ARAH TUJU HARGA EMAS
Thursday, July 4, 2013
Lama betul rasanya saya tak menulis di sini
Rasanya dalam 3-4 bulan juga tak meulis. Bukan apa , kerana harga emas makin jatuh, sejak 2012 apabila harga emas dunia hampir mencecah USD 1900, HARGA EMAS SEMAKIN JATUH SETIAP HARI..
Di manakah harga terendah atau suppport bagi emas tahun 2013 ini?
Kejatuhan pada 28 Jun 2013 merupaka pemecah rekod selama 30 tahun, iaitu rekod penurunan dalam tempoh setengah tahun terburuk.
Kejatuhan sebegini teruk adalah pada 1983 .
Kejatuhan dari USD 1400 ke 1290 dalam masa setengah tahun adalah terburuk dalam tempoh 30 tahun, kata Rob Spanjaard‚ pengarah Rezco Asset Management di Johannesburg.
“Beliau menambah bahawa kebanyakan syarikat pelombongan di Africa Selatan telah menghentikan pelombongan fasa bawah tanah.
Aktiviti perlombongan emas di permukaan di jalankan dengan lebih pesat manakalan perlombongan dalam tanah yang kadangkala mencecah 3km di bawah tanah di hentikan.
Hal ini adalah kerana kos operasi perlombongan jauh ke dalam tanah amat tinggi.
Menurut Shaun Murisan, penganalisa IG SA ,Secara purata kos operasi perlombongan adalah sekitar USD 1000-1400 , bergantung pada umur, kesihatan dan kualiti lombong berkenaan. Maka jika harga emas jatuh lebih bawah dari itu akan merugikan syarikat perlombongan
Perlombongan yang sukar seperti Gold Fields’s (GFI) South Deep Afrika selatan, memerlukan para pelombong turun ke dalam 3 km, jadi ini akan meningkatkan kos insuran dan gaji perkerja.
Oleh itu Lombong ini juga telah menghentikan perlombongan tahap dalam.Hanya perlombongan pada kedalam yang sedikit diteruskan.
Soalannya apakah benar lantai/support bagi emas tahun ini adalah usd 1000?
Aadakah dengan kekurangan bekalan emas di pasaran dunia akan menaikkan kembali harga emas?
Kesimpulannya kalau ada ilmu emas tidak perlu risau emas turun atau naik.
Hubungi saya untuk penerangan lanjut percuma.
0 comments:
Post a Comment