Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

ARAH TUJU HARGA EMAS

Thursday, July 4, 2013

Lama betul rasanya saya tak menulis di sini

Rasanya dalam 3-4 bulan juga tak meulis. Bukan apa , kerana harga emas makin jatuh, sejak 2012 apabila harga emas dunia hampir mencecah USD 1900, HARGA EMAS SEMAKIN JATUH SETIAP HARI..



Di manakah harga terendah atau suppport bagi emas tahun 2013 ini?

Kejatuhan pada 28 Jun 2013 merupaka pemecah rekod selama 30 tahun, iaitu rekod penurunan dalam tempoh setengah tahun terburuk.
Kejatuhan sebegini teruk adalah pada 1983 .

Kejatuhan dari USD 1400 ke 1290 dalam masa setengah tahun adalah terburuk dalam tempoh 30 tahun, kata Rob Spanjaard‚ pengarah Rezco Asset Management di Johannesburg.
“Beliau menambah bahawa kebanyakan syarikat pelombongan di Africa Selatan telah menghentikan pelombongan fasa bawah tanah.
Aktiviti perlombongan emas di permukaan di jalankan dengan lebih pesat manakalan perlombongan dalam tanah yang kadangkala mencecah 3km di bawah tanah di hentikan.

Hal ini adalah kerana kos operasi perlombongan jauh ke dalam tanah amat tinggi.
Menurut Shaun Murisan, penganalisa IG SA ,Secara purata kos operasi perlombongan adalah sekitar USD 1000-1400 , bergantung pada umur, kesihatan dan kualiti lombong berkenaan. Maka jika harga emas jatuh lebih bawah dari itu akan merugikan syarikat perlombongan
Perlombongan yang sukar seperti Gold Fields’s (GFI) South Deep Afrika selatan, memerlukan para pelombong turun ke dalam 3 km, jadi ini akan meningkatkan kos insuran dan gaji perkerja.
Oleh itu Lombong ini juga telah menghentikan perlombongan tahap dalam.Hanya perlombongan pada kedalam yang sedikit diteruskan.

Soalannya apakah benar lantai/support bagi emas tahun ini adalah usd 1000?

Aadakah dengan kekurangan bekalan emas di pasaran dunia akan menaikkan kembali harga emas?


Kesimpulannya kalau ada ilmu emas tidak perlu risau emas turun atau naik.

Hubungi saya untuk penerangan lanjut percuma.

Read more...

HUKUM MEMBELI DELAY STOK

Monday, June 17, 2013

Delay stok

Delay stok bermaksud membeli emas secara bertangguh. Bayar emas tapi tak dapat emas pada hari tu juga,tapi emas yang di bayar akan dapat 2-3 bulan selepas pembayaran penuh.

Hukum menurut Syeikh Nuruddin Almakki jika kita anggap kertas sama dengan emas wajib serah dan terima pada  satu masa serentak. Tidak boleh tangguh. Jika kita beli emas guna wakil, contohnya saya wakilkan En Yusri beli emas di Kedai Emas Habib, En Yusri boleh serah emas tu pada pembeli tadi pada tahun depan kerana En Yusri bukan jual emas pada  pembeli. Tetapi En Yusri adalah wakil pembeli.




Jika kita anggap wang kita emas maka juga maka haram bertangguh.

Jadi sesiapa yang menganggap emas adalah matawang maka haram pembelian bertangguh.

Kesimpulannya,

1)emas tukar emas =wajib serah terima pada satu masa

2)kertas tukar emas =tak wajib tukar satu masa

Kelebihan emas delay: Harga jauh lagi murah dari harga kilang atau harga dealer.

Contoh harga dealer/kilang RM 130/g, harga emas delay RM 122/g.

Read more...

TERBELI EMAS MASA MAHAL?

Friday, June 14, 2013

Assalamualaikum.

Lama rasanya tak menulis kat sini.

Bukan apa, saya tak tahu nak tulis bilamana harga emas jatuh terduduk ,Lepas duduk tu, terus baring.

Jadi tak tahu nak tulis apa.

Walau bagaimana pun setelah mengkaji beberapa bulan.

Saya dah menjumpai cara mengatasi terbeli emas masa mahal.

Bagi penjual biasanya kalau pembeli tanya camna nak buat kalau terbeli harga mahal?

Penjual biasanya akan kata tunggu harga murah. Tapi kalau harga tak murah-murah camna?

So berikut adalah jawapannya.

Kepada sesiapa yang terbeli emas masa mahal , boleh atasi balik dengan satu cara sahaja iaitu delay stok.

Caranya ialah anda jual emas yang terbeli masa mahal, kemudian beli balik pada harga murah, yang mana harga delay stok adalah  bawah harga kilang.

Seterusnya tunggu jer delay stok anda sampai.

Bagi yang ragu-ragu  agreement boleh dibuat. Agreement ni pun boleh dimatikan setem.

Apa pun boleh hubungi saya untuk penyelesaian terbeli emas masa mahal .

Read more...

Kami pergi membeli ikan laut di pangkalan ikan

Friday, February 1, 2013

Read more...

KENAIKAN PERAK (SILVER) MELEBIHI KENAIKAN HARGA EMAS)

Wednesday, December 5, 2012



BUKTI KENAIKAN PERAK (SILVER) MELEBIHI KENAIKAN HARGA EMAS (GOLD)


Gambar anak sulung saya dengan silver yang orang order.
Assalamualaikum, Salam sejahtera.                                                       Rabu,   5 Disember 2012

Rasanya dah lama tak menulis kat blog saya ni. Mujurlah saya masih ngat lagi password untuk login. Bukan apa lama tak menulis, kerana sibuk dengan perkara lain. Lagi satu punca malas nak menulis blog ini adalah kerana rasanya tidak ramai yang mengikuti blog saya.

