Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

REZEKI DI TANGAN ALLAH

Tuesday, February 2, 2016

REZEKI DI TANGAN ALLAH

1.Kegawatan Ekonomi 2016

Pakar ekonomi menjangkakan tahun 2016 adalah tahun kegawatan ekonomi. Kegawatan ini dikatakan kerana ekonomi negara eropah dan China susut. Ditambahlagi dengan penurunan harga minyak ke paras terendah dalam tempoh 10 tahun.

2. Kembali Pada Allah

Dalam keadaan ini, perkara paling penting sekali dilakukan adalah kembali kepadaNya.

 Kalau sebelum ini kita kurang bersedekah maka pada tahun ini cuba kita banyakkan bersedekah.

 Kalau sebelum ini kita kurang beribadat, maka pada tahun kegawatan ekonomi ni cuba kita banyakkan beribadat.

3. Rezeki Yang Tidak Disangka

Baru-baru ini adik Mia Sara telah mula menutup aurat dengan bertudung/hijab. Pada mulanya banyak tawaran berlakon berkurangan. Tetapi janji Allah tetap berlaku. Dalam keadaan berhijab pun adik Mia Sara  telah dipilih menjadi duta produk.


4. Relaks

Seterusnya yang agak penting semasa gawat ini adalah kita jangan panik. Cuba kawal gelora perasaan. Jika terlalu stres apa pun takkan jadi. Disamping relaks tu jangan lupa berusaha dan bertawakkal.

yusri 
3 am
3Februari 2016


Read more...

Panduan Mengisi SSO

Monday, January 18, 2016


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera. Makluman penting dari pihak KPM mewajibkan semua guru dan staf sekolah mmbuat pendaftaran id dan password didalam sistem SSO(Single Sign On) yang mana sistem ini akan diguna pakai sepenuhnya pada awal tahun 2016.
SETELAH MENGGUNAKAN GOOGLE UNTUK MELIHAT CARA YANG SENANG,  https://www.google.com/webhp?sourceid=chrome-instant&ion=1&espv=2&ie=UTF-8#q=cara+login+e+operasi SAYA TIDAK JUMPA CARA YANG MUDAH
.,
 Sehubungan dgn itu disini saya sertakan langkah-langkah untuk membuat pendaftaran SSO👇.
LANGKAH-LANGKAH PENDAFTARAN SINGLE SIGN ON (SSO) BAGI SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2015
PENTADBIR, GURU & BUKAN GURU
PENDAFTARAN ID & PASSWORD SSO
1. LOG MASUK SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (PAPARAN LAMA) DI URL BERIKUT:

2. Klik menu log masuk

3. Keluar 3 menu utama: PENGURUSAN SEKOLAH, PENGURUSAN GURU(EOPERASI), PENGURUSAN MURID (APDM)

4. Pilih dan Klik Menu PENGURUSAN GURU
5. Paparan eoperasi muncul

6. Masukkan ID dan Password e-operasi.7. Apabila berjaya log in. ada button DAFTAR SSO disebelah kiri. Klik DAFTAR SSO.

8. Klik DAFTAR SSO SEKARANG

9. No. KP sedia ada. Cipta baru kata laluan (campur huruf & angka), sahkan kata laluan dan masukkan email (pastikan email yang aktif sahaja)
10. Klik daftar
11. Paparan muncul bersama url berikut
https://sps1.moe.gov.my/indexsso.php
12. Klik log masuk

13. Masukan No. KP dan Kata laluan yang telah didaftarkan tadi
14. Klik log masuk
15. Klik menu untuk paparan system
16. Muncul 3 menu utama : Pengurusan sekolah, pengurusan guru dan Pengurusan Murid.
17. Cikgu boleh cuba log in guna password yang sama dalam Pengurusan Murid (APDM) bagi guru tingkatan




SELAMAT MENCUBA

Read more...

ahmad amar

Thursday, September 25, 2014


ALLAHYARHAM AHMAD AMMAR


Tadi baru baca beberapa muka surat buku Ahmad Ammar. Tebal bukunya. ada 400 muka surat. Tapi banyak gambar. Memang dah lama cari buku ni, namun tak sempat nak cari. 
Kebetulan pula wife saya beli, so dapat lah baca sikit.

Petikan kata kata di bawah ni adala muka surat 14 buku tersebut.

Memang betul,

Hiburan yang sejati adalah dengan membaca al-Quran. Saya pernah baca bahawa bekas perdana menteri Britain sendiri membaca terjemahan al -Quran satu muka surat setiap hari.

Ada pula saya dengar, seorang profesor di Mesir masuk Islam kerana ilmu sains yg ada dlm al-Quran. Iaiitu bagaimana gandum yg disimpan dengan tangkainya akan tahan beberapa tahun lamanya. Hal ini dinyatakan dalam al-Quran. Dengan bukti itu terus beliau masuk Islam..

Hakikat kegembiraan mungkin terletak pada rumah. Jika rumah besar dan mewah maka hati seseorang akan gembira.

Namun ada juga yang mempunyai rumah yang besar dengan kolam renang dan pendingin hawa, masih tidak tenang dan bahagi

Hakikat kegembiraan mungkin juga terletak pada kenderaan yang hebat dan berkuasaa tinggi,

Namun maasih ada yang terasa kekosongan dalam hati walaupun sudah memiliki beberapa kenderaan besar dan hebat.

Hakikat kegembiraan juga mungki terletak pada percutian yang jauh dari tanah air. dari itu ramai yang melancong ke paris, new zealand dan sebagainya semata mata untuk mendapatkan kegembiraan hakiki.

Namun masih terdapat juga pasangan yang pergi melancong ke luar negara dengan perbelanjaan yang mahal masih tidak gembira.

Ada pula pasanagan yang melancong jauh ke luar negara yang bergaduh atau bercerai.

Dimanakah sebenarnya hakikat kegembiraan ni?

Menurut pemahaman saya dari pembacaan beberapa , kegembiraan ni terletak dalam hati . Bagaimana kita hadapi sesuatu perkara itu , begitulah kegembiraan akan datang.

Bagi Ahmad Ammar pula hiburan adalah dengan membaca al-Quran.

Semoga kita pun dapat menghiburkan diri kita dengan kata kata Allah

Read more...

cikgu insaf

Sunday, September 7, 2014


Teringat jumpa seorang brader. Anaknya pompuan 2orang. 
Sebenarnya ada 3, yang last tu meninggal dlm kandungan.

Menurut brader tu , keguguran anak ketiga nya terjadi ketika brader tu sedang melakukan kegiatan yg tidak baik.

Sejak dr itu hatinya dibelengu rasa bersalah. Brader tu mula g masjid. Mula simpan janggut. Mula kelaur dakwah.mula solat sunat. Mula belajar tajwid.
Dia mula kan perubahan pada dirinya sahaja. Apa yg pelik kata brader tu. Anak pompuannya mula nak pakai tudung walhal baru darjah 2. Isterinya pula mula pakai stoking bila kuar rumah..

Katanya, aku tak pernah pun suruh pakai tudung dan stokin. Baginya stokin ni tak per. Menda kecik jer. Brader tu ckp dia tak dakwah keluarganya kerana dia baru nak jadi baik.

Bergenang mata brade tu citer betapa besarnya kurnia Allah padanya.

Sejak tu dia berjanji pada dirinya akan setia pada isterinya dan jadi lelaki soleh

Read more...

21 ogos DATO YANG SUKA BERSEDEKAH

SUBHANALLAH

Dato yang suka bersedekah.

Beberapa bulan sebelum berpuasa, saya jumpa seorang costumer. Rumah banglo 3 tingkat.
Saya pun tak tahu apa 'biz' dato ni.
Cuma nampak banyak kotak rayna, kot. Ingatkan kotak kaca. Pada masa tu saya ingatkan Dato ni berniaga  pinggan mangkuk .
Bila bulan puasa kelmarin, saya ni suka berbuka di masjid berlainan. Makan namoak lah saya kotaak Rayna ni.
Rupanya kotak kurma.
Rupanya Sebelum ramdhan Dato ni dah ready nak sedekah kurma.

Apa yang best pasal Dato ni?

1. Dah 5 kali pergi rumah banglo nya, tak pernah nampak kereta lain melainkan waja dan Myvi, padahal jiran sebelah dia duk parking ferrari dan audi depan rumah mereka.
2. Menurut jemaah masjid tempat saya berbuka hari tu, kalau 'dia tu punya giliran jamu orang mesti sedap sangat. mesti kena datang katanya.
Moga Allah beri taufiq pada saya dan kita semua untuk jadi orang yang suka bersedkah.

Read more...

BAGAIMANA NAK BERMIMPIKAN NABI SAW?

Tuesday, September 2, 2014

mimpi rasul?

Seorang syeikh bertemu wanita tua....lalu beliau tanya pada wanita tua, apa sakit mu?
wanita tua kata dah tiga malam makcik tidak bermimpikan rasullullah,..

terkesima syeikh...

terkedu syeikh tersebut...

katnya bagaimana kita nak mimpi rasul jika makan makanan tak halal, hidup tak halal, perangai tak macam rasul...kerisauan dan kebimbangan tak sama macam kerisau nabi saw.

http://www.youtube.com/watch?v=Aq7qphURyaI

Read more...

IMPIAN BEBAS HUTANG

Thursday, August 28, 2014

HUTANG

Hutang boleh terjadi apaila kita meminjam daripada sesorang atau sesuatu pihak. Dulu semasa saya masih belajar di universiti , saya berazam untuk menjelaskan hutang JPA saya dengan seberapa cepat. Saya juga berazam untuk membayar semua perkara sacara tunai.

Macam macam perancangan saya yang mahu hidup dengan bebas hutang.

NAmun apabila sudah bekerja, saya mula lupa sedikit demi sedikit.

Dari tak pakai kereta , beli kereta second hand. Padahal kampung pun dekat sahaja. Kemudia bila lagi teruk saya mula pakai kad kredit. Mulanya satu lama kelamaan jai 9 kad kredit.

KAD KREDIT.

Mula -mula belanja kad kredit ni terus bayar. Tetapi lama akelamaan berhutang dan bayar minimum bayaran sahaja. Akhirnya berhutang sampai RM 18 k.Apa taknya beli kamera, telefon, spor rim, isis minyak. Pada masa tu kononya saya ada art time. Nani duit part time tu boleh bayarkan kad kredit.

Bilafikir balik memanga menyesal. pada masa sekarang ni memang terasa sesal betu dengan kad kredit. Apa Apa pun bak kata orang tua tua, buang yang keruh ambil yang jernih.


HUTANG KERETA

Masa bujang saya beli kereta wira 1.6 auto. masa mula pakai 2-3 bulan keadaan kereta baik. 'pick up' pun masih kuat. Tapi lama kelamaan banyak bahagian yang kena tukar. Ada sekali tu saya tukar 'gearbox' .Kos tukar gear box ni cecah Rm 1500.

Akan tetapi lepas tu masih ada lagi masalah. Purata tiap bulan RM 400-500 kena keluar. 'Instalment' pada masa tu cuma Rm 330. Tapiu apabila dah di campur maintanence semua dekat Rm 1000. jadi lepas berbincang dengan isteri saya, maka kami pun bertukar kereta saga.BLM.

Saya membuat pinjaman selama 7 tahun. Sebenanrnya saya nak buat 5 tahun sahaja. Tapi seperti sebelumnya, saya ni mudah luap 'Plan' asala saya.

Walalu bagaimana pun hujung tahun depan iaitu bulan September 2015 kereta saga saya ni akan habis bayar.

AZAM BEBAS HUTANG

Berikut adalah beberapa pesanan jutawan yang saya baca. Moga saya dapat amalakn dan terus bebas hutang dan seterusnya dapat pencen awal .
1.JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
Beberepa orang jutawan sering menekankan amalan kerohanian berikut adalah antara amalan yang diamalkan oleh mereka.

a. Sedekah RM 10 setiap kali Jumaat dan digandakan setiap minggu.

b. Solat Dhuha sebnayak 4 rakaat.

c. Zikir ya Wahhab 100 kali.

d. Surah Waqiah.


2. TAMBAH PENDAPATAN

Tambah pendapatan sampingan (side income) dengan melakukan perniagaan kecil-kecilan atau kerja sampingan.Buat masa ini saya menjual Shaklee, jual emas
Set kuus Shaklee
dan membuat bisnes part time sedikit.

3. TULIS PERBELANJAAN HARIAN

Sejak menulis perbelanjaan harian , saya mula nampak perjalanan dan aliran duit saya. Mulanya memang leceh untuk menulis seiap perbelanjaan kita. Namun selepas beberapa lama baru saya nampak kesan nya. Kita boleh kawal sedikit perbelanjaan kita. Apabila hujung bulan kita melihat kertas perbelanjaan kita maka baru kita tahu dan sedar. Seperti saya tulis di atas , kesedaran pada kewangan kita ni mesti diingatkan selalu. Kalau tak de orang lain maka kita sendiri perlu ingatkan diri kita.
Semoga tulisan saya ini memberi manafaat pada diri saya dan sesiapa sahaja yang membacanya..

Yusri Gombak

Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP