Emas Kuning 999. Powered by Blogger.
Authorised Dealer Public Gold A1547

PROSEDUR PINJAMAN CETI BERLESEN (ALONG)

Monday, May 26, 2014

Kawasan Rumah Pengadu .

Pada minggu lepas seorang rakan sekerja di tempat lama telah meluahkan perasaan. Bukan setakat meluahkan perasaan sebenarnya, tetapi juga  luahan perasaan itu adalah sebab dia mengalami kesempitan wang lalu ingin  meminjam, wang. 

Kawan saya ni memang selalu lah mengadu dengan saya akan nasibnya. NAmun setelah beberapa kali menolong saya rasa kali ini , saya tidak dapat menolongnya lagi.

Kawan sekerja saya ini dah berkahwin, dan memiliki 7 orang anak. 4 orang daripada anaknya sudah bekerja , manakala 3 lagi masih belajar.

Masalah yang dihadapinya ialah beliau telah berhutang dengan along atau ceti berlesen.

 Berikut adalah bagaimana prosedur peminjaman dengan peminjam berlesen. Sangat merugikan peminjam. 

 

PROSEDUR PINJAMAN ALONG BERLESEN(CETI)

Jika ada brang bernilai boleh digadaikan pada peminjam wang . Sudah pastinya peminjam wang ni adalah yang berlesen. 

Modus operasi nya adalah pinjaman pokok tidak akan habis selagi kita bayar bunganya sahaja.

Contoh(berdasarkan kisah sebenar)

Pinjam : RM 10000

Bayaran bulanan : RM1400.


Kes 1: sekiranya bayar setahun RM 1400 x 12 bulan = RM 16800

Hutang masih tidak akan selesai. 

Kes 2 : Bayar kurang dari RM 1400

Hutang pokok bertambah.

 

Kesimpulan, pokok hutang dengan along ni takkan abis walaupun dah berpuluh tahun bayar.

Cara nak habiskan hutang ialah dengan membayar penuh RM 10000 tu.


CADANGAN LANGKAH PENYELESAIAN:

Memandangkan pihak ceti telah mengambil gambar peminjam dan kad bank, maka memang sukar lah peminjam nak lari. Namun begitu  masih terdapat peminjam yang cuba lari dengan pelbagai cara. Sebagai akibatnya ramai kita tengok dalam berita bagaimana orang dibunuh, di bakar , atau rumah disimbah dengan cat.

Ada juga kes dimana anak peminjam diculik oleh along atau agen agen along ni.

Dalam keadaan ini dimana pinjaman telah di buat, saya mencadangkan perkara berikut kepada kawan saya tu.

 

1. Mengadu pada Makhluk dah, maka kembalilah pada Pencipta makhluk itu sendiri iaitu Allah.Doa, dan solat taubat. bBangun ukul 3 pagi untuk solat dan mengadu kesusahan pada Allah. Ada kisah seorang yang ditipu berjuta ringgit akhirnya dapat kembali wangnya dengan melakukan solat hajat dan taubat beberapa hari.

 2. Cuba pergi pejabat AKPK. Banyak cara boleh dilakukan oleh AKPK. Antaranya memanjangkan tempoh pinjaman . Kadangkala pihak AKPK akan menghubungi bank untuk meminta bank memanjangkan tempoh pinjaman. Dengan ini, duit yang dapat boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang along tu.

3. Berjumpa dengan wakil rakyat atau pemimpin parti politik  yang berdekatan. Mereka ada lah wakil kita, sepatutnya mereka boleh membantu kita.

4. Ishtiharkan (declare) kepada saudara bahawa kita ni berhutang dengan along.  Dengan ini anak beranak atau suadara mara kita tidak akan meminjam lagi daripada kita. Atau pun setidak-tidak nya anak beranak dan saudara kita tidak akan menyusahkan kita lagi.






Read more...

NIAT YANG BETUL.

Wednesday, May 14, 2014

NIAT


Pada suatu majalah ada tertulis antara amalan yang dapat menarik rezeki ialah solat Dhuha. Menurut buku tersebut cara melakukan solat Dhuha ialah seelok-eloknya 4 rakaat dengan dua salam. Ada pendapat mengatakan solat Dhuha ini boleh dilakukan 30 minit selapas waktu syuruk sehingga 15 minit sebelum solat zohor.

Selain itu juga saya ada terbaca tentang sedekah. Seperti dalam buku 'Mudahnya Menjemput Rezeki',http://emaskuning999.blogspot.com/2014/02/mudahnya-menjemput-rezeki_5.html banyak kisah bagaimana apabila seseorang itu bersedekah dengan tiba-tiba rezeki bertambah
Buku Mudahnya Menjemput Rezeki







Pada post kali ini, saay nak kongsikan satau perkara. Pada beberapa minggu lepas , selepas terbca amalan amalan - amalan menjemput rezeki ini, saya pun buatlah satu amalan sikit. Kemudian saya buat iklan di facebook. Iklan saya seperti biasa . Tapi hasilnya ada orang menelefon untuk mmbeli barangan saya tu pada malam tesebut.
SubhanaAllah.

Pada ketika itu yakin lah saya bahawa rezeki adalah dari Allah. Dia berhak memberi kepada sesia sahaja yang dikehendaki.
Tak sangka dengan iklan biasa- biasa pun boleh membawakan hasil. Tak pakai FB ADS pun. cuma status biasa dengan gamabr sahaja.

Itu satu kisah.

Kisah yang utama di sini ialah pada minggu lepas saya beramal lagi sekali dengan amalan menjemput rezeki, namun tiada hasil. Padahal saya menggunakan FB ADS. Pada mulanya saya rasa macam kecewa, namun bila saya menarik nafas beberapa kali, barulah saya faham kesalaahan saya.
Apakah niat saya beramal?
Dimanakah keikhlasan saya?
Pada masa itu saya ingat kembalai tazkirah oleh para ustaz, bahawa setiap amalan perlu dibuat semata- mata kerana Allah swt.
Di samping kita beramala kita mesti membayangkan ganjarannya. Namun tujuan utama amalan adalah untuk mendapat keredhaan Allah dan untuk mendapatkan kasih Allah.
Dan yang lebih utama , itu adalah perintah Allah.
Jika saya berhenti dari beramal dengan amalan menjemput rezeki hanyakerana hajat saya tidak tercapai, maknanya saya sudah tidak ikhlas dengan amalan saya itu.

Dalam keadaan ini saya mesti meneruskan amalan saya itu. 


3 Perkara Perlu Dilakukan Jika Doa Tidak Makbul

Jika kita beramal dan berdoa tetapi tiada hasilnya maka 3 perkara berikut perlu dilakuakan
1. Mungkin makanan tidak halal. Bukan setakat halal dari segi sembelihan sahaja bahkan dari segi sumber pendapatan.
2. Mungkin doa tidak bersungguh-sungguh. Kita kena berdoa bersungguh-sungguh seperti seorang anak kecil meminta gula-gula dari ayahnya di pasar malam, sambil berguling -guling.
3.Banyak larangan Allah dilanggar. Cuba periksa, banyak tak dosa kecil/ besar kita lakukan.


3 Hikmah Tidak Tertunainya Hajat

Di sampping itu saya kena faham 3 perkara yang mungkin berlaku apabila doa tidak diterima. 3 hikmah tidak tertunainya doa ialah:
1. Mungkin allah akan beri yang lebih baik daripada permintaan kita itu.
2. Mungkin permintaan kita itu akan membawa keburukan pada kita, lalu Allah selamakan dari bahana permintaan kita itu.
3. Mungkin Allah tangguhkan dulu permintaan kita tu kepada waktu yang lebih sesuai.

Wallahua'lam

Haji Yusri
Gombak
15 Mei 2014


Read more...

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP