara biaza pada zaman kegemiangan islam.
4. Pada zaman ini jika doa kita dimakbulkan dgn segera maka itu adalah perkara ajaib. Pada zaman dahÅ©lu era kegemilangan islam, doa tak makbul adalah perkara ajaib. 


May Allah grant me and my relatives with jannah and khusu' in solaah.


http://www.youtube.com/watch?v=Wp1kWBMzXHQ&index=1&list=PLC8B5C84062BD02A2

Read more...

KUNCI DALAM KERETA

Sunday, August 24, 2014

MENGEJAR MASA


Pada beberapa minggu lepas , isteri saya membawa kereta ini. Kereta ini alat kawalan jauh (remoto control ) dah lama rosak. JAdi apabila balik dari kursus nak buka pintu, ttiada kunci dalam beg tangannya. 


Rupanya kunci tertinggal dalam kereta. Lalu kami berjumpa pengawal keselamatan.
Atas nasihat pengawal keselamatan, kereta kami di kunci dengan pengunci(seperti dalam gambar).Namun malam tu kami tidur tak lena juga. Yelah walaupun kereta saga sahaja, ada pulak security, namun hati kami pun berdebar juga.

Malam tu sibuk lah baca doa dan ayat kursi untuk memohon perlindungan kereta tersebut.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kereta kami ada di tempat parking.

Menurut pengawal, kadangkala orang tinggal kereta mewah seperti BMW , Porshe dan sebagainya. 


Tak perlu risau katanya.

Pengajaran dari pengalaman ini;

1. Berserah pada Allah adalah cara terbaik. Kalau kita risau macamana sekali pun kereta tetapt di sana.
2. Sentiasa tenang walaupun dah lewat. Ustaz bagi tahu saya, walau pun solat berjemaah kita dilarang lari menuju saf ,semata mata untuk mengejar takbiratul ihram. Inikan pula perkara dunia.
3. Sentiasa duuplicate kunci rumah dan kereta sekurang kurangnya 3 salinan. Tambahan lagi jika ada dua orang yang guna seperti saya dan isteri saya.

HAJI YUSRI:0126470012 GOMBAK

KERETA DI KUNCI SECURITY

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP