PROSEDUR PINJAMAN CETI BERLESEN (ALONG)
Monday, May 26, 2014
Kawasan Rumah Pengadu . |
Pada minggu lepas seorang rakan sekerja di tempat lama telah meluahkan perasaan. Bukan setakat meluahkan perasaan sebenarnya, tetapi juga luahan perasaan itu adalah sebab dia mengalami kesempitan wang lalu ingin meminjam, wang.
Kawan saya ni memang selalu lah mengadu dengan saya akan nasibnya. NAmun setelah beberapa kali menolong saya rasa kali ini , saya tidak dapat menolongnya lagi.
Kawan sekerja saya ini dah berkahwin, dan memiliki 7 orang anak. 4 orang daripada anaknya sudah bekerja , manakala 3 lagi masih belajar.
Masalah yang dihadapinya ialah beliau telah berhutang dengan along atau ceti berlesen.
Berikut adalah bagaimana prosedur peminjaman dengan peminjam berlesen. Sangat merugikan peminjam.
PROSEDUR PINJAMAN ALONG BERLESEN(CETI)
Jika ada brang bernilai boleh digadaikan pada peminjam wang . Sudah pastinya peminjam wang ni adalah yang berlesen.
Modus operasi nya adalah pinjaman pokok tidak akan habis selagi kita bayar bunganya sahaja.
Contoh(berdasarkan kisah sebenar)
Pinjam : RM 10000
Bayaran bulanan : RM1400.
Kes 1: sekiranya bayar setahun RM 1400 x 12 bulan = RM 16800
Hutang masih tidak akan selesai.
Kes 2 : Bayar kurang dari RM 1400
Hutang pokok bertambah.
Kesimpulan, pokok hutang dengan along ni takkan abis walaupun dah berpuluh tahun bayar.
Cara nak habiskan hutang ialah dengan membayar penuh RM 10000 tu.
CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN:
Memandangkan pihak ceti telah mengambil gambar peminjam dan kad bank, maka memang sukar lah peminjam nak lari. Namun begitu masih terdapat peminjam yang cuba lari dengan pelbagai cara. Sebagai akibatnya ramai kita tengok dalam berita bagaimana orang dibunuh, di bakar , atau rumah disimbah dengan cat.
Ada juga kes dimana anak peminjam diculik oleh along atau agen agen along ni.
Dalam keadaan ini dimana pinjaman telah di buat, saya mencadangkan perkara berikut kepada kawan saya tu.
1. Mengadu pada Makhluk dah, maka kembalilah pada Pencipta makhluk itu sendiri iaitu Allah.Doa, dan solat taubat. bBangun ukul 3 pagi untuk solat dan mengadu kesusahan pada Allah. Ada kisah seorang yang ditipu berjuta ringgit akhirnya dapat kembali wangnya dengan melakukan solat hajat dan taubat beberapa hari.
2. Cuba pergi pejabat AKPK. Banyak cara boleh dilakukan oleh AKPK. Antaranya memanjangkan tempoh pinjaman . Kadangkala pihak AKPK akan menghubungi bank untuk meminta bank memanjangkan tempoh pinjaman. Dengan ini, duit yang dapat boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang along tu.
3. Berjumpa dengan wakil rakyat atau pemimpin parti politik yang berdekatan. Mereka ada lah wakil kita, sepatutnya mereka boleh membantu kita.
4. Ishtiharkan (declare) kepada saudara bahawa kita ni berhutang dengan along. Dengan ini anak beranak atau suadara mara kita tidak akan meminjam lagi daripada kita. Atau pun setidak-tidak nya anak beranak dan saudara kita tidak akan menyusahkan kita lagi.
Read more...