Dan sudah semestinya juga kerana harga emas dan silver yang tak naik banyak.HEHEHHHEEH

Apa pun saya tulis juga sedikit pada hari ini, sebagai kajian peribadi saya. Kalau orang tak nak baca tak per, tulisan ini hanya luahan/pandangan/kajian diri sendiri. Nanti 2-3 tahun lagi boleh tengok balik.

OK.cukuplah intro untuk post hari ini.

Hari ini saya ingin berkongsi pengiraan saya tentang kenaikan perak untuk 30 hari, iaitu dari 4 November 2012 hingga  5Disember 2012.

Pada hari ini saya ingin menulis semula seperti artikel yang pernah saya tulis pada tahun 2010, iaitu menyatakan kenaikan harga perak mengatasi harga emas  Cuma oleh kerana perak jatuh begitu banyak, dan lama...hampir 2 tahun rasa nya harga perak jatuh di bawah USD 35, maka hari ini saya rasa dah tiba masa untuk semua pelabur perak KEMBALI membeli perak semula.

Mungkin susah dan perit bagi penyimpan perak hendak kembali menyimpan perak , kerana saya tahu perasaannya apabila 1 kg perak berharga RM 6000 boleh jatuh ke RM 4000 dalam seminggu iaitu....

RUGI RM 2000 DALAM SEMINGGU!!!!!! 


Masa tu memang tak lena tidur malam, kalau tidur juga mesti mengigau.HAHAAHA. Padan muka saya sendiri tamak , nak tunggu harga tinggi lagi.
Apa pun mujur juga , sebelum tu pernah beli silver 1kg RM 3000 dan jual pada harga RM4000 dalam masa 4 bulan iaitu ....

UNTUNG  RM 1000 DALAM 4 BULAN


Atas sebab serik dan kepreritan menghadapi kejatuhan harga perak, maka saya rasa penting sangat untuk saya berkongsi pengiraan saya ini. Kalau salah minta tolong perbetulkan.

Kita mulakan dengan mengira kenaikan silver.

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI :  USD34.28
HARGA AWAL KAJIAN (pada 4 November) : USD30.91
MAKA PERATUS KENAIKAN DALAM TEMPOH 30 HARI :11%

Baiklah.Itu adalah kenaikan perak UNTUK TEMPOH 30 HARI.

Cuba kita kira pula kejatuhan harga perak untuk hari ini Rabu 5/12/12

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI : USD 34.28
HARGA HARI INI : USD 33.30
MAKA PERATUS KEJATUHAN HARGA SILVER : 3%

http://www.kitco.com/charts/popup/ag0030lnb.htm l(5 Disember 2012)

GRAF HARGA PERAK UNTUK 30 HARI




SEKARANG CUBA BANDINGKAN DENGAN KENAIKAN DAN KEJATUHAN HARGA EMAS DALAM TEMPOH 30 HARI

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI :  USD 1751.90
HARGA AWAL KAJIAN (pada 4 November 2012) : USD 1691
MAKA PERATUS KENAIKAN : 4%

HARGA TERTINGGI DALAM TEMPOH 30 HARI : USD 1751.90
HARGA HARI INI pada 5 Disember 2012) : USD 1701.00
MAKA PERATUS KEJATUHAN HARGA EMAS : 2.9%






SECARA UMUMNYA DALAM 30 HARI INI

EMAS NAIK SEBANYAK 1.1% 

PERAK PULA NAIK SEBANYAK 8%

Harga perak naik lebih banyak dari harga emas!!!!!!


Atau dalam bahasa orang kampung saya......

SILVER HAS OUTPEREFORMED 
 GOLD!!!!!!


Kalau saya unjurkan kepada setahun yang mempunyai 12 bulan, maka
8x12 bulan=96%, mankala emas pula 1%x 12bulan =12%,
Silver akan naik setahun lagi sebanyak 96% dan emas hanya naik 12 %? 

 Macam tak betul jer kiraan nikan?


Itulah pengiraan yang saya buat sendiri.Anda pun boleh buat kiraan anda sendiri berdasarkan kitco.com.

Moga dengan bukti ni kawan-kawan saya yang pernah menyimpan perak akan kembali menyimpan perak,

bak kata pepatah buang yang keruh ambil yang jernih.

Jangan pula jual semua emas, dan simpan perak pula.Nanti tak boleh nak gadai.Simpan ikut kemampuan je.



Wassalam Yusri Gombak 5pm 5 Disember 2012.






Read more...

Wednesday, September 12, 2012

X-PLAN(TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD)


Baru-baru ini PUBLIC GOLD telah mengadakan promosi penukaran emas lama kepada emas PUBLIC GOLD.

Kelebihan nya ialah:
1.membeli pada harga tertinggi di Malaysia.
2.menerima semua jenis emas yang bengkok atau putus.
3.Boleh mendapat komisen bagi dealer.

Soalan 1:Bagaimana proses menukar emas lama kepada emas PUBLIC GOLD?
Jawapan: i)Bawa emas lama anda samada 916 atau 999 untuk diuji oleh staf.
               ii)Tengok harga we buy pada masa itu.
               iii)Pilih barangan Public Gold yang anda suka.
               iv)Tambah duit bagi lebihan harga.

Apa-apa soalan boleh hubungi saya 0126470012.



Read more...

Cincin emas 916 terpakai(Good condition)RM 163 segram

Friday, December 23, 2011

2nd hand gold 91.6% .Saiz 14 .Berat 4.04g.

RM 163 X 4.04 =RM 658


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP