Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

Kehidupan yang SESAK DADA? Ini solusinya.

Thursday, January 2, 2014

Allah berfirman: " Dan barangsiapa yg berpaling dr mengingatiku, baginya kehidupan yg (DHONKA) sempit dan Kami akan kumpulkannya pada hari kiamat dlm keadaan buta(A'AMAA)".
(Thaha:124)

Bila jumpa ayat ni baru tenang hati. Rupanya banyak lg ilmu dlm Alquran. Patut lah Tony Blair pun baca 1 muka surat terjemahan Alquran setiap hari.

Itu belum bukti saintifik yg banyak terdapat dalam Alquran. 
Bagaimana fasa kejadian manusia dalam rahim ibu telah didedahkan oleh Alquran padahal tiada teknologi X ray pun semasa Alquran diturunkan.

Moga Allah beri kita taufiq utk membaca Alquran dan memahaminya .
Amin
 — at Taman Bunga Raya.

Read more...

Tempo larian dalam hidup anda

Hidup ini ibarat marathon dan bukan lah acara pecut 100meter.

Apa yang penting dalam hidup ini ialah kita kena sampai ke garisan penamat.

Bukan lah kepantasan yanh paling utama. 

Yang paling utama ialah kita dapat meneruskan rwntak larian kita hingga ke akhir.

Jika kita lari pecut sekuat seperti dlm acara 100 m m, kebiasaannya kita tidak akanl dpt menamatkan maraton.


Namun begitu para pelari maraton tidak lah pula boleh berlari terlalu perlahan. Kerana jika tak cukup masa , maka tiada lah sijil penyertaan.

Dari itu pastikan tempp larian yg sesuai.

Selamat tahun baru kepada rakan rakan .

Semoga tahun 2014 membawa kecemerpangan dan kejayaan pada kita semua.

Read more...

Kisah benar ustaz mendapat balasan 'cash' di MAkkah

Ustaz kena balasa / pengajaran cash di masjidil haram. (Kisah benar)
Last week ada ustaz tv alhijrah cerita pengalaman nya di masjidil haram.

Pada masa tu ustaz baru selesai solat isyak dan terawih.. Maka oleh krn kepenatan ustaz pu bercadang nak tidu sebentar sementara pukul 2 pagi. Biasa nya pada pukul 2 pagi ada qiamulail beramai ramai. 

Maka ustaz pun tidur di tepi dinding. Kalau balik hotel kang lewat pulak datang. Yelah. Siang dah berpuasa. Malam terawih dgn imam masjidil haram.

Kena jimatkan masa . Jadi tidurlah ustaz di masjidil haram.

Ssdang ustaz nak tidur, datang orang arab solat berdekatan kakinya. Lalu terlanggarlah ustaz yg sedang tidur.

Maka menyiraplah darah student ustaz. Yelah muda, sihat bertenaga.
Lalu ustaz yg fasih berbahasa arab pun tegur pak arab tu. Solat lah ketepi sikit.

Pak arab balas. Aku nak mengadap Allah ni.

Ustaz pun makin panas hati. Dia pun kata dgn nada yg tinggi : Aku dulu duduk kat sinj. Kenapa nak solat kat sini juga?

Lalu orang arab pun beralihlah tsedikit jauh dari tempat solatnya tadi.

Namun hati si ustaz masih lagi panas. Anak mudalah katakan.

Dengan hati membara , usta z buka mata dan perhatikan solat si arab ni.

Lalu bila si arab sudah solat ustaz pun tegur si arab .
" Kamu solat cepat sangat. Apa punya solat lah yg kamu buat" dalam bahasa arab..

Tujuan ustaz twgur si arab tu adalah krn bengang tidurnya terganggu .

Sebaik jer ustaz tegur pak arab buat kali terakhir ustaz baru tersedar bahawa dia telah meninggikan suara dalam masjid. Masjid pulak ibu segala masjid.Tambah lagi pula tgh buat umrah.

Terus ustaz rasa berdebar debar jantung.

Ustaz cuba nak teruskan tidur. Tapi tak boleh tidur juga. Lalu ustaz pun alih tempat tidur. Lepas baring beberapa lama masih lagi tak leh tidur. Padahal badannya sangat penat dan letih.

Dia pun mula tersedar dr kesilapannya. Ustaz pun cubavistighfar. Namun tak leh nak istighfar dgn khusuk.

Lalu ustaz pun bangun dan mengambil wuduk. Lalu solat taubat. Selepas itu ustaz berdoa minta diampun kan dosa .

Biasanya sebelum niustaz selalu doa supaya diberi kesusahan supaya hilang dosanya dgn kesusahan atau kesakitan.
Namun dgn kejadian cash ni mematangkan ustaz.

Ustaz minta ampun semua dosanya. Ustaz minta di ampun kan kesalahannya.d Minta masuk syurga. Beliau juga minta jgn lah lg dibayar cash kalau salah. Krrana sebelum ini ustaz minta di bayar cash.

Baru lah beliau faham camna lah keadaan jika semua dosa di balas di pada masa tu juga. Semua dosa di balas cash.

Selepas tu ustaz ada cerita seorang sahabat yg mendengar nabi bersabda bahawa kesakitan dan kesusahan adalah penghilang dosa. Lalu sahabat itu meminta nabi mendoakan supaya dirinya sentiasa sakit. Maka dgn keberkatan nabi, sahabat itu demam panas beberapa tahun. Sehingga kan selepas kewafatan nabi pun masih demam panas.

Semoga kita pun dapat jadi yg terbaik di dalam dunia dan akhirat nant.

Amin

Read more...

Pelajar kudung berjaya mendapat 8A dalam PMR.

Kisah pelajar kelainan upaya mendapat 8A(kisah benar)

Saya ada hobi.

Hobi saya ialah membeli surat khabar apabila Keluar Keputusan peperiksaan. 

Bila keputusan SPM, PMR atau UPSR keluar, saya mesti nak beli surat khabar. 
Kerana pada masa ni lah banyaknya kisah luar biasa atau kisah 'AJAIB'.


Kenapa saya guna perkataan 'AJAIB' ?

Kerana kalau difikirkan akal manuisa biasa, kisah yang terjadi semasa peperiksaan adalah kisah yang agak mustahil.

Agaknya benar lah manusia ni memang layak mengambil tanggungjawab yang gunung, matahari dan bintang tak sanggup ambil.

Manusia ini Allah bagi keupayaan yg melebihi jin ifrit. Padahal jin ifrit ni boleh angkat benda berat dalam masa singkat.

Tapi seorang manusia pula mampu alih kan benda berat lebih cepat daripada jin Ifrit..
Padahal jin ifrit ni adalah jin yg terkuat.Inilah kisah seorang manusia yang mempunyai ilmu dari kitab mampu mengatasi kekuatan  jin terkuat. 


Begitulah kelebihan manusia berbanding makhluk lain. Kalau nak cari kelebihan manusia ni memang tak lart nak tulis dah.

Bahkan juga Allah cakap manusia ni sebaik baik kejadian.

Maka mari kita jadi yg terbaik.

Moga Allah beri petunjuk dan hidayah utk jadi yg terbaik.

Bagi kita yg dah kerja ni mudah mudahan kita jadi yg trrbaik dlm kerja kita.


Ya Allah , jadikan kami muslim yang terbaik.

Ya Allah jadikan lah kami manusia yang paling beriman.

Ya Allah jadikan lah kami manusia yang paling bermanafaat kepada manusia lain

 Ya Allah jadikan lah kami manusia yang paling berjaya.

 Ya Allah jadikan lah kami manusia yang paling bagus akhlaknya

 Ya Allah jadikan lah kami manusia yang paling kuat semangatnya.

AMIN YA RABBAL ALAMIN. 

Read more...

Monday, December 30, 2013

Read more...

Kisah wanita tua yang ikhlas memberi air minuman pada pekerja masjid


Kisah benar pasal ikhlas.
(Ustaz Don tv alhijrah )

Beberapa tahun lalu ada seorang raja arab yg kaya raya. Beliau adalah raja yg soleh. Pada suatu hari beliau inginn membina sebuah masjid dengan menggunakan sepenuhnya duitnya. Baginda tidak mahi satu sen pun duit dari orang lain. Apabila hampir siap baginda pun ingin meletakkan nama baginda pada masjid baru memandangkan semua gaji , bahan binaan , pelan binaan dan semua perbelanjaan adalah duit baginda.

Namun begitu niat baginda terbantut krn baginda bermimpi mendapat alamat supaya menamaan masjid itu dgn nama Si Fulanah bt Fulan.

Maka baginda pun berasa pelik . Namun mimpi yg dtg beberapa kali itu telah dibincangkan dgn para ulama. Hasil perbinangan terus di cari Fulanah bt Fulan. Baginda hairan kenapa nama orang lain pula yg sepatutnya diletakkan pada masjid ini padahal baginda sudah menjaga kewangan masjid supaya pembinaan nya tidak menggunakan duit sesiapa pun selain dirinya.

Setelah di periksa dan disiasat terjumpa lah nama yg disebut dlm mimpi rajab tersebut. Yang peliknya wanita tua yg disebutkan dlm mimpi raja tidak pernah menderma pada pembinaan masjid raja tersebut. Para pegawai raja berasa pelik. Setelah disoal beberapa kali barulah wanita tua itu memeritahu, semasa pembinaan masjid raja tersebut wanita tua meletakkan air minum bersama gelas di laluan pekerja masjid. Beberapa pekerja pembinaan masjid yg lalu dikawasan tersebut akan minum air percuma yg diletakkan oleh wanita tua.

Moral cerita ini.

1. Allah tidak melihat berapakah nilai sumbangam sedekah di dlm ringgit tapi Allah melihat keikhlasan si penderma.
2. Janganlah lupa bersedekah apabila kita senang.
3. Barang siapa bersedekah sebii kurma pun dgn ikhlas pahalanya boleh jadi lebih besar dr gunung jika benar benar ikhlas.

Jom kita target pencen di ""SANA"dgn kaya dan mewah.

BAGAIMANA?

Dengan sedekah jariah yg berterusan pahalanya walaupun kita dah mati

Read more...

Kisah benar makcik tua yg meninggal dgn tiga kali mgucap shadat dgn jari telunjuk ke langit.

Kisah benar makcik tua yg meninggal dgn tiga kali mgucap shadat dgn jari telunjuk ke langit.

Dr Jubair dr negara arab menulis.

Pada suatu hari seorang makcik tua dimasukkan ke wad kecemasan krn sakit jantung. 

Sebaik shj masuk ke wad, makcik tua tersebut bangub sambil jari telunjuk menunjukkan ke atas lalu mengucapkan shahadah dgn kuat.

Sebaik shj abis mengucap kan shahadah terus jantung makcik tua berhenti.

Lalu doktor pun cuba merawat makcik tu . Namun gagal.

Selang beberapa lama kemudian, dgn tak semena mena jantung makcik tu berdenyut balik .

Setelah berdenyut balik
, sekali lagi makcik tua tu terjaga lalu menunjukkan jari ke langit dan mengucapkan "Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah.
Sejurus sselepas itu pun jantung si makcik tua tua pun berhenti buat kali kedua.

Begitulah sampai tiga kali jantung makcik berhenti berdenyut lalu bila berdenyut semula maka makcik tua akan mengucap shahadah.

Lalu para doktor dan kakitangan hospital pun berasa hairan dan takjub.

Doktor Jubair pun pergi lah berjumpa dgn suami makcik tua .

Doktor pun bertanyakan apakah amalan isteri beliau sehingga dgn jelas mati dengan akhir kalamnya ialah kalimah shahadah?

Lalu pakcik tua pun beritahu .

Sepanjang 37 tahun kahwin dgn issterinya itu, tiadalah isterinya pernah meninggalkan tahajjud kecuali lah uzur syarie.

Sumber tv Alhijrah.

Begitulah harapan kita sbagai muslim supaya mendapat pengakhiran yg sempurna. Pengakhiran sempurna ialah mati dgn kalimah shahadah.

Adalah diberitakan bahaaa di waktu nazak syaitan akan datang menyerupai ibu bapa kita atau orang yg kita sayang. Lalu syaitan akan mengajak kita syirik akan Allah.

Dan pelbagai lagi cara syaitan mengacau umat islam di akhir nyawanya.

Moga kita pun dapat mati dlm keadaan beriman.

Amin ya rabbal alamin.

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP