Tulis perkara baik, nescaya kamu akan jadi baik.
Wednesday, December 25, 2013
Tulis perkara baik nescaya kamu jadi baik.
Sebelum ini saya akan menghadkan tulisan saya hanya pada hal emas sahaja, namun sekarang saya akan mula menulis pelbagai topik motivasi .
Tujuan utamanya ialah supaya saya sendiri akan menjadi termotivasi dan menjadi baik.
Bukanlah tujuan saya nak mengajar orang lain tetapi seperti kata Prof Muhaya, apabila kita mengajar orang lain , orang yang mengajar itu akan faham lebih baik.
Itu lah juga rahsia bagaimana Prof Muhaya boleh mendapat markah tertinggi dalam peperiksaan.
Asalnya Prof Muhaya bukanlah pelajar terbaik. Namun setelah beliau mengajar junior dan kawan kawan sekelasnya apa yang beliau faham, barulah beliau faham bahawa semakin banyak kita kongsikan ilmu dengan orang lain semakin meningkat kefahaman kita.
Selain itu bukanlah saya tidak mahu menulis lagi berkenaan emas, tetapi seperti dalam post saya terdahulu, harga emas sedang mengalami kejatuhan.
Tambahan pula, berdasarkan sejarah (ada dalam post terdahulu) mungkin harga emas akan naik dengan terlalu perlahan dalam tempoh masa 7-8 tahun akan datang.
Dari itu sekarang saya mula berjinak-jinak dengan makanan kesihatan MLM yang agak bagus juga.
Nanti saya akan kongsikan makanan kesihatan yang menguatkan sistem badan kita.
0 comments:
Post a Comment