REZEKI DI TANGAN ALLAH
Tuesday, February 2, 2016
REZEKI DI TANGAN ALLAH
1.Kegawatan Ekonomi 2016
Pakar ekonomi menjangkakan tahun 2016 adalah tahun kegawatan ekonomi. Kegawatan ini dikatakan kerana ekonomi negara eropah dan China susut. Ditambahlagi dengan penurunan harga minyak ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun.
2. Kembali Pada Allah
Dalam keadaan ini, perkara paling penting sekali dilakukan adalah kembali kepadaNya.
Kalau sebelum ini kita kurang bersedekah maka pada tahun ini cuba kita banyakkan bersedekah.
Kalau sebelum ini kita kurang beribadat, maka pada tahun kegawatan ekonomi ni cuba kita banyakkan beribadat.
3. Rezeki Yang Tidak Disangka
Baru-baru ini adik Mia Sara telah mula menutup aurat dengan bertudung/hijab. Pada mulanya banyak tawaran berlakon berkurangan. Tetapi janji Allah tetap berlaku. Dalam keadaan berhijab pun adik Mia Sara telah dipilih menjadi duta produk.
4. Relaks
Seterusnya yang agak penting semasa gawat ini adalah kita jangan panik. Cuba kawal gelora perasaan. Jika terlalu stres apa pun takkan jadi. Disamping relaks tu jangan lupa berusaha dan bertawakkal.
yusri
3 am
3Februari 2